My Cikgu My Hubby 57

22.4K 1K 3
                                    

“WHAT? Sambung belajar?’’ Aqira rasa seperti hendak terkeluar biji matanya mendengar permintaan Asyraf. Laju dia menggelengkan kepalanya. Mana mungkin untuk dia sambung belajar kalau dia tidak tahu apa-apa tentangnya. Asyraf menapak sedikit. Jarak yang dia duduk dengan Aqira hampir tiga batu jauhnya. Dia bukan apa, bila dekat tiga meter pun dengan Aqira, dia merasakan seperti berada di gelanggang WWE. 

“Kau gila ke apa?’’ Herdik Aqira.

“Well, kalau awak tak mahu sambung belajar.. kita akan tinggal sini untuk selamanya. Kita tak akan balik kondo lagi.’’ Tegas Asyraf. Aqira bengang. Berani pula Asyraf untuk mengugutnya sebegitu. Ini memang tak adil!

“Aku tak mahu. Kau tak boleh tak boleh nak paksa aku.’’ Marahnya. Asyraf tersenyum kecil. “Kenapa pula tak boleh? Awak isteri saya, memang sepenuhnya awak adalah hak saya.’’ Balas Asyraf pula. Aqira mendengus geram. Kenapalah aku boleh jadi isteri kepada dia ni? Hish.. suka betul paksa aku buat apa yang aku tak suka!
Aqira bangun dan terus meninggalkan ruang itu. Tidak mahu untuk terus bertekak dengan Asyraf yang pastinya akan menang. Dalam keadaannya yang tengah sakit hati, boleh pula seseorang melanggar bahunya. Aduhh, siapa pulak menghalang laluan orang ni. Marahnya dalam hati. Ketika dia mengangkat wajah. Dia melihat seorang wanita yang tak dikenali. Siapa? Kenapa pandang aku macam nampak hantu je? Kawan ibu ke? Ke kawan Asyraf? Huh.. siapa-siapa lah kau ni. Senyap, tak reti nak minta maaf ke bila dah langgar orang?? Getus Aqira dalam hati.

“Aqila..’’ bisiknya perlahan.

“Hah? Kita pernah kenal ke?’’ soal Aqira pula. Mungkin perempuan ini adalah kenalan masa lampau. Tapi maaf, aku tak kenal kau. Wanita itu memandangnya pelik dan ketika itu jugalah Asyraf muncul dan menegur perempuan itu. Asyraf memanggilnya Dania. Nampak mesra semacam. Haihh.. gedik pula bila bertegur sapa dengan Asyraf. Tadi dengan aku, muka macam nampak hantu.

Aqira ingin menlangkah pergi tapi laju tangan Asyraf meraih tangannya. Dia pandang Asyraf. “Meet my wife, Aqila.’’ Ujarnya. “Seriusly abang? Ini Aqila??’’ gadis itu nampak teruja dan apabila Asyraf mengganguk, dia meraihku ke dalam pelukkan. Abang? Wahh. Siap peluk aku pula tu. Siapa dia ni..

Nice to meet you again, Aqila.’’ Ujarnya. Dan Aqira hanya tersenyum hambar. “Jadi betullah apa yang ibu bagitahu, kalau Aqila dah balik semula. Wah, macam tak percaya pulak.’’ Kata Dania lagi. Oh.. jadi ibu lah yang membawa cerita sekarang ni. “Abang sepatutnya mengadakan kenduri doa selamat tau. Sebagai tanda syukur sebab Allah S.W.T dengar doa-doa abang selama ni.’’ Dania menyarankan. Asyraf nampak bersetuju dengan cadangan Dania. Mungkin dia perlu melakukan hal itu, sekaligus memohon pertolongan Allah S.W.T untuk mengembalikan ingatan isterinya semula.

“Awak borak-boraklah dengan dia, saya pergi buat air.’’ Aqira meminta untuk mengundurkan diri. Asyraf tersenyum melihatnya dan dia pula, rasa nak cekik saja melihat Asyraf ketika itu. Dia melangkah pergi dengan rasa yang berkecamuk. Tadi hatinya memang panas dengan Asyraf yang memaksanya untuk sambung belajar, tapi sekarang dia perlu simpan rasa sakit hati itu disebabkan perempuan ni pula. Egonya tercabar!

Dia mengambil jag air. Seterusnya sanquick dan gula. Ikutkan hati, nak saja dia letak garam. Biar padan muka! Tapi dia masih tidaklah begitu kejam. Ketika dia mahu melangkah pergi, dia dengar perbualan Asyraf. Langkahnya terhenti. Detak jantungnya berdetak hebat. Sebelum dulang yang dipegang itu jatuh, dia meletakkan semula di meja dapur. Air matanya mengalir. Mereka sedang bercakap tentang Ikhwan.

Hukuman mati itu akan dijalankan tak lama lagi. Siapapun Ikhwan dan sejahat manapun Ikhwan pada pandangan mereka, baginya Ikhwan telah begitu baik kerana menjaganya. Dan meskipun mereka rapat, tidak pernah sekalipun Ikhwan mengambil kesempatan ke atas dirinya. Ikhwan bahkan telah menyelamatkan nyawa untuknya ketika berlaku kemalangan di Thailand dulu. Kemalangan yang telah meragut wajah Ikhwan sehingga terpaksa melakukan pembedahan plastik dan kalau Ikhwan tidak menyelamatkan dia, mungkin sekarang wajah ini telah tiada. Mungkin juga, Asyraf dan keluarganya yang sebenar tidak akan dapat mengenali wajah ini lagi.

“Sayang..’’ panggilan Asyraf mematikan lamunan Aqira. Dia pantas mengesat air matanya dengan belakang tapak tangan sebelum Asyraf melihatnya. “Air apa awak buat lama sangat ni...’’ omel Asyraf ketika mendekatinya. Aqira terus mengangkat dulang itu. “Air liur!’’ tungkasnya. Asyraf tersenyum. tahu kalau Aqira tak boleh diusik ketika itu. Dia mengikuti langkah Aqira sehingga ke ruang tamu.

Mereka berbual dan banyak cerita yang dikongsikan. Tapi satu pun dia tak ingat apa-apa dan moodnya ketika itu benar-benar bercelaru. “Sorry, saya tak sedap badan. Saya naik dulu.’’ Ujar Aqira lantas bangun dan meninggalkan ruang itu. Dania memandang Asyraf. Mungkin Aqila tidak menyenangi kehadirannya, jadi dia meminta diri untuk pulang.

Sebaik saja Dania pulang, Asyraf terus berlalu ke bilik. Ada hal yang perlu dia selesaikan dengan segera. Dan ketika dia masuk, susuk tubuh itu sedang berbaring sambil menekup wajahnya dengan bantal. Dia dapat mendengar esak tangisannya. Asyraf merapati katil itu. Dia menyentuh perlahan rambut si isteri, namun pantas Aqira menepis.

“Jangan sentuh akulah!’’ tempelaknya. Dan ketika itu jugalah Asyraf melihatnya menangis. Buat pertama kalinya, dia melihat kemarahan Aqira yang sebegitu. “Kenapa Qira? Apa yang tak kena? Awak marah saya pasal tadi ke?’’ asyraf menduga. namun, Aqira mendengus kasar. “Siapa aku nak ingkar perintah kau? Kau sendiri cakap seorang isteri.. syurganya adalah suaminya. Dan kau dah gunakan kuasa mutlak kau sepenuhnya. Dan macam aku ni.. sebagai hamba yang perlu menurut semua keinginan kau.’’ Luah Aqira.
Kali ini Asyraf diam. Dipandang wajah Aqira dalam-dalam. Dia menarik nafas dan menghembus perlahan. “Aqira.. kalau awak tak nak sambung belajar lagi, its okey. Saya terima. Tapi janganlah awak anggap saya ini begitu teruk sehingga nak anggap awak sebagai hamba saya. Tak pernah terlintas pun di hati saya untuk berbuat begitu. Baiklah, lepas ni awak bagitahu saya apa yang awak tak suka, jadi saya tak akan paksa awak lagi dah.’’ Ujar Asyraf dengan tenang.

“Ceraikan aku.’’

Kata-kata Aqira membuatkan Asyraf tergaman.
“Astagfirullahalazim.. Nur Aqila. Awak sedar tak apa yang awak minta ni?’’ kali ini suasana kembali tegang. Aqira memalingkan wajah. Entah kenapa, dia pun tidak tahu kenapa dia boleh pinta perceraian dari Asyraf. Hatinya berserabut.

“Aku cuma tak mahu terikat dengan kau lagi. Anggap saja pernikahan kita dulu, satu kesilapan.’’ Ujar Aqira perlahan. Asyraf meraup wajahnya berkali-kali. Dia menggeleng tanda sukar untuk percaya. Hatinya terluka. Pedihnya ungkapan yang diungkapkan. Jika pernikahan itu satu kesilapan, di mana letaknya kesilapan itu? Dan jika ada sekalipun kesilapan itu.. izinkan dia perbaikinya agar ia tak perlu berakhir dengan perpisahan.

“Kalau hanya itu yang mampu menggembirakan hati awak. Apa yang boleh saya boleh buat? Tapi kalau suatu hari nanti, bila memori awak kembali, awak mencari saya.. ketika itu saya akan lemparkan semula kata-kata awak yang sekarang. Saya adalah satu kesilapan terbesar dalam hidup awak. Itukah yang awak mahukan Aqira? Melepaskan apa yang awak miliki di masa lampau hanya kerana sedikit kesulitan yang awak alami sekarang?’’

Dia diam.

“Kehilangan awak dulu, satu dugaan besar untuk saya. Ketika semua orang berputus asa, saya masih percaya kalau awak akan hadir semula. Dua tahun tu bukannya sekejap. Dan kalau ikutkan kata-kata awak tadi, pernikahan kita satu kesilapan.. kenapa saya boleh pertahankan cinta saya selama itu? Kenapa saya begitu menyintai awak? Saya tahu, saya selalu usik awak, buat awak marah, sakit hati, meluat, menyampah, dan bahkah awak begitu bencikan saya. Semua tu saya lakukan, sebab saya terlalu merindui awak. Padahal dulu, sebelum awak tinggalkan saya, awak pernah cakap yang awak sayang saya, nak peluk saya, sebab awak takut kalau awak tak mampu nak lakukannya lagi. Dan betul. Awak dah tak boleh disentuh lagi macam dulu. Jarak kita begitu jauh walaupun saya dekat dengan awak dan saya bahkan dah tak boleh nak sayang awak macam dulu.’’

Asyraf melihat Aqira yang hanya membatukan diri. Panjang lebar dia meluahkan rasa yang terbuku dihati. Kalau Aqira masih keras hati, tak tahulah apa yang harus dia katakan lagi.
Aqira rasa sebak. Entah kenapa, kata-kata yang diungkapkan oleh Asyraf begitu mneyentuh tangkai hatinya. Kenapa perasaannya sedih bila Asyraf berkata begitu. Bukankah semua itu kenyataannya? Dekat tapi jauh.
Ruangan itu sepi. Asyraf pula bangun dari situ dan keluar. Aqira hanya memandang susuk tubuh itu menghilang dari pandangan matanya. Mungkin Asyraf benar-benar maksudkannya.

*****
Votes & comments ❤

My Cikgu, My Hubby! Where stories live. Discover now