Bab 8

70 3 0
                                    

"heh kau ! Kau tak cakap pun dengan aku yang kau dah ada awek heh !" Kata Noah sambil menepuk bahu Danish

"Awek kau ?!! Aku mana ada awek , Noah" Danish mengeluh

"Aik ? Yang perempuan tadi tu siapa ? Bukan awek kau ke Nish ? Ecehhh , nak sorok-sorok dari aku lah tu . By the way siapa nama perempuan tadi ?"

Danish mengangkat kening kirinya

"Nama dia Haidar Dhia Andre . Tapi aku panggil Dhia , kalau aku panggil dia Andre macam lelaki pula"

Noah terkejut

"Serious lah Nish ?!! Haidar ? Andre ? Tu bukan ke keluarga Dato' Mikail Andre ?"

Danish mengangguk kepala nya lalu menongkat dagu

Aku yang masih lagi berada di dalam bilik ku sendiri sedang menyelesaikan kerja matematik . Ya Allah sumpah lah stress gila bila aku nak jawab semua soalan ni .

Aku mengusut rambut ku dengan kasar . Haish tak tau lah nak buat macam mana ni ! Aku terus menutup buku tersebut lalu mencapai telefon ku dan menuju ke katil .

Aku membuka skrin telefon dan menekan ikon WhatsApp . Ada satu notification ? Kenapa selama ni aku tak sedar hek ? Aku menekan ruangan chat tersebut .

Daripada : Abang Aryan

Dalam talian...

Aryan : adik , macam mana dekat sana ? Best ke ?

Menaip...

Andre : best je . Macam biasa

Aku terus menekan butang send , lalu ianya di send kepada abang Aryan .

Aryan : hmm... Macam ada something yang tak kenalah dengan adik ni

Andre : apa yang tak kena nya abang ku sayang Oii . Adik cuma serabut je dengan assignment adik ni hah . Banyak sungguh lah abang

Aku dan Aryan membalas mesej kepada satu sama lain sehingga lah selesai . Aku meletak kan handphone aku di atas meja bersebelahan dengan katilku . Aku terus merebah badan ku di atas katil yang empuk .

Aku mengeluh sungguh . Penat tu memang penat , hadap laptop 24jam sehari macam tak masuk akal langsung . Punya lah madam Zahara bagi assignment berlambak gila dekat kitaorang ! Ingat kitaorang ni apa ?

Aku terus bangun kembali lalu melangkah kan kaki ku ke dalam bilik air . Aku mencapai berus gigi ku yang berwarna pink dan mencapai ubat gigi lalu aku meletak kan di atas berus gigi .

Aku terus memberus gigi seperti biasa . Eh tak alih alih aku teringat dekat mamat yang bersama Danish tadi . Siapa dia ? Handsome betul jejaka tu . Tinggi , berambut putih , kulit putih pucat , mata berwarna biru laut dan bulu mata nya berwarna putih bersih ! Agak nya mamat tu ada penyakit albino ke ?

Sumpah lah... Tersenyum senyum aku di dalam bilik air . Haish siapa lah nama dia ? Mungkin aku boleh bagi tanya Danish siapa jejaka putih pucat tu . Aku rasa aku pernah terserempak dengan dia dekat kantin hari tu .

Pagi ni memang tak ada class jadi aku pun decide untuk berjalan jalan dekat kawasan kolej aku ni . Aku tak adalah hafal mana pun tempat sebesar ni , kalau sesat aku pun tak tahu lah . Mahu menangis di buat nya nanti .

Aku berjalan dan terus berjalan sehinggalah aku terserempak dengan gadis yang menegur ku pada hari yang lalu . Nama dia Adriana heh ? Ke apa ? Lupa lah siapa nama gadis ni . Gadis itu mula menuju ke arah aku manakala aku cepat cepat menyorok kan wajah ku .

"Hi Andre !" Kata Adriana

Aku hanya memberi senyuman nipis

"Awak nak pergi mana Andre ? Boleh saya ikut awak sekali ? Awak macam tak ada kawan . Jadi... can i come with you?" Adrian mula membuat muka comel nya . Haish ya Allah comel betul dia ni ?!

Aku hanya mengangguk lalu beredar dari sini . Adriana hanya mengekori aku di belakang seperti anak ayam . Yup tinggi aku cuma 152cm and gadis yang ikut aku sama ni tinggi dia mungkin dalam 145cm . Patutlah comel .

Aku mula menjejak kaki ke perpustakaan bersama si comel ketot di belakang ku . Tanpa ku sedar , si ketot Adriana ni mula memeluk lengan ku .

"Eh ?"

Dia mula menunjukkan wajah comel nya . Kau ni sebenarnya nak apa hah ? Manja manja dengan aku ni ? Kau ingat aku suka lah ?!! Aku hanya membuat muka jijik terhadapnya .

"Erm nak peluk lengan awak pun awak marah ke Andre ?" Kata Adriana

Aku ? Muka aku ? Yup aku rasa panas gila sekarang , aku pun tak tahu lah kenapa aku tak suka orang peluk lengan aku tiba-tiba . Yelah dengan aku tak kenalnya lagi betina ni lepas tu tak rapat and baru je kenal kan ? Jadi aku pun tak selesa lah .

Aku mencapai buku di atas rak yang sama tinggi dengan ku . Tajuk buku tersebut bertajuk KAU MILIK KU . Aku membelek buku tersebut . Macam menarik... Tak baca lagi macam mana nak tahu best atau tak kan ? Aku mengambil tempat duduk ku dan yeah budak tu pun ikut sekali , haish rimas rimas...

Dalam beberapa jam aku duduk di dalam perpustakaan ini . Sejuk gila mat nak terkencing di buat nya . Mata ku melilau ke sana ke sini . Kelihatan seorang lelaki yang sedang duduk berhadapan dengan . Mata mamat ni asyik ke arah aku aje dah kenapa ?

Aku hanya buat tidak peduli tentang mamat tersebut . Yang ini mamat yang mana pula ? Yang dekat kantin hari itu ke ? Kalau dekat kantin hari tu orang nya berkulit putih pucat . Itu aku kenal lah si member Danish , ini mamat mana pula ? Rambut nya yang berwarna kuning emas dan mata yang berwarna Hazel ?

Aku terus melangkah keluar dari perpustakaan tersebut . Sambil sambil itu aku ada juga pinjam buku dari perpustakaan .

"Erm aku nak balik ke dorm aku lah . Kau balik lah sendiri" halau ku

Gadis yang bermata Hazel itu memandang ku seperti... Puppy eye ? Kau ingat aku suka ke ?

"Kau asal pandang aku macam tu ?" Soal ku dingin

"Ish awak ni dingin sangat lah Andre... Saya cuma nak teman awak je sampai ke dorm awak"

Eh- ?

"Um tak apa lah . Aku boleh pergi sendiri . Kau pergi lah lepak dengan kawan kau sana" aku terus beredar dari situ

"hmp, cold... I'm going to ruin your life, Andre" sinis Adriana

Danish berjalan bersama Noah budak albino tu . Tanpa di sedari oleh Danish dan Noah , Adriana menghalang perjalanan mereka berdua

"Hi boys !" Ew... Pick me siot !

Danish dan Noah membuat muka pelik

"Benda kau nak perempuan ?" Kata Noah dengan nada kasar

"Nope... I just want to talk to Danish for a while, not you" Adriana terus menarik tangan Danish

"Ish benda kau ni Ria ?! Pegang pegang , kau ingat aku suka ke kau pegang tangan aku tiba-tiba ni ? Kau nak apa ?" Danish mengusap tangan nya

"I nak bagi tau you . You suka dekat Andre ke ? I saje je nak tanya , bukan nya I nak rosak kan hati you pun baby" Adriana menyentuh pipi Danish

"Benda sial kau nak ? Yes memang aku suka dekat Dhia , puas hati kau ?! Dah lah kau Ria... Stop lah kejar aku aku tak suka dekat kau"

Danish terus beredar dari situ manakala Adriana masih berdiri di situ .

"Hmp see ? Nampak sangat kau bodoh Danish ! Bodoh ! Aku sayangkan kau tapi kau lebih pilih kan Andre ?!! Fuck off !"

Adriana terus beredar dari situ sambil menghentak kaki . Kau nak robohkan bangun kolej ni ke betina ? Dasar tak sedar diri .

S.Marcus Lee : She Is My WifeWhere stories live. Discover now