My Cikgu My Hubby 58

23.4K 1K 21
                                    

Andaiku termampu
leraikan semua kekusutan melanda percintaan kita
mungkin ini semua tetap menjadi pertanyaan selagi hati belum ada kepastian
oh mengapa seharusnya kita masih bersengketa,

ASYRAF bangun di tengah malam itu. Dia mengambil wuduk dan solat. Hanya itu yang mampu menenangkan sekeping hati. Jika resah dan susah hati, mintalah kepada ALLAH s.w.t. dengan mendekatkan diri dengan beribadah kepadanya. Hati ini milikNYA dan sesungguhnya hanya DIA yang menjaga hati ini. Pintanya, supaya hati ini tetap sabar menerima segala dugaan yang datang menimpa rumahtangganya.

Dia seperti mendengar suara merdu yang mengalunkan zikir-zikir indah. Merdunya suaranya, suara siapakah? Aqira membuka matanya sedikit dan dia melihat Asyraf sedang membaca al-quran. Sejak bila Asyraf masuk semula ke dalam bilik, dia tidak pasti. Mungkin ketika Asyraf masuk, dia dah tidur barangkali. Sekilas, dia mengerling ke arah jam. Baru pukul 3 pagi. Ingatkan dah subuh. Asyraf solat apa di waktu ini? Soalnya pada hati. Sepanjang Asyraf mengaji, dia melihat dan mendengar. Perlahan saja bacaannya. Mungkin kerana tidak mahu menggangu. Aqira menarik senyuman. Dia seorang lelaki yang baik. Kenapa aku sering menyakiti hati dia hanya kerana aku tidak mengingatinya? Aku boleh menjaga hati orang lain, tapi kenapa tidak hatinya? Padahal yang sepatutnya aku utamakan itu adalah dia. Suamiku. Syurgaku. Tapi apa yang aku lakukan, aku membencinya!

“Ya ALLAH ya Tuhanku, Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani. KAU Ampunilah segala dosaku, khilafku, dalam mendidik isteriku. Ya ALLAH, aku begitu menyayanginya dan sesungguhnya aku mahu kekalkan ikatan ini sehingga ke syurgaMU. Berilah aku pertunjukMU. Jika melepaskannya adalah takdir yang KAU tetapkan untukku, maka kuatkanlah hati ini untuk menerima ketentuanMU.’’

Aqira terkedu. Dia melihat Asyraf mengesat air matanya. Ya tuhan, adakah Asyraf benar-benar ingin melepaskanku? Soalnya pada hati. Dan ketika Asyraf mengaminkan doa, dan memandang ke arahnya, aqira memejamkan matanya. Berpura-pura kalau dia masih tidur.Asyraf datang merapatinya dan mengusap dahinya. Untuk seketika, terasa dahinya dikucup lembut dan itulah kali terakhir Asyraf menyentuhnya.

SEPERTI baru tersedar dari mimpi, Aqira meraba dahinya perlahan. Seakan masih terasa hangatnya kucupan itu. Tapi, Asyraf tiada di situ. Tiada disampingnya. Kenapa dengan aku ni? Bila dia ada, aku benci sepenuh hati. Bila dah tak ada, rindu mula bertamu dihati. Aku rindukan dia. Kemana dia menghilang?

Sudah beberapa minggu berlalu, dan Aqira memutuskan untuk sambung belajar semula. Itupun atas saranan ummi. Selama Asyraf tiada, dia menguruskan segalanya sendiri. Nasib baik dia masih punya kereta untuk kemana-mana. Semalam dia menziarahi kubur Ikhwan buat kali yang terakhirnya. Dan semalam juga dia menerima sepucuk surat yang diletakkan di wiper cermin keretanya. Sampul itu diambil, kemudianya dia melihat kiri kanan. Namun, tiada sesiapa di kawasan perkuburan itu. Tangannya membuka sampul itu. Tangannya terketar-ketar tatkala membaca mesej yang disampaikan itu.

20ribu. Kau ada masa sebulan dari sekarang.

Terus dia mencampakkan surat itu lalu cepat-cepat mengunci pintu kereta dari dalam. Tiada nama pengirim di situ tapi dia jelas tahu siapa pengirimnya. Dia menghidupkan enjin kereta dan ingin segera pergi dari situ. Aqira mengeluh perlahan. Bagaimana untuk dia dapatkan duit sebanyak itu. Sebulan? Bagi tempoh beberapa banyak pun, aku tak mampu nak bayar balik!

Dia memandang sekeliling. Entah kenapa, rasa kerdil pula berada di kalangan mereka ini. Semuanya tidak seumur dengannya. Terkadang, dia tertanya-tanya. Dengan siapakah dia berkawan dulu? Punya kawankah dia? Seperti apa kawannya itu?

“Encik Zakwan tak masuk kelas kita hari ni. Jadi, dia minta kawan dia datang lecture kita. Perihatin betul kan? Kalau dah tak boleh datang tu, cancel ajelah kelas. Buat hari lain.’’ Omel Anis. Satu-satunya kawan perempuan yang menjadi rakannya semenjak hari pertama dia menjejakkan kaki ke universiti ini. Aqira tidak memandangnya, sebaliknya sibuk membelek menconteng sesuatu di bukunya. “Macamlah kau tak kenal encik Zakwan tu macamana.’’ Balasnya. Dia mendengar Anis mendengus kecil.“Nasib baik dia hensem. Tapi aku hairan, kenapa tegas sangat? Cool-cool sudah lah.’’ kata Anis pula. Aqira ketawa kecil.

My Cikgu, My Hubby! Where stories live. Discover now