My Cikgu My Hubby 55

23K 1K 4
                                    

"DAH lah ibu, dia dah tidur agaknya. Jom lah kita balik, dah lewat malam ni.'' Asyraf memujukkan Hajah Rosnah untuk meninggalkan perkarangan kondomium. Sengaja dia memberikan alasan kalau kunci rumah tertinggal di dalam supaya ibunya putus asa untuk berjumpa dengan Aqira malam ini. Tapi, Hajah Rosnah tetap berkeras untuk menekan loceng rumah itu selagi pintu itu tidak terbuka. Selagi tak terbuka, selagi itulah dia tidak mahu berganjak.

"Betul cakap Asyraf tu. Kita balik lah Ros, lagipun tak elok ganggu orang tengah tidur.'' Kali ini walid nampaknya bersetuju dengan kata-katanya. Hajah Rosnah mendengus geram. "Tak nak. Saya nak dia buka pintu ni. Atau jangan-jangan, anak awak ni dah bohong saya.'' Balas Hajah Rosnah sambil menjeling ke arah Asyraf. Tengah mereka sedang bertekak, pintu rumah itu terbuka. Terkedu mereka semuanya.

"Siapa pulak yang bising-bising ni.. huarghhh..'' Aqira menguap panjang. Matanya hanya dicelikkan sedikit. Ikutkan rasa mengantuk, memang malas dia nak turun buka pintu. Tapi loceng rumah yang berbunyi banyak kali menyakitkan telinganya.
Hampir nak terkeluar biji mata Hajah Rosnah melihatnya. Dia memang Aqila. Tapi, kenapa rambutnya? Pakaianya seperti ini?

Asyraf menepuk dahinya. Matilah aku. Kenapa Aqira boleh muncul dengan keadaan macam ni depan ibu? Dengan singlet dan berseluar pendek. Rambutnya, memang warna berkarat. Bagaimana untuk dia jelaskan keadaan Aqira yang sebenarnya pada ibu.

"Asyraf? Kau nak apa datang malam-malam ni, dah tak boleh tunggu hari siang?'' Marah Aqira ketika pandangan matanya dapat menangkap susuk tubuh Asyraf di situ. Hajah Rosnah memandang ke arah Asyraf dengan serius. "Kau? Kau?'' dia menyoal Asyraf kembali. Asyraf menggaru tengkuknya sambil memandang Aqira dan ibunya bersilih ganti. "Dengar ibu, semua ini Raf boleh jelaskan..''

"Jelaskan apa? siapa perempuan ni? Ini bukan Aqila. Setahu ibu, menantu ibu bukan macam ini. Dengan rambutnya macam tertumpah kuah kari, dengan pakaian yang.. ish tak tahu lah ibu nak cakap apa. abang, tutup mata awak tu, zina mata awak tengok perempuan yang entah dari mana ni.'' Hajah Rosnah memandang Aqira kemudian memandang Haji Hairudin pula.

"Kamu dengar sini Asyraf, ibu tak tahu dari mana kamu kutip dia ni. Jangan disebabkan wajah mereka seiras kamu boleh senang-senang nak ambik dia jadi pengganti.'' Sambung Hajah Rosnah lagi.

Aqira yang tadinya malas untuk celik mata, kini terbuka luas mendengar kata-kata 'pedas' dari mulut wanita bertudung labuh di depannya ini. Dia mula mencekak pinggang. 'amboi orang tua ni, boleh tahan sedap kau cakap rambut aku macam tertumpah kuah kari.. kecik besar, kecik besar aje aku tengok kau ni..' guman Aqira dalam hatinya.

"Hello.. excuse me. Makcik, kalau nak bertekak pun, silakan. Tapi tolong ya, jangan nak kaitkan dengan saya. Saya tak kenal pun siapa mak cik dan daripada mak cik duk buat bising macam ni baik cari tempat lain sebab ni dah tengah malam mak cik. Bukan saya sorang aje nak tidur time-time macam ni, jiran-jiran sebelah ni pun nak tidur. Jadi eloklah beredar ya?'' dengan sinisnya Aqira berkata. Hah, ambik kau. Terdiam sampai nak tercelik biji mata dengar ayat pedas dari aku pula kan? Gerutu Aqira dengan puas hati.

"Mak cik?'' dia terkejut dengan taraf panggilan perempuan yang katanya Asyraf sebagai Aqila itu. Dia memandang Asyraf semula. Baginya, Asyraf telah menipu dirinya dengan mengatakan perempuan ini adalah Aqila sedangkan perempuan ini langsung tidak mengenali dirinya. Sebelum darah tingginya naik, lebih baik dia melangkah pergi.

"Haa.. tahu pun takut.'' Ujar Aqira sebaik saja mereka pergi. Yang tinggalnya hanya Asyraf di situ. Dia memandang Asyraf. Wajah itu nampak kusut. "Kau apehal? Dah lah, gi berambus lah. Geng lawan kau tu dah blah kan?'' ujar Aqira lagi. Asyraf mengeluh. Wajah Aqira dipandang lama. "Dia tu ibu saya.'' Katanya perlahan. Terlopong Aqira mendengarnya.

"What?!'' dia masih terkejut.

"Ibu saya. Mertua awak.'' Jelas Asyraf dengan rasa yang tegang. Aqira menelan air liur. Ibu mertua? Apa yang aku dah buat ni? Aqira mula mengigit bibir. Dia mengajak Asyraf untuk masuk ke dalam. Sebaik itu disediakan segelas air minuman. Biar hati yang tengah panas itu sedikit reda. Dalam hal ini, dia tahu mulutnya agak kurang ajar dengan mak cik tadi. Huish.. mak cik apanya, dia tu ibu mertua. Guman Aqira lagi.

My Cikgu, My Hubby! Where stories live. Discover now