My cikgu My Hubby 8

59.7K 1.9K 9
                                    

KETIKA sedar pagi itu, Asyraf masih lena disebelahnya. Wajah itu dipandang lama. Asyraf.. my nerd husband. Semalam aku marah dia tahap gila. Tapi kenapa aku marah sampai macam tu dekat dia ya? Lagipun, kalau difikirkan balik, bukan salah dia pun. Aku tahu, apapun yang dia buat, mesti ada kena mengena dengan famili dia. Sebab dia ni, lebih utamakan famili dia dari aku. Tapi aku tak kisah. Janji dia suami yang baik dan bukan playboy ataupun suami yang arrogant macam dalam novel-novel yang aku baca tu. Walaupun pernikahan ini bukan atas dasar suka sama suka, kami pasrah atas ketentuan takdir kerana segala sesuatu yang berlaku tidak mungkin terjadi jika tidak atas kehendak-NYA.

Aqila bangkit dari tempat tidur dan mencapai tuala untuk mandi. Keluar dari bilik air, dia melihat Asyraf yang sudah bangun dan menunggu di katil seolah-olah menunggu giliran untuk masuk. Sebaik pandangan kami bertembung, aku terus mengalihkan perhatianku ke arah lain. “Awak mandi cepat sikit, subuh dah nak habis. Saya tunggu awak, kita solat berjemaah.’’ Ujar Aqila sebelum langkah kaki suaminya masuk ke bilik air. Asyraf membalasnya dengan senyuman. Mood isterinya nampak sudah membaik pagi ni. Harap-harap dia tak akan mengamuk macam tu lagi esok-esok atau seterusnya. Desis Asyraf lalu menutup pintu bilik air.

Memandangkan dia tidak berada dirumah mertuanya, Aqila akan terlebih dahulu turun awal dari Asyraf. Tiba saja didapur, semua orang tengah bersarapan pagi di meja makan. “Hah, ini dia pengantin baru dah turun,’’ usik babah. Aqila sudah menarik muka. “Baba, please stop call me like that…’’ gomel Aqila sambil menuangkan teh’o ke dalam cawan. Kerana Asyraf pun turun sama, dia pun menuangkan sekali untuk suaminya. “Kenapa tak suka, dah kamu ni kan pengantin baru lagi. Buat apa nak malunya.’’ Babah tetap masuk mengusiknya. Aqila mengertap bibir. Ini baru babah, kalau ada kak Hanna lagi teruk aku kena.

“Biarlah awak, dia tak suka. Asyraf, duduk lah, makan.’’ Bela ummi sambil menjemput Asyraf duduk bersarapan sama. Asyraf duduk di situ dan Aqila terus bergerak mengambil pinggan. “Saya tak nak makan bihun, is heavy to me.’’ Beritahu Asyraf kepada Aqila. Tercenggang seketika. Bihun, heavy? Breakfast kan, so kenalah makan makanan yang berat biar ada tenaga. Omel Aqila.

“So, awak nak makan apa?’’ tanya Aqila. Sandwich? Okey. Senang jer, setakat roti sandwich. Aqila sudah siap sedia menyediakan roti sandwich untuk Asyraf. Babah dan ummi sudah pun melangkah pergi sebaik selesai bersarapan. Selesai itu, diletakkan ke dalam pinggan. “Nah,’’ dia menghulurkan dua keping roti sandwich yang dibuat sementara sekeping sudah berada dalam mulutnya. Asyraf menggeleng sambil tersenyum melihat telatah Aqila. Dia menarik lengan Aqila. Eh, orang suruh dia ambil roti sandwich, dia pergi tarik tangan aku buat apa? Gerutu Aqila.

Asyraf mengambil tisu di atas meja, dilapkan ke mulut isterinya yang comot dengan mayonis. Aqila terkedu tak terkata. Gulp! Pandangannya dengan Asyraf menyatu.
“Ehem!’’ sergahan suara itu membuatkan Aqila terus mencapai tisu itu ditangan Asyraf dan mengelap mulutnya sendiri. Sejak bila pula kak Hanna sampai ni? Tak bunyi kereta pun.
“Korang ni, nak buat adegen romantik pun janganlah kat dapur ni haa..’’ sindir kak Hanna sambil membuka peti ais dan menuangkan jus oren ke dalam gelas. Dari tadi lagi tekaknya terasa haus sebab itu sampai-sampai saja terus ke dapur. Eh, ‘tertangkap’ pengantin baru tengah bermesra pula.

“Kak Hanna ni, datang-datang je terus nak mengenakan Nur.’’ Marah Aqila. Hanna tertawa kecil. Adiknya mudah sangat nampak tahap malunya bila mukanya yang putih langsat itu kemerah-merahan. “Iyalah, korang tu yang salah tempat. Orang kalau nak buat aksi romantik tu dekat dalam bilik. Baru tak kena sindir.’’ Kata kak Hanna lagi. Asyraf hanya tersengih saja. Bilalah nak terjadi adegen romantik yang Aqila memulakannya dulu? Bisiknya.

“Ni kak Hanna datang pagi-pagi ni hendak apa?’’ tanya Aqila ingin menukarkan topik perbualan. “Saja, abang Irshad on-call. Bosan duduk rumah, baik datang sini. Boleh jugak sindir-sindir orang.’’ Balas Hanna. Nur Aqila mencebirkan bibir.
“Sedapnya sandwich, nak satu.’’ Hanna sudah mencapai roti sandwich di situ.

“Akak, tu roti Nur buat untuk suami Nur, bagi balik.’’ Aqila mahu berebut roti itu semula dengan Hanna. “Biarlah, bagi ajelah.’’ Celah Asyraf. Hanna mencebik. “Dah, kalau tak cukup, kau buatlah lagi untuk laki kau. Jadi isteri ni kenalah layan suami. Sambil tu sambunglah balik adegen romantik korang tu, bye!’’ Hanna sudah berlalu dengan menayangkan roti kepada Aqila. Aqila menjelirkan lidah. Geram betul dengan kakaknya yang satu ini.

“Eee.. perangai tak ubah-ubah, dah nak jadi ibu pun masih perangai macam ni!’’ omel Aqila. “ Awak pun samalah, dah jadi isteri orang pun masih perangai macam budak-budak.’’ Usik Asyraf. Aqila sudah mencekak pinggang. Asyraf mengangkat tangan tanda mengalah. Roti sandwich disuapkan ke mulut. “Em, sedap roti awak buat,’’ kata Asyraf yang sengaja ingin memujuk hati Aqila. Gadis itu mencebik.  Saja lah tu cakap macam tu sebab nak pujuk hati aku. budak-budak pun, bini awak jugak cikgu Asyraf oii.. gerutu Aqila dalam hatinya.

Malas untuk menemani Asyraf di dapur, dia keluar mencari ummi di kebun mininya. Seperti biasa, babah akan duduk di atas kerusi taman yang diperbuat daripada kayu jati itu sambil membaca surat khabar. Ummi pula akan sibuk menguruskan tanaman bunganya. Aqila menapak mendekati Hajah Suraya.
“Ummi ni kan, hari-hari hadap pokok bunga. Pagi,petang, nasib baik malam aje tidak.’’ Tegur Aqila. “Haih.. malam tak boleh lah dia nak hadap bunga, dia kena hadap baba ni dulu.’’ Babah menyampuk menimbulkan rasa geli hati dihati Nur Aqila. “Ee.. tak kuasa ummi nak hadap baba kamu tu, dah kerepot macam tu, pokok bunga ummi ni lagi cantik.’’ Bidas  ummi pula.

“Iya ke? Tak apalah, nanti malam ni saya pakai bedak banyak-banyak.’’ Kata babah meniru skrip dalam bujang lapok. Maklum saja babah ini peminat cerita lama. Kalau cerita  P. Ramlee ulangan dekat astro dua, tiga kali pun dia masih tengok juga. Tak jemu-jemu dia hadap cerita yang sama. “Baba tak payah pakai bedak, pakai produk Hanna ni, memang sesuai untuk orang berusia.’’ Hanna sudah menapak mendekati kami di laman itu.
“Dah sampai dah pengusaha tegar produk kak Ton nih..’’ sampuk Aqila. Hanna mencebik, mengeluarkan pamplet yang dibawa dalam tas tangannya.

“Hanna, yang ini kalau baba pakai agak-agak lawa tak?’’ tanya babah yang menilik barangan produk yang dipamerkan dalam kertas itu. “Huii mahunya tak lawa ba, macam ini, terbaikkk bah..’’ Hanna sudah menunjukkan ibu jarinya. “Iya ke? Ai.. kalau hensem macam ni agak-agak boleh lah pasang lagi satu ni.’’ Kata babah sambil mengerling ke arah ummi. Aqila dan Hanna sudah terkekeh ketawa sebaik ummi menunjukkan gunting pokok bunga itu kepadanya.

“Mak aii.. tak jadilah baba nak pakai,’’ Babah berpaling sambil mengurut dadanya. “Haa, tau pun takut.’’ Kata Aqila yang masih dengan sisa tawanya. Asyraf sudah datang ke arah mereka di situ. Lama bersembang-sembang, babah bawa keluar bab percutian bulan madu kami berdua. Percutian itu tinggal dua hari dari sekarang. Patutlah aku tak tahu, mana tak nya, tiket mengejut. Terkejutkan tiket punya pasal, sampai tak tengok tarikh perginya. Em, tak kisahlah. Bulan madu ke pahit ke, janji aku boleh pergi melancong. Iyalah bila lagi nak melancong ke negara orang kan? Dah dapat yang free ni, manfaatkan sebaiknya.

*****

vote & comment

My Cikgu, My Hubby! Where stories live. Discover now