My cikgu My hubby 26

37.7K 1.4K 13
                                    

SEPERTI yang dirancangkan, majlis persandingan diadakan di kediamannya di Shah Alam. Majlis walaupun nampak sederhana tetapi meriah dengan kedatangan rakan kenalan abah serta kaum kerabat yang terdekat. Maklum saja puteri bongsu. Abah dan ummi pasti mahukan yang terbaik untuk dirinya. Memperkenalkan Asyraf kepada semua, dialah suami aku. Desis Aqila perlahan.

Aqila berasa sedikit rimas dengan solekan yang diandam oleh kak Wawa rakan baik kak Hanna. Walaupun hanya mengenakan solekkan yang tipis, bagi Aqila ia terasa seakan berat pada wajah. Sungguh dia tidak dapat bayangkan bagaimana kehidupan orang yang suka bermekap tebal itu. Pakai mekap nipis macam ini pun dah rasa macam pakai topeng ultraman dekat muka. Haish! Omel Aqila dalam hatinya.

Saat itu juga dia teringatkan sesuatu. Dia mahukan kedatangan Azura dan Fatihah ke majlisnya. Cukuplah selama ini dia telah menyembunyikan tentang status dirinya kepada mereka. Mungkin ini adalah saat yang tepat untuk dia kenalkan Asyraf pada rakan baiknya. “Kak Wawa, tolong ambilkan handphone Nur kejap. Nur nak buat panggilan.’’ Aqila menunjukkan telefon pintarnya yang berada di atas katil itu.

Berkali-kali dia mendail nombor Azura, namun tidak berjawab. Masih marahkah Azura terhadap dirinya? Aqila mengeluh perlahan. Dia melihat status last seen whatsApp. Online! Aqila menaip sesuatu.

As salam, zura.. aku minta maaf ats apa yg telah berlaku antara kita. I miss you babe. Aku nak betulkan segalanya. Hari ni hari persandingan aku. Aku nak kau datang jadi pengapit aku.. aku harap sgt kau datang. 

Double right. Nampaknya Azura memang membaca apa yang disampaikan. Aqila mengeluh lega walaupun Azura tidak membalas chatnya. Setidak-tidaknya dia telah menyampaikan. Dia yakin Azura pasti datang. Setelah beberapa minit, wajahnya telah selesai dimekapkan. Cantik jugak! Bila lihat didalam cermin wajahnya nampak lain. Bila dia melihat baju pengantin, mak aii.. lawanya. Aqila tersenyum meleret melihat baju pengantinnya. “Ni baju seponser ke?’’ soanya sebaik sahaja kak Hanna masuk ke dalam bilik itu. “A’ah. Hadiah perkahwinan dari kak Hanna dan abang Arshad.’’ Balas kak Hanna. aqila terus memeluk kak Hanna dengan erat. “Thank you akak! Cantik giler baju ni.” puji Aqila dengan ceria. “Nur rasa macam dah jadi macam kat dalam drama tv. Selalunya tengok drama tv aje pakai baju meriah macam ni, tapi bila kenakan kat tubuh ni, rasa cantik pulak.’’

“Erk? Kau ni mudah terpengaruh drama tv lah.’’ Omel kak Hanna. Aqila sekadar mencebik. Apapun dia tetap sukakan baju ini. “Dah cepat lah pakai tudung tu. Nak selfie ni..’’ ujar kak Hanna dengan menunjukkan telefon pintarnya. Aqila tersengih kambing. Kak Hanna macam tahu-tahu aje apa yang bermain di mindanya. Cepat-cepat saja dia menyuruh kak Wawa memakaikan tudung dan crown itu di atas kepalanya. Macam cinderella dalam versi moden! Haha.

Tidak lama selepas itu, Aqila menerima kehadiran tetamu yang dinanti. Azura dan Fatihah datang ke majlisnya! Sungguh membuatkan hatinya berasa sebak. Dia memeluk keduanya seolah-olah tidak mahu melepaskan pelukan itu. “Eh, dah dah.. jangan nangis. Kang luntur habis make-up kau tu.’’ Usik Azura. Aqila mengiakan kata-kata Azura. Cepat-cepat dia menyapu air mata yang berada di kelopak matanya dengan belakang tapak tangan. Tangan Azura dan Fatihah digengam erat.

“Thanks guys.. sebab sudi datang. Aku minta maaf..’’ Aqila masih tidak henti-henti mengucapkan kata maafnya sejak dari tadi. Azura mengganguk pelahan. “It’s okeylah babe. Kau berhak rahsiakan sebab itu adalah hak peribadi kau.’’ Ujar Fatihah pula. Aqila memeluk mereka sekali lagi. Sungguh dia amat merindui detik-detik ini. “Aku ingatkan antara kita bertiga ni, si Zura yang kahwin dulu sebab dia lah yang paling gatal. Tapi rupanya kau dulu. Diam-diam ubi berisi kau ek?’’ perli Fatihah. Azura sudah menjeling geram. Sengaja Fatihah menekankan perkataan ‘gatal’ itu sambil menjeling kepadanya. Aqila terkekeh ketawa.

“Mana ada ubi berisi. Aku pun tak sangka aku akan kahwin secepat ini. Dulu memang aku tak boleh nak terima hakikat ni. tapi sekarang, aku dah terima hakikatnya aku ni dah jadi isteri orang.’’ Kata Aqila dengan tenang. Kini giliran Azura dan Fatihah pula yang ketawa. “Ohh.. sebab itulah berahsia..’’ duga Fatihah. Aqila sekadar tersengih kambing kerana memang itulah kenyataannya.

“Dahlah. Lupakan apa yang berlaku. Kita buka buku baru. Kitaorang nak kenal suami kau. Apa nama dia? dia kerja apa? Yang paling penting.. dia handsome tak? Ada macam rupa Fahrin Ahmad tak?’’ tanya Azura seakan kereta api ekspres. Aqila sudah ternganga mendengar pertanyaan itu. “Eish, kau ni. macam tu pulak ditanya. Rupa tak penting janji hati tu baik. Betul tak Nur?’’ kata Fatihah pula. Aqila mengganguk perlahan.

“Betul tu. Sebenarnya suami aku dah tua. Dia cikgu.’’ Balas Aqila dengan selamba. Ternganga Azura seketika. “Dah tua? Ya Allah.. kau kahwin dengan cikgu yang dah  pencen ke?’’ soalnya dengan bersungguh. Aqila terkekeh ketawa keras. Telatah Azura memang membuatnya geli hati. Sungguh dia amat rindukan semua ini dari dulu. Meskipun pada hakikatnya jiwanya sangat runsing ketika ini. Hubungannya dengan Asyraf masih lagi suam-suam kuku. Asyraf hanya baik dengannya bila  di depan keluarganya saja.

“Kau ni. orang tanya dia termenung pulak. Betul ke suami kau tu orang berumur?’’ tegur Azura lagi. Aqila tersenyum hambar. “Kau tengoklah nanti, kau kan jadi pengapit aku. Nanti kau boleh tilik muka dia puas-puas.’’ Balas Aqila pula. “Eik? Kalau tua memang aku tak mau tilik. Aku pandang sekilas aje.’’ Ujar Azura.

Akhirnya saat yang ditunggu-tunggu pun tiba. Aqila kelihatan sangat anggun dengan padanan fabrik sifon digabungkan pula dengan fabrik renda Perancis seakan-akan menunjukan kepribadian gadis itu dengan kelembutan. Asyraf begitu terpegun saat terpandangkan Aqila hari itu. Aqila tampak berbeza dan jelas menunjukkan kejelitaannya. “Haii.. tak akanlah terpegun tengok isteri sampai macam tu sekali..’’ usik Fahmi yang menjadi pengapitnya hari itu. Asyraf menenangkan dirinya. Dia masih kesalkan atas apa yang berlaku. Walaupun selama ini dia telah banyak bersabar dengan sikap Aqila, dia tetap lelaki biasa yang punya egonya tersendiri.

“Cikgu Asyraf? Aqila.. jangan cakap kalau cikgu Asyraf tu..’’ Azura tidak dapat meneruskan kata-katanya apabila Aqila mengganguk sambil tersenyum. Fatihah sudah menekup mulutnya. Sungguh dia tidak percaya cikgu yang dimaksudkan oleh Aqila itu adalah cikgu Asyraf. “Tahniah Nur.. dia memang ciri-ciri suami yang aku idamkan. Tak sangka kau kahwin dengan dia.’’ Kata-kata yang dibisikkan oleh Fatihah ke telinga Aqila tadi membuatkan Aqila tergaman. ‘ciri-ciri suami yang diidamkan’? hatinya tersenyum sendiri. Memang tidak dinafikan, Asyraf memenuhi ciri-ciri yang diidamkan oleh setiap wanita. Kesederhanaan dirinya memetik hati ini yang dulunya keras seperti batu. Bagaimana caranya membuatkan aku jatuh cinta padanya. Ya! Mungkin sekarang dia menjauh dariku, tapi aku percaya ALLAH tidak akan menguji diluar dikemampuan hambanya. Cikgu Asyraf, demi ALLAH.. saya menyintai awak sepenuh hati saya. Desis Aqila dalam hatinya. Saat itu pandangan mereka bersatu.

***

A/N: update!! Thanks for your support guys .. Love u all ...

My Cikgu, My Hubby! Where stories live. Discover now