Bab 7

72 3 0
                                    

Malam nya mula tiba . Aku yang masih berada di dalam bilik asrama aku hanya menatap skrin laptop di atas bantal ku . Tiada apa apa yang menarik di sini , seperti biasa sahaja .

Aku menghelah nafas lalu aku memicit kepala ku yang sedang berdenyut . Kalau setiap hari aku hadap laptop boleh pecah biji mata aku ni hah . Terang sangat skrin laptop aku ni , cahaya hidayah kata orang .

Perut ku berbunyi seperti sedang lapar . Aku tak tahu lah kalau kantin sini buka atau tak , sumpah aku rindu dengan suasana yang riang seperti di rumah aku , tak adalah sunyi sepi aje macam ni .

Aku menutup laptop lalu mengemas barang di atas meja belajar ku . Aku mencapai shawl yang berwarna hitam lalu di pakai di atas kepala . Aku terus membuka pintu untuk keluar mencari makanan sekejap . Lalu aku kunci pintu bilik aku .

Dalam perjalanan mahu ke kantin kolej , aku hanya menatap skrin telefon sahaja , malas nak pandang sekeliling ni . Bosan sebenarnya... Jadi aku tak tahu nak buat apa .

Setelah kaki aku jejak ke kantin , aku mula menyimpan telefon pintar aku ke dalam handbag kecil aku . Aku menuju ke tempat jual jualan makanan .

Aku melihat di tepi meja itu terdapat logo halal yang telah terpampang di situ . Alhamdulillah... Halal juga makanan yang aku beli sekarang ni . Aku mencapai roti , nasi ayam dan sekotak susu .

Kaki ku mula menuju ke meja kosong . Aku melabuhkan punggung di kerusi . Lalu aku membuka plastik straw dan mencucuk di permukaan bulat yang kecil . Aku menyedut minuman tersebut dan menjamu selera .

Secara tiba tiba , ada sepasang mata yang menatap ke arah aku . Dah kenapa dengan mamat ni ? Macam kenal ?! Muka nya di tutup separuh dengan hoodie . Tak nampak sangat... Yang aku nampak hanya bibir . Tapi aku pasti dia menatap aku .

Aku hanya buat buat seperti tidak nampak dan tidak tahu . Aku terus menyambung suap nasi ni ke dalam mulut aku , malas nak melengahkan masa .

Jam 11.30pm

Aku masih lagi terjaga dari lena ku . Tak tahu lah kenapa aku rasa macam tak boleh tidur , teringat dekat mamat hoodie tu , dia macam stalker aku aje . Mungkin tak kot... Ok positive thinking Andre... Mungkin dia tengok orang belakang aku ?

Aku terus menutup muka ku dengan bantal yang aku telah peluk sebentar tadi . Haish dia tu siapa ? Mungkin Danish ?!! Danish kot... Ahh ! Malas lah nak fikir pasal tu . Aku terus melelapkan mata dan mengabaikan jejaka tersebut .

Pada pagi ini aku memula kan dengan subjek Matematik yang paling aku tak suka . Sangat membosan kan apabila madam membebel di depan . Bila lah waktu kelas matematik nak habis... Aku dah lapar dah ni .

Dalam beberapa minit kemudian , madam Zahara mula kembali ke tempat asal nya lalu menyelak baju pergelangan tangan dan melihat jam di tangan nya .

"ok everyone, our class is finished here and one more thing I want to tell you all, please open page 79 to copy all of them. do you understand everything? ok class disperse"

Huh ! Madam Zahara ni kalau boleh buat dua muka surat senang ! Dia ni bagi nya aku satu muka surat ni untuk salin dan selesaikan soalan tersebut ?!! Ish tak mungkin lah aku dapat siapkan kerja ni dalam masa sehari .

Aku terus membuka shawl yang telah di pakai lalu mencapai novel bertajuk DHEO'S . Yup jalan cerita ni best , tapi yang paling best bila ada sebuah novel yang ada nama kita sendiri , contohnya MR. HOODIE PUJAAN HATI . ARGH ! novel tu buat kan aku tak boleh move on betul !

Biasalah... Dalam novel tu kan ada jejaka hoodie yang bernama Farhan Iskandar dan pasangan nya Dhia Irdina . Mananya aku tak melenting bila Farhan panggil aku '𝑲𝒊𝒕𝒕𝒆𝒏' ?!! Seolah-olah Farhan panggil nama aku . Hmm... Best gila weh !

Aku membelek muka surat novel tersebut dan yeah muka aku mula kemerahan merahan . Blushing terukss !!! Baru sahaja aku mahu mencampak novel tersebut ke bawah , ketukan pintu bilik aku di ketuk oleh seseorang .

TOK
TOK
TOK !!

"OH NENEK KO JATUH TERGOLEK !" Melatah aku

"Ish siapa tu ? Sibuk aku nak melenting sibuk tu lah kau nak sibuk ketuk pintu bilik aku"

Aku mencapai tudung sarung yang berwarna hitam lalu di pakai di atas kepala . Aku memulas tombol pintu bilik dan terpampang wajah Danish Què di depan aku . Mamat ni nak apa sebenarnya ?

"Yup ? Awak ada apa datang sini ?" Soal ku kepada Danish

Danish mengangkat kepala nya dan memandang ku tajam . Weh sumpah lah gila... Muka dah beku , tambah lagi dengan pandangan maut dia tu ?! Gila ke apa mamat ni ? Nak bunuh aku ke ?!!

"Awak ni dah kena-"

"Nah , bonda Nora bagi"

Belum sempat apa lagi aku mahu bersuara secara tiba-tiba dia memotong laju percakapan ku . Danish menghulurkan sehelai gaun berwarna putih labuh . Wah cantik ! Aku terus merampas gaun tersebut kepada tangan Danish .

"Kau ambil dress tu macam tu aje ? Kau kena ingat sikit Dhia... 𝑫𝒓𝒆𝒔𝒔 tu mahal + 𝒔𝒍𝒊𝒎𝒇𝒊𝒕 punya . Tah tah kau tu badan gemok macam gajah ke... Terkoyak pula baju yang cantik ni hah" kata Danish sambil membuat muka riak

Wah sedap mulut bapak kau aje cakap yang badan aku ni macam gajah ?!! Kau tak tengok lagi lah Danish ! Tak sedar diri ! Badan dia pun macam gajah , tegap sana tegap sini nak tunjuk kat siapa agak nya ?

Aku terus menjeling tajam ke arah Danish yang sedang tersenyum senget . Aish bila dia senyum senget ni kan... Nampak sangat 𝒉𝒂𝒏𝒅𝒔𝒐𝒎𝒆 nya ya Allah !!!

"Engkau dah kenapa ? Senyum macam orang gila ?!" Kata Danish

Eh ?!! Aku senyum ke ? Senyum... Ya Allah ! Macam mana aku boleh senyum ni weh ! Asiah ya Allah malu nya... Aku terus menutup pintu dengan laju . Huh nasib lah mamat tu tak tahan pintu bilik aku .

Aku mencuba gaun yang di beri oleh bonda Nora tadi . Agak-agak nya lah kan , gaun ni untuk apa sebenarnya ? Punya lah kembang macam orang nak berkahwin kau tau ?!

Aku memusingkan gaun yang aku pakai , begitu kembang apabila di pusingkan . Masya Allah cantik sungguh !

Aku terus merebahkan badan ku di atas tilam dan memeluk teddy yang berbulu gebu . Secara tiba-tiba otak aku ni fikir pasal mamat yang dekat kantin hari tu . Nak di kata kan Danish ? Danish tak macam tu pun . Orang nya dingin dan kasar... ARGH abaikan aje lah .

Pada pagi yang indah , aku duduk di tempat awam yang berada di dalam kolej . Aku membaca sambil menyuap sandwic di dalam mulut .

"Hi !" Kata gadis yang aku tidak kenal

"Hi ? who are you ?" Soal ku

"Hi, my name is Adriana. Are you a new student here?"

"Hm" kata ku ringkas

"Dingin nya awak ni , saya tahu awak orang Itali tetapi di besarkan di Malaysia , betul Andre ? Setahu saya nama awak Andre , betul ?"

Aku hanya memandang gadis yang sedang bercakap di depan ku ini . Aku tak jawab , cuma aku menjeling dan mengangguk kepala sahaja .

"Awak ni dingin sangat . Sedangkan saya cuma tanya aje... Erm by the way-"

"Sorry aku tak ada masa sekarang ni . Aku gerak dulu lah" aku terus mencapai buku tulis dan terus beredar dari situ

Kini aku mahu menuju ke bilik asal aku . Eh tiba-tiba terserempak pula dengan mamat ni dan... Mamat yang dekat kantin hari tu ?!! Wait diaorang berborak ? Nampak macam rapat , kawan ke ? Ah lantak diaorang lah , bukan nya hal aku .

Aku hanya lalu di bahagian belakang Danish dan aku menganggap mereka berdua seperti halimunan .

"Oi perempuan !" Panggil Danish

Muka ku mula berasa berapi apabila nama ku dia sebut begitu . Hello ! Aku ada nama lah ! Nama aku Haidar Dhia Andre ! Aku terus menoleh ke arah wajah Danish dengan muka beku .

"Tak ada pape lah , saja nak kacau kau" kata Danish sambil tersenyum senget dan mengeyit mata nya kearah ku .

Wah kau... Kau dah lah panggil aku macam aku ni tak ada nama . Lepas tu panggil tanpa sebab . Ciput punya Danish nyampah lah ! Aku terus mengabaikan Danish dan berjalan menuju ke koridor asrama .

S.Marcus Lee : She Is My WifeWhere stories live. Discover now