My cikgu My hubby 24

41.9K 1.3K 28
                                    

TERPAKSA! Itulah salah satu sebab kenapa dia boleh bersetuju untuk menjaga Ikhwan di hospital. Walaupun tanpa pengetahuan Asyraf, Aqila nekad. Apapun yang berlaku, dia perlu membantu Ikhwan untuk sembuh semula. Tapi biarpun begitu, Ikhwan masih lagi mengalami kemurungan. Dia tidak berselera makan, tidak banyak bercakap, bahkan dia juga lebih suka termenung dan bersendiri. Kenyataan tentang perkahwinan dia dan Asyraf begitu meragut kehidupan lelaki bernama Ikhwan Ahmad. Kemana lelaki gengster dengan gelaran Ikhwan Ah dulu? Hati Aqila benar-benar terusik.

Perlahan-lahan dia mendekati Ikhwan yang duduk diatas kerusi sambil mengadap jendela. Di luar sana ada taman rekreasi hospital dan beberapa orang budak sedang seronok bermain. "Awak nak keluar ke sana?'' tanya Aqila perlahan. Ikhwan diam membisu.

"Seronok kan tengok budak-budak tu.. teringat masa Nur kecik-kecik dulu, memang nakal. Main hujan sampai kena marah, panjat pokok rumah jiran..'' Aqila tertawa sendiri mengingati zaman kanak-kanak ribenanya. Ikhwan tetap dengan ekpresi wajah yang sama.

Aqila tidak mengerti apa yang sedang bermain difikiran Ikhwan. Kenapa dia boleh berubah secara drastik sebegini. Sudah tiga hari berturut-turut Aqila datang melawatnya di sini. Sikapnya masih begini. Kata doktor, dia mengalami kemurungan. Tapi perlukah dia menyeksa diri sendiri dengan sikapnya seperti ini? Aqila rasa benar-benar tercabar.

"Saya tak faham. Kenapa perlu awak jadi macam ni Ikhwan? Sampai bila awak mahu menyeksa diri awak, adik dan ibu awak. Bukan mereka saja tapi awak pun turut menyeksa saya! Saya dah letih tengok awak macam ni. Kalau beginilah caranya yang awak nak. Teruskan, saya dah malas nak ambil tahu pasal awak lagi. Assalamualaikum.'' Aqila sudah berkira-kira mahu melangkah pergi. Tapi ketika itu jugalah Ikhwan memanggil namanya. Sebelum ini Ikhwan langsung tidak mahu bercakap tapi tadi dia mendengar Ikhwan menyebut namanya. Aqila mendekati Ikhwan semula.

"Tolong jangan pergi...lagi..'' Ikhwan berkata perlahan dan saat itu juga ada linangan air mata yang mengalir dipipinya. Aqila terkedu. Dia tidak tahu apa perasaan yang muncul tapi dia berasa sebak melihat diri Ikhwan menjadi seperti ini.

"Ya.. saya ada di sini.'' Balas Aqila akhirnya.

"Saya tengok dah banyak perubahan dia sejak akhir-akhir ini. Terima kasih banyak Aqila.'' Ucap puan Sarah ketika mereka duduk berbual di kafeteria. Aqila hanya mampu tersenyum. Memang dia nampak ada perubahan positif yang ditunjukkan oleh Ikhwan. Dia terpaksa bertanggungjawab atas segala yang berpunca darinya.

Aqila membawa Ikhwan keluar menghidup udara petang di taman. Walaupun tidak ada banyak komunikasi antara mereka, Aqila tetap betah bercerita. Seakan mahu mengembalikan ingatan Ikhwan tentang kenakalan lelaki itu ketika zaman sekolahnya dulu. Persis seperti dalam novel 'lagenda budak setan' sikap Ikhwan sama seperti Kasyah. Tapi dia bukan Ayu seperti dalam dalam novel itu. Cinta Ayu mungkin buat Kasyah yang sudah berubah, sedangkan dia.. menyintai cikgu Asyraf yang sudah menjadi suaminya.

"Hai.. Nur Aqila..'' teguran itu membuatkan Aqila memandang ke arah gadis yang mengenakan baju kemeja bercorak bunga kecil dan berseluar jeans skinny. Rambutnya yang lurus itu dilepaskan ke paras bahu dan hanya mengenakan skaf berwarna kuning. Nampak feminim. "Hai.. err..Noni kan?'' Aqila ingat-ingat lupa namanya tapi ni .. ni lah rasanya namanya. Gadis itu tersenyum sinis sambil mengganguk.

"I datang nak tengok keadaan Ikhwan. Nampak macam dah tak ada arah hidup. Tak sangka hidupnya boleh berubah sekelip mata begini.'' Kata-kata Noni kedengaran begitu pedas dipendengaran Aqila. "Dia perlukan sokongan. Kalau awak datang sini semata-mata nak bersimpati, dia tak perlukan semua tu dari awak.'' Balas Aqila dengan tenang. Gadis itu nampak terkesan dengan kata-kata Aqila.

"At least, bukan I yang buat hidup dia jadi macam ni.'' Sindir Noni. Aqila bungkam. Sedikit sebanyak kata-kata Noni mengoncak emosinya. Apa yang Noni mahu katakan sebenarnya? "Hai Ikhwan.. semoga cepat sembuh ya. Rindu nak jaiming macam dulu. Kau tak rindukan 'Sara' ke?'' Noni cuba untuk berbual dengan Ikhwan yang membisu di kerusi roda. Nama sara yang disebut oleh Noni membuatkan Aqila penasaran. Siapa pula Sara yang dimaksudkan?

My Cikgu, My Hubby! Where stories live. Discover now