My cikgu My hubby 4

77.2K 2.1K 29
                                    

MEREKA sembahyang subuh berjemaah. Aqila mengucap syukur kerana sudah hampir dua minggu dia bergelar isteri Asyraf, dia masih lagi suci murni. Asyraf memang menepati janji. Selesai mengaminkan doa, tangan suami dicapai, dikucup lembut. Cupp! Singgah satu ciuman didahinya. Aqila sudah mengigit bibir. Perasaannya jadi tak keruan tiba-tiba. Belum pernah-pernah dia kucup dahi aku? kali terakhir pun masa akad nikah dulu. Cepat-cepat dia membuka telekung sembahyang dan menyidaikan dipenyakut. Niatnya mahu segera turun ke dapur, tapi malu pula hendak berdepan dengan keluarga mertuanya tanpa Asyraf di sisi. Kerana biasanya dia akan turun bersama Asyraf. Ish, sikit-sikit Asyraf, Asyraf, Asyraf!

“Aqila,’’ panggil Asyraf. Leka sungguh Aqila mengelamun sehinggakan tidak perasan kalau Asyraf sudah siap memakai pakaian kerjanya untuk ke sekolah. Aqila memandangnya lama. Cikgu Asyraf ni.. masih macam dulu. Suka pakai kemeja lengan panjang berwarna putih, tali leher warna biru langit. Wow! mengancam pulak.

“Suka mengelamun isteri saya rupanya,’’ kata-kata itu menyedarkan Aqila. Terus dia bangun mengadap Asyraf. Wajah itu dipandang.
“Awak nak apa?’’ tanya Aqila bagaikan mahu menjalankan tanggungjawab isteri yang mendengar kata suami. Tapi terpinga-pinga dia seketika mendengar apa yang disuruh Asyraf. Pakaikan tali lehernya? Kang dah pakai tu? Omelnya geram.

“Awak kan dah pakai tu, kenapa nak suruh saya pakaikan pula? Nak suruh saya belit-belitkan buat reben?’’ perli Aqila. Asyraf terkekeh ketawa. Dia tahu Aqila tidak mungkin tahu cara untuk pakaikan tie ini. Ini cuma akal-akal dia untuk mengenakan Nur Aqila. Seperti kata Fahmi “Kalau nak suruh dia terpikat, kau buatlah adegen romantik sikit-sikit dengan dia. Biar dia cair. Lama-lama jatuh hatilah dia!’’ bergema pula suara si Fahmi diingatan. Ya! Aku tengah nak pikat dia, nak pikat isteriku.

“Saya nak lepas ni awak yang pakaikan tie untuk saya. Boleh?’’ permintaan Asyraf ini sudah tahap kronik dan mengada-ngada! Ish.. Aqila mengertap bibirnya.
“Saya tak pandai nak pakaikan tie.’’ Kata Aqila berharap agar situasinya difahami. Tapi lain pula jawab si suami. “Mari sini saya ajarkan.’’ Ujar Asyraf. Ajarkan? Asyraf sudah berada dekat dengannya. Tangannya digapai, disentuhkan pada tie Asyraf. Kedua-dua tangannya masih terpaut pada tali leher itu. Pandangannya hanya pada dada suami. Untuk angkat muka melihat wajah lelaki itu, rasanya dia tidak ada kekuatan. Apatah lagi berada dalam jarak yang begitu hampir. Kus! Semangatnya hilang.

“Sayang oii, tengok lah saya nak ajarkan ni.’’ Satu persatu diajar. Tangan itu sekejap putar ke situ, sekejap ke sini, tut tut dah siap. Dia masih lagi pening lalat. Tapi dia cuba buat. Tak jadi juga. Dia mengeluh.
“Susahlah Asyraf.. tak nak lah belajar ikat tie ni, awak ajar saya masak lah lagi senang.’’ rungut Aqila setelah tahu Asyraf si nerd ini rupanya lagi pandai memasak darinya. Minggu lepas, senyap-senyap dia minta Asyraf ajarkan dia buat nasi goreng kampung. Tapi bila mertua masuk dapur, pandai-pandai dia mengelat. Nasib baik suami satu kepala.

Tie yang berada di leher Asyraf kini beralih ke lehernya pula. Tubuh Aqila dihadapkan ke cermin. Asyraf berdiri di belakangnya. Kali ini, mengajar pakaikan untuk diri sendiri. Gulp! Rasa detak jantungnya berdegup hebat. Dia gementar tatkala tubuh suami membelakangi tubuhnya dalam keadaan begitu dekat. Matanya dihadapkan cermin itu. Buat, tak jadi. Buat lagi tak jadi. Buat lagi sekali, dah jadi.
“Asyraf, tengok! Dah jadi….’’ Dia berpaling lantas memeluk tubuh suami bagaikan baru menang pingat emas bertanding di sukan olimpik. Aik? Yang kau pergi peluk dia ni buat apa?

Pelukan dileraikan. Tali leher dilepaskan, lalu dipakaikan ke leher suami tanpa sepatah bicara. Malunya tadi disembunyikan dan buat selamba. Dah siap! Dia menghela nafas lega sambil menepuk tali leher yang dipakai itu. “Lepas ni, banyak benda lagi saya nak ajar awak. Cuma, satu aje.. jangan mudah nak menyerah kalah tanpa usaha. Okey sayang,’’ bisiknya ke telinga Aqila. Terus berdiri tegak bulu tengkuk Aqila. Banyak lagi? Ohh.. jadi isteri cikgu ni tak mudah rupanya. Habis mengajar di sekolah, balik nak mengajar dekat rumah pulak? Redha ajelah Aqila oii.. desisnya pada diri sendiri.

Habis jadual mengajar dia hari itu, Asyraf duduk bersandar dikerusi empuknya. Memikirkan keajadian tadi pagi. Dia tersenyum sendiri. Nak pikat isteri? sepatutnya mudah aje kerja nak pikat isteri macam Aqila tu. Tapi memandangkan dia bukannya lelaki yang begitu tahu mengenai bab-bab untuk memikat perempuan jadi beginilah akibatnya. Terpaksa melantik pakar perunding  rumah tangga separuh masa.

Hah, ini dia si perunding pribadi aku dah sampai. Desis Asyraf melihat Fahmi sudah berjalan ke arah mejanya. Terus duduk tanpa disuruh. Ini mesti ada agenda yang mahu dijalankannya lagi. Mengenangkan kata Fahmi beberapa minggu sebelum ini membuatkan Asyraf termenung jauh.

“Itulah kau, ikut aje cakap mak ayah. Suruh kahwin dengan budak, kau kahwin. Suruh itu, kau buat. Suruh ini kau buat. Habis perjalanan hidup yang kau nak kemana beb?’’ kata Fahmi sebaik diberitahu bahawa dia akan dinikahkan bulan depan. Asyraf diam tidak menjawab, cermin matanya dibuka. “She’s 19 years old. Kau boleh bayangkan tak macamana budak nak jalankan tanggungjawab orang dewasa macam kita ni?’’ mulut becok itu masih tetap menolak keras keputusan sahabat baiknya untuk bernikah dengan calon pilihan keluarga yang sembilan tahu lebih muda. Bisingnya mengalahkan dia pula yang hendak dinikahkan.

“Aku tak kisah. Jodoh itu Allah dah ditetapkan. Pilihan walid dengan ibu aku adalah pilihan aku jugak. Since, aku pun tak pernah ada pasangan bercinta so, take it easy, just married.’’ Kata Asyraf tenang. terlopong Fahmi mendengar bagaikan tidak percaya.

“Hoi, mengalamun jauh nampak. Dah dapat pikat ke budak tu?’’ tegur Fahmi menyedarkan lamunan Asyraf. Dia tersenyum hambar. Pikat Aqila? Baru dua minggu. Masih belum terjadi apa-apa, dan Aqila tetap bersikap suam-suam kuku dengannya.
Kang, aku dah cakap. Kau ni tak bercinta sejak dari u sampai ke hari ni sebab inilah masalahnya. Keras macam batu! Cuba berlembut sikit. Goda dia, pikat dia sampai dia cair dengan kau.’’ Nasihat si pakar perunding rumah tangga yang baru dua tahun mendirikan rumah tangga. Lagaknya dah macam pro sangat!

“Aku bukan apa, aku nak bagi dia masa mengenali aku. ini bukan ‘projek memikat isteri’ kau tau?’’ kata Asyraf pula. Tidak mahu mengalah. Tahulah dia ni tidak pernah ada ‘pengalaman’ memikat perempuan, tapi malu juga kalau diejek ‘keras macam batu’. Fahmi memetik jari. Sudah tersengih nakal bagaikan menyimpul agenda baru.

“Okey, since kau kata ini bukan ‘projek memikat isteri’, apakata kau ikut aje rancangan atau agenda terbaik aku ni.’’ Fahmi berjeda seketika. Asyraf berkerut menantikan rancangan ‘terbaik’ si Fahmi. Khusyuk benar Asyraf mendengar rancangan kawannya yang satu ini. sekali dengar macam tak berapa nak terima aje, tapi dua kali dengar mungkin boleh terima juga rancangan si Ketot ni. Hmm.. Asyraf sudah memasang idea. “Okey, set. Kau memang perunding terbaik.’’ Asyraf menunjukkan ibu jari kepada Fahmi. Lelaki itu tersengih mengangkat kening tanda membangga diri.

****

My Cikgu, My Hubby! Where stories live. Discover now