My Cikgu My Hubby 32

40.2K 1.4K 12
                                    

"ABANG dah tak marahkan Qila?'' soalan itu diajukan sebaik saja Asyraf melabuhkan punggung di atas katil itu. Asyraf memandang Aqila sekejap, kemudian mengambil telefon pintarnya. Aqila menarik tangan suaminya. "Abang, Qila tanya ni jawablah. Abang dah marahkan Qila ke?'' Aqila mengulangi soalannya. Dia perlukan jawapan dari Asyraf. Dia cuma inginkan kepastian. Benarkah Asyraf telah memaafkan kesilapannya atau sengaja berbuat baik dengan dia hanya sebab opah.

Asyraf memandang wajah Aqila. Dia kemudiannya mengambil sebuah buku lama yang diberikan opah kepadanya. Ternyata, opah dapat mengetahui kerenggangan rumah tangganya. Dibuku itu jelas menyatakan sikap pemaaf suami isteri dalam liku-liku kehidupan berumah tangga adalah amat diperlukan. Dia membuka satu helaian muka surat. Aqila masih memandangnya dan masih menunggu apa yang ingin Asyraf sampaikan kepadanya.

"Sebagai makhluk yang lemah dan selalu membuat kesilapan, berdoalah kepada Allah supaya hati kita sentiasa dilembutkan serta dipermudahkan untuk menghulurkan kemaafan sekalipun kita berada di pihak yang benar.'' Asyraf berjeda seketika. Sekilas, dia memandang wajah isterinya. Aqila nampak menunduk seakan mendalami maksud kata-katanya tadi.

"Orang yang mudah memaafkan kesalahan orang lain, adalah orang yang yakin dan percaya bahawa setiap keterlanjuran yang berlaku adalah ujian Allah yang menjadi takdir perlu dihadapi.'' Sambung Asyraf lagi. Dia menutup buku itu dan memandang wajah isterinya sekali lagi. Aqila pun turut memandangnya. Rambut Aqila diusap perlahan. "Abang tak mahu biarkan rasa marah abang berterusan merosakkan kebahgiaan kita.'' Mendatar sahaja suara Asyraf melontarkan kata-kata. Sungguh membuatkan hati Aqila tersentuh. Dia meraih tangan Asyraf, dan mengucupnya.

"Qila minta ampun kalau selama ini sikap Qila yang telah mengguris hati abang.'' Ujar Aqila dalam menahan sebak. Asyraf mengangkat dagu Aqila supaya memandangnya. "Abang ampunkan, dan abang pun minta maaf sekiranya abang menyakiti hati Qila selama ni tanpa abang sedar.'' Kata Asyraf pula. Aqila mengganguk perlahan, lantas memeluk tubuh suaminya. Tanpa dia sedar, air mata yang ditahan akhirnya menitis juga. Mengalir kerana bersyukur setelah sekian lamanya dia merasakan amat jauh dengan Asyraf selama ini.

Seminggu berkampung di kampung Asyraf, hari ini mereka terpaksa berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Berat rasanya untuk meninggalkan tempat ini. Tempat yang telah menyatukan dia dengan Asyraf semula. Sepanjang perjalanan, Aqila tidak banyak bicara. Hanya bunyi radio yang mengisi setiap ruang kereta.

"Kenapa senyap aje dari tadi?'' tanya Asyraf sekilas memandang wajah isterinya. Aqila memandang wajah Asyraf dan hanya tersenyum nipis. Dia menunduk semula. "Qila fikirkan kata-kata opah tadi?'' Asyraf menduga. Laju saja Aqila menggeleng kepalanya. Fikirkan kata-kata opah tadi? Ish.. kalau yang itu.. sama-sama kena fikirlah! Getus Aqila dalam hatinya. Terimbas kembali dalam ingatannya kata-kata opah tadi.

''Opah nak.. balik nanti, badan ni ada isinya.'' Opah menyentuh perut Aqila membuatkan gadis itu terkedu. Ada isi? Sekilas dia menoleh ke arah Asyraf. "Insya-Allah kami akan usahakan.'' Balas Asyraf selamba. Terbungkam Aqila seketika.

Asyraf berdehem. Mati terus lamunan Aqila. Dia memandang Asyraf dan lelaki itu hanya tersenyum. "Kenapa abang senyum macam tu?'' tanya Aqila. pandangan Asyraf masih ke arah pemanduannya. "Aik, senyum pun salah ke?'' balas Asyraf. Aqila memeluk tubuh. "Tak salah. Tapi nampak sangat senyum ada makna. Abang nak cakap apa sebenarnya?'' tanya Aqila dalam nada tidak puas hati.

"Betul ni boleh tanya?'' Asyraf kembali menyoal Aqila. Aqila terus buat muka geram. "Dah orang suruh tanya tu, tanya ajelah.'' Jawab Aqila dalam nada sebalnya. Asyraf tergelak kecil. "Qila dah bersedia ke nak ada anak?''

Aqila terdiam seketika. Rupa-rupanya Asyraf pun memikirkan perihal yang sama.

"Kalau ada rezeki, apa salahnya.'' Perlahan saja Aqila bersuara. Dia tahu anak adalah pengikat kebahgiaan dalam rumah tangga. Anak adalah anugerah yang tidak ternilai bagi seorang wanita. Asyraf hanya tersenyum mendengar jawapan Aqila. doanya dalam hati agar Allah memberikan zuriat buat mereka.

"Tapi.. kalau Qila tak dapat berikan abang zuriat macamana?'' tanya Aqila pula. Sengaja dia menduga Asyraf dengan soalan itu. Walaupun keputusan kesihatan menunjukkan dirinya sihat dan boleh melahirkan anak, segalanya adalah ketentuan yang Maha Esa. "Kenapa abang diam?'' tanya Aqila lagi sebaik saja pertanyaan itu hanya dibiarkan sepi tanpa jawapan. Asyraf tersenyum kecil.

"Kalau macam tu, saya kahwin lain lah.'' Balas Asyraf dengan selamba. Laju saja tangan Aqila mencubit lengan suaminya. "Aduhh.. sakitlah yang..'' aduh Asyraf sambil menggosok lengannya. "Awak ingat ni drama tv ke, kalau isteri tak boleh melahirkan zuriat untuk suami dia, bagi green light suruh kahwin lain?'' ngomel Aqila geram. Asyraf sudah ketawa terbahak-bahak.

"Ingat lawak ke? Tak lawak tau tak. Saya tak nak bermadu. Saya tak rela.'' Kata Aqila dengan bersungguh-sungguh. Asyraf hanya tersenyum. Comel melihat telatah Aqila ketika marah. Sepatutnya Aqila sudah dapat membaca kalau dia hanya bergurau saja. Tapi Aqila pula menggangap serius akan kata-katanya tadi. Asyraf menggeleng kepala.

"Saya sayangkan abang. Saya tak mahu berkongsi abang dengan sesiapa. Kalau ada kekurangan saya, saya harap abang terima seadanya saya. Sekiranya saya buat silap, abang tegurlah saya.'' Perlahan nada suara Aqila berkata-kata. Asyraf melihat situasi itu terus memberhentikan keretanya di bahu jalan. Dagu Aqila diangkat supaya memandangnya.

"Sayang.. abang bergurau aje tadi. Tak pernah terlintas pun difikiran abang nak kahwin lain. Isteri abang hanya seorang aje. Nur Aqila binti Haji Sulaiman. Abang sayangkan Qila selagi nyawa ada dijasad abang. Abang terima Aqila seadanya seperti yang pernah abang lafazkan dulu.'' Kata-kata Asyraf membuatkan Aqila sedikit tenang.

"Maafkan Qila sebab terlebih emosi.'' Ujar Aqila akhirnya. Sedar kalau sikapnya tadi mungkin agak beremosi sehinggakan suatu usikan saja boleh buat jiwanya meronta tidak keruan. Membayangkan kalau suatu hari nanti dia akan berkongsi suaminya dengan orang lain. Sungguh dia tidak dapat membayangkan semua itu.  Asyraf mengusap kepalanya. "Sayang bukan terlebih emosi, dah macam budak-budak dah ni.'' tungkas Asyraf sambil tersenyum. Aqila menayangkan wajah cemberut. Dia memalingkan wajah ke lain tanda protes.

"Tengok tu, buat muka macam tu lagi. Ingat comel?''

"Mestilah.'' Balas Aqila sepatah sambil buat muka.

"Ish, geram pulak rasanya ni.'' Asyraf mendekatkan wajahnya ke muka Aqila, sekaligus membuatkan Aqila sedikit ke belakang. Renungan Asyraf boleh membuat jasadnya seperti separuh melayang. Cepat-cepat dia menolak tubuh Asyraf supaya menjauh. "Jangan buat gila. Awak ingat kita dekat rumah ke?'' ujarnya dengan geram.

"Dekat rumah orang dah tak boleh buat gila. Kat sini aje kita boleh buat gila.'' Kata Asyraf. Sekali lagi lenggannya jadi mangsa. "Aduhhh.. sakit betullah. Ni dah jadi kes dera ni.'' omel Asyraf sambil menujukkan lenggannya. "Dah tu, jalan lah cepat. Duk meroyan kat sini, entah bila nak sampai rumah.'' Tegas Aqila. Asyraf tersenyum lantas menekan pedal minyak keretanya menyusur pergi. Sepanjang perjalanan dia hanya mampu tersenyum. "Haa.. senyumlah, senyumlah sampai bila-bila.'' Kata-kata Aqila membuatkan dia tergelak. Melihat Asyraf tergelak membuatkan bibirnya menguntumkan senyuman.

"Tengok, awak pun senyum.'' Kata Asyraf yang masih dengan sisa ketawanya. Aqila mematikan senyuman. "Ish, malas layan abang ni. Sengih-sengih dah macam orang tak betul.'' Ujar Aqila lantas dia menguatkan lagu di radio. Wajahnya tercenggang seketika sebaik saja mendengarkan lagu yang dimainkan di radio. Asyraf ketawa lagi apabila mendengar lagu yang kedengaran di radio. Sengaja dia menyanyikan korus lagu itu dengan sambil tersenyum menjeling ke arah Aqila di sisinya.

Senyum..

senyum selalu..

Senyum.. senyum denganku.. tiada seindah senyuman..

Woahh ohh..

             Aqila tidak mampu menahan rasa geli dihati, akhirnya pecah berderai ketawanya melihat telatah Asyraf yang menyanyikan lagu itu. "Macam orang tak betul nyanyi sambil senyum macam tu.'' Kata Aqila sambil tergelak.



Bukan maksudku memikat, tapi kalau kau terpikat..

ku tak kisah, apa salahnya..

"Cakaplah, Qila terpikat dengan senyuman abang kan?''

"Tak ada maknanya!'' balas Aqila sambil mencebir bibir. Asyraf tersenyum lagi.

            ****

My Cikgu, My Hubby! Where stories live. Discover now