My Cikgu My Hubby 41

27.8K 1.1K 47
                                    


“Salahkah aku menyintaimu  walau ku tahu ku tak dihatimu  egokah aku memilikimu     walau ku tahu kau tak memilihku- wali band” 

IKHWAN berasa kesal. Setiap apa yang dilakukannya, hanya mampu mengundang seribu kebencian dihati Aqila. Sekiranya dia masuk ke ruang bilik untuk menghantar makanan, Aqila akan membuangnya. Sepatah pun Aqila tidak mahu bercakap dengannya. Ikhwan berasa tewas. Tewas dengan perasaannya sendiri.

Beberapa hari telah berlalu, Aqila hanya melihat cahaya dari luar hanya melalui jejaring itu. Dia lesu di pembaringan. Ikhwan selalu datang dan membawa makanan untuknya. Tapi sedikit pun dia tidak menyentuhnya. Kalau perlu, dia tidak mahu makan sehinggalah Ikhwan berubah fikiran untuk melepaskan dia dalam kurungan ini. ‘Tapi kenapa hari ini Ikhwan tidak datang lagi? Biasanya sudah lama dia di sini sambil memaksa aku untuk makan.’ Desis hati Aqila. Tombol pintu berbunyi dari luar. Aqila sudah berkira kalau itu Ikhwan, namun tidak. Dua orang lelaki yang tidak dikenalinya menghampirinya. Aqila cuba untuk bangun namun, tubuhnya begitu lemah. Lelaki itu menarik lengannya dan menyuntik jarum itu sehingga dia terus tertidur di situ.

Sentuhan angin lembut menyentuh pipinya. Aqila mendengar deruan ombak seperti berada di tepi pantai. Dia membuka kelopak matanya perlahan-lahan. Kepalanya masih pening. Laut? Aku berada di mana sebenarnya? Aqila bangun perlahan-lahan dari pembaringan. Dia melihat sekeliling. Di mana tempat ini pun dia kurang pasti.                                                                                                   “Cantik kan tempat ni..’’ suara itu muncul dari belakang. Dari suaranya pun Aqila tahu siapa. Dia tidak mahu menoleh ke arah suara itu. Lelaki itu mengambil tempat disisinya.                                              “Saya tak mahu kurung awak lagi.’’ujarnya perlahan. Aqila tersenyum mendengarnya.   
                                                                                                                                                                           “Jadi, awak akan lepaskan saya?’’ laju sahaja soalan itu keluar dari mulut Aqila. Ikhwan memandangnya lama. Betapa dia merindui senyuman yang terukir dibibir  itu.

“Nur , berikan saya kesempatan untuk selalu mengukirkan senyuman tu.’’ Ujar Ikhwan  lagi. Senyuman itu terus mati di situ. Aqila melarikan pandangannya ke arah lain. Dia bangun dari tempat duduknya.

“Saya gembira kalau awak dah sedar semua ini salah. Awak lepaskan saya dengan cara yang baik, dan saya tak akan buat laporan polis. Saya janji.’’ Bersungguh-sungguh Aqila memberitahu. Ikhwan menarik senyum tetapi hambar.

“Saya dah terlanjur membawa awak sampai ke sini Nur. Saya seorang yang berpegang pada janji. Sekali saya lafazkan saya ingin memiliki awak, maka dengan apa cara sekalipun saya akan lakukan. Walaupun dengan kekerasan atau dengan cara yang salah.’’ Kata-kata Ikhwan membuat Aqila membisu. Seorang yang berpegang pada janji. Mungkin yang dimaksudkannya itu janji lima tahun yang lalu.

“Terimalah hakikat kalau ini semua adalah kententuanNYA. Saya bukan ditakdirkan untuk awak.’’ Aqila berusaha untuk memujuk Ikhwan agar memahami. Ikhwan sekadar ketawa. “Hakikatnya kalau awak seorang penipu? Seorang yang suka mempermainkan perasaan orang lain? Begitu?’’ Soal Ikhwan pula. Kali ini Aqila diam. Tidak pernah terlintas dihatinya untuk mempermainkan perasaan Ikhwan. Cuma ketika itu, Ikhwan yang terlalu mendesak. Sehingga tiada cara lain yang mampu dia fikirkan melainkan dengan cara menaburkan kata janji yang dia pasti Ikhwan tak mampu untuk melakukannya. Tapi apa yang berlaku, sebaliknya. Ikhwan benar-benar berpegang pada janji itu. Apakah itu dikira sebagai salahnya juga? Aqila mengeluh lemah.

“Kita hanya mampu merancang Ikhwan, tapi DIA yang menentukan.’’ Ucap Aqila perlahan. “Ya. Seperti sekarang, saya telah merancang untuk menculik awak dari Asyraf. Bawa awak ke sini, dan hidup bersama saya selamanya. Jangan salahkan saya, sebab itu janji awak dulu. Dan saya hanya menuntutnya.’’ Jawab Ikhwan pula. Aqila menitiskan air matanya sambil mengeleng kepala. Ikhwan benar-benar hilang kewarasannya.

“Awak kejam Ikhwan. Sangat kejam. Saya perempuan. Saya bakal seorang ibu.  Saya islam. Awak juga seorang islam. Awak tahu apa  hukumnya untuk bersama isteri orang. Awak tahu itu salah. Mana kewarasan awak?’’
Ikhwan ketawa yang dibuat-buat.
“Segalanya hilang, sejak saya jatuh cinta kepada seorang Nur. Nur Aqila. Saya telah hilang kewarasan saya, sejak menyintai seorang wanita yang langsung tidak menghargai apa yang lakukan. Saya terlalu menyintai awak Nur.’’ Balasnya pula. Terkesima Aqila mendengarnya. Air mata rasanya seakan kering di pipi. Dia memandang Ikhwan dengan penuh kebencian.
“Aku benci kau. Sangat benci.’’ Sumpah Aqila sebelum tubuhnya terasa tidak seimbang. Matanya semakin pinar. Kepalanya juga semakin pusing. Akhirnya, tubuhnya rebah menyembah pasir pantai. Ikhwan panik.

DAHINYA berkerut tapi matanya masih terpejam rapat. Aqila merasakan ruangan itu terlalu panas. Dia membuka kelopak matanya perlahan-lahan. Tiba-tiba perutnya terasa begitu sakit memulas. Berkerut-kerut dahinya menahan sakit yang begitu kuat. Mungkin kerana dua hari dia tidak menjamah nasi, menyebabkan rasa sakitnya sebegini rupa. Perutnya ditekan-tekan dan ketika itu jugalah pintu bilik dibuka. Wajah cemas Ikhwan muncul dan menghampirinya. Ditangannya terdapat dulang yang berisi nasi, segelas air, dan beberapa biji ubat. Aqila disuruh bangun dari pembaringan. Pinggan nasi itu di ambil dan meminta agar Aqila makan untuk kali ini. Aqila tidak membuka mulut ketika sudu itu sudah didekatkan ke mulutnya. “Nur, tolong jangan sakiti tubuh awak tu lagi. Kalau melarat macamana? Kalau tak fikir diri sendiri, fikirkan bayi dalam kandungan awak tu’’ Ikhwan memujuk. “Biarlah saya mati.’’lemah suara Aqila. Ikhwan mengeluh kecil. Kerasnya hati Aqila. Melihat kebisuan Aqila, dia melangkah meninggalkan ruang bilik itu. Mungkin, Aqila akan menjamah makanan itu ketika ketiadaannya.   

“Sayang?’’ suara itu tidak asing baginya. Suara Asyraf! Matanya dibuka perlahan-lahan. Panahan cahaya yang menerangi bilik itu membuatkan matanya terasa perit. Pening menguasai diri. Aqila mengerang kesakitan. Seraya itu juga sepasang tangan memegang wajahnya. Namanya dipanggil. Asyraf? Itu awak ke? Pertanyaan itu hanya terucap dihatinya. Untuk bersuara pun rasanya seperti sukar untuk dilafazkan apatah lagi untuk dia melihat pemilik tangan yang sedang memegang wajahnya itu. Dikuatkan tenaganya untuk membuka mata, namun masih terasa perit, kepalanya masih sakit. Dia hanya melihat samar-samar wajah itu. Tapi semakin lama ia semakin gelap. Dan akhirnya gelap.

“Abang!!’’ jeritnya kuat. Tapi hampa. Ini bukan lagi mimpi. Dia memang benar-benar kehilangan Asyraf. Aqila menangis tersedu sedan. Aqila melihat gelas air yang berada di atas meja itu. Dia memecahkan gelas itu. Kacanya diambil. Dia keluar dari situ secara diam-diam. Iskandar, yang ditugaskan untuk mengawasi Aqila  mendengar bunyi kaca yang pecah dari bilik Aqila terus ke situ dan Aqila sudah tiada dalam ruangan bilik itu. Dia terus menghubungi Ikhwan. “Apa?! Dia kemana?’’ Ikhwan mulai panik.

“Aku tak tahu. John dah keluar tadi pergi beli barang dapur.’’ Jelas Iskandar lagi. “Tak apalah, aku memang dalam perjalanan ke sana. Tapi apa-apa pun, aku nak kau cari dia dulu.’’ Habis sahaja kata-kata itu talian dimatikan.
                                                                                          “jangan dekat, aku tak mahu hidup dengan kau lagi. Aku lebih rela mati!’’ Aqila meletakkan kepingan kaca itu ditangannya. Ikhwan mulai cemas sekiranya Aqila sememangnya nekad untuk menyakiti dirinya sendiri. Dia akhirnya terpaksa bergelut dengan Aqila bagi mendapatkan kaca itu dari tangannya. Dalam pengelutan itu juga tangannya terluka dan secara tidak sengaja dia menolak tubuh Aqila sehingga terhentap di batu.
                                                                   “Nur!’’ jeritnya melihat tubuh itu terbaring kaku tidak bergerak lagi. Ada darah yang mengalir dari kepalanya. Begitu juga dibetisnya.
******
A/N: thanks for keep waiting for this chappy. Alhamdulilah, akhirnya dpt jgk sy update bab 41 utk korg. Msh trtanya2 apa yg bakal brlaku pd Aqila? Keep waiting. I'll updte soon. Hehee. :)
Don't forget to vote & leave some comment.

Much love, eiyla.

My Cikgu, My Hubby! Where stories live. Discover now