Bab 4

95 3 0
                                    

WAHHH !!! ya Allah tak sangka hari ni aku dah kena gerak ke airport . Masa dalam perjalanan tu , aku tidur sebab penat sangat and rasa pening , jadi aku pun tidur aje lah . Tidur tidur sampai lah aku tak sedar yang aku sekarang ni dah berada di airport !

Nak kata teruk , teruk juga lah . Mana nya lah aku tak ternganga macam orang gila , bangun bangun aje tudung shawl aku dah buat hal . Dah elok dah tadi , senget pulak hehe .

Kedua abang Haidar aku membuka pintu kereta dan turun lalu bergerak ke belakang kereta . Membuka bonet untuk ambil bagasi kami semua .

"Haish adik ni , kan abang dah kata susah kan pakai tudung tu . Degil lagi tak dengar kata" kata Aryan

"Aip , tak boleh marah adik dekat tempat awam" sambung Arran lalu menepuk lembut lengan Aryan

Ish lah abang Aryan ni , macam lah dia tu pernah pakai tudung shawl . Sibuk aje , nasib baik lah ada abang Arran yang aku sayang kan ni . After aku dah siap lilet tudung ni , aku terus keluar dari perut kereta .

Aku meregangkan badan aku sekejap . Wah , dah lama aku tak jejak airport ni . Rindu pula jadi nya , eh eh... Daddy aku terus mencium dahi aku lalu memeluk kami bertiga .

"Ingat pesan daddy ya princess . Princess je anak perempuan daddy seorang , mana ada yang lain" kata tuan Mikail Andre

Kedua abang Haidar aku tu cuma duduk di belakang aku aje , macam tak tau nak buat apa . Selepas selesai bersalam dan berpeluk , kami bertiga menjejak kaki ke dalam airport sambil melambai daddy .

"Ok adik dengan Arran tunggu sini , biar abang pergi ambil tiket penerbangan" Aryan terus meninggalkan aku dengan abang kedua aku . Aku membuka skrin telefon dan menekan aplikasi camera .

"Abang , pandang sini cepat" kata ku

CHESS !!! CEKEREK !

Aku melihat foto yang telah di tangkap sebentar tadi . Hish handsome siottt ! Bapak ah abang aku handsome nak mampus ! Aish I cannot... Abang Aryan aku pun sampai lah sambil pegang 3 tiket . 1tiket ke Sepanyol dan 2tiket ke Albania .

"Wahai adik adik ku yang ku sayang . Pandang lah camera abang mu ini" kata Aryan

Aku memeluk kedua abang Haidar aku lalu tersenyum manis di depan camera . Abang Arran aku memang senyum semanis gula lah ! Masya Allah sweet senyuman dia , boleh bersemut macam ni . Semut pun suka senyuman dia .

Setelah selesai semuanya , aku mencium kedua abang Haidar aku . Peluk sekor sekor . Abang Arran lah cium aku paling lama macam tak nak bagi aku lepas . Air mata aku mula menitis hmm... Tak nak tinggal kan abang...

"Jaga diri baik-baik dekat sana ya" kata Arran perlahan

Aku memeluk abang Arran dengan kuat , ya Allah tak sanggup nak tinggalkan diaorang ni . Lalu aku memeluk abang Aryan aku , dia mengusap lembut pipi aku yang telah basah dengan air mata .

Aku mula bergerak ke bahagian flight Sepanyol manakala mereka bergerak ke bahagian flight Albania . Lambai hingga lah hilang bayangan mereka berdua . Muka ku masam dan tak tersenyum .

Rasa sebak sangat... Aku tunggu di bahagian flight aku , aku kedengaran bunyi flight ke Albania sudah mula menanti . Jantung berdegup kencang , aku tak terbiasa berseorangan apabila di public , rasa panic dan shaking .

Aku menarik nafas panjang dan aku bersabar . Huh... Aku tak tau nak buat apa sekarang sebab aku tak ada kawan yang sama universiti dengan aku . Aku memandang ke arah cermin , nampak bayangan abang Aryan dan Arran sedang menuju untuk masuk ke dalam kapal terbang .

Diaorang sibuk dengan handphone diaorang , manakala aku sibuk dengan jantung berdegup kencang . Sumpah lah aku tak berhenti shaking . Aku nak abang aku teman kan aku... Tapi kali ni aku kena pandai hidup berseorangan .

S.Marcus Lee : She Is My WifeWhere stories live. Discover now