Bab 27

45 3 0
                                    

"Awak betul ni malam ni awak balik ?" Soal ku

"Betul cinta... Malam ni hubby balik cinta jangan risau ok . Hubby pergi meeting aje tak jauh pun . Bukan nya hubby nak tinggalkan cinta , tak... Listen here amorè... Hubby tak akan sesekali tinggal kan cinta tau"

Shawn menyentuh pipi ku dengan lembut lalu di usap perlahan

"Cinta duduk rumah diam-diam tau , ada mak som nanti mak som teman awak ok . Kalau nak apa-apa call je hubby nanti hubby tunaikan . Dah hubby nak gerak ni"

Aku menyalami tangan Shawn sebelum dia bergerak ke tempat kerja nya . Hm lama nya nak tunggu dia balik . Selalu nya dia meeting tak adalah sampai malam biasa aje selalu nya .

Yelah lagi pun dalam rumah ni hanya ada aku dengan mak som aje nanti , si kembar tu keluar , daddy pula ada urusan kerja di China .

Setelah Shawn meninggalkan ku berseorangan di rumah . Aku hanya mental iphone ku sahaja sambil-sambil itu aku mengusap perut ku yang telah membesar ini .

Tak lama lagi baby penguin nak keluar dah . Berdebar pula bila nak tunggu dia keluar . Biasalah baru permulaan nak jadi mak mak .

-

Kereta BMW yang berwarna silver itu berhenti di depan rumah aku tanpa aku sedar

"Ada tak suami dia ?"

"Nampak macam... Rumah ni kosong tak ada orang"

"Kau jangan cakap macam tu . Ada nampak kereta Bugatti suami dia tak ?"

"Tak nampak , agak nya suami dia tak ada dekat rumah . Malam ni kita culik perempuan yang boss nak ni"

"Tapi kita kena letak ubat tidur dulu . Eh aku rasa bukan perempuan tu sorang aje dalam rumah , bibik dia pun ada kan ?"

"Aku tak kenal bibik dia , tapi aku pasti bukan dia sorang aje dalam rumah ni"

Siapa diaorang ni ? Mereka berdua cuba untuk menjengah dari jauh dan cuba mencari bayangan aku .

"Dah , malam ni kita culik perempuan tu . Bukan kita aje , syakir pun ada nanti . Kita kena ikut arahan tuan syakir"

"Ok , beres"

Kereta BMW itu terus beredar dari depan rumah ku . Siapa mereka ?

-

Aku baru sahaja selesai menunaikan solat zohor bersendirian . Ye lah imam kerja mana nya nak teman orang solat berjemaah . Aku membuka telekung ku lalu aku melipat dengan kemas .

Aku mencapai getah rambut di atas meja lalu ku ikat dengan kemas . Aku keluar dari bilik , kekuatan sunyi di dalam rumah ni macam tak ada orang langsung . Aku menuruni tangga dengan perlahan .

Aku melihat mak som yang berada di ruangan dapur . Tengah buat apa pula tu mak som ? Aku mendekati ke arah mak som yang sedang membasuh sayur bayam .

"Mak som" panggil ku

"Ya sayang , ada apa ?" Kata mak som

"Mak som tengah buat apa ni ? Nak masak apa buat tengah hari ni" soal ku

"Mak som nak buat makanan simple simple aje sebab kita kan berdua aje dalam rumah ni . Si kembar tu katanya makan dekat rumah Tuan Ayden , jadi mak som tak masak banyak" kata mak som

"Oh gitu . Ah ok lah macam tu , mak som . Andre nak keluar sekejap"

"Eh kamu nak kemana sayang ? Kamu kan mengandung... Duduk aje lah dalam rumah ni"

"Tak lah mak som... Andre cuma nak duduk luar rumah aje , nak main buaian dekat depan tu hah" sambil itu aku menunjuk buaian

"Ah ye lah , hati-hati ya , takut kamu terjatuh pula" kata mak som

S.Marcus Lee : She Is My WifeHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin