Bab 28

56 2 0
                                    

Syakir mencuba mengintai dari tingkap luar rumah ku

"Ish lah , bangang punya langsir . Aku tak nampak lah perempuan tu !" Bengang syakir

Tak akan kau nak marah langsir pula ? Langsir tu tak salah apa-apa pun halahai bang... Muda lagi dah bodoh

Dua orang lelaki muda itu berlari ke arah syakir

PAP !

Syakir membuat reaksi terkejut apabila bahu nya di tepuk oleh orang bawahan nya

"Eh setan . Bongok lah kau ni , jangan nak pandai-pandai tepuk bahu aku" syakir menjeling

Syakir kembali semula untuk fokus ke arah ku

"Mana perempuan ni..."

Langsir rumah ku terbuka sedikit dan terlihat lah aku yang sedang membaca novel di ruang tamu . Syakir hanya tersenyum sinis apabila melihat ku berseorangan di situ

"Nice baby nice , finally kau duduk sorang juga akhir nya . Kali ni aku dapat duit lebih dari Danish" sinis syakir

Aku hanya duduk di ruang tamu dengan aman . Tiada bunyi sesuatu pun , biasalah saya kan nak tunggu suami saya balik dari kerja

Secara tiba-tiba aku terdengar suara mak som menjerit di dapur manakala kuali nya juga terjatuh . Aku terperanjat seketika . Allah , kenapa tu ?! Aku bergegas bangun dari duduk lalu aku terus menuju ke arah ruang dapur

Kelihatan mak som yang telah terbaring serta dahi nya berdarah membuat kan aku terkejut .

"Allah mak som !"

Aku mengangkat kepala mak som dan meletakkan di atas riba ku sendiri

"Mak som..." Panggil ku

Baru sahaja aku mahu merawat mak som kedengaran suara orang yang bernyanyi di belakang ku

"𝐷𝑜𝑛'𝑡 𝑐𝑎𝑙𝑙 𝑚𝑒..."

"𝐺𝑒𝑡 𝑎𝑛𝑜𝑡ℎ𝑒𝑟 𝑠𝑖𝑑𝑒 𝑜𝑓 𝑚𝑒"

"𝐼 𝑙𝑖𝑘𝑒 𝑡𝑜 𝑔𝑒𝑡 𝑖𝑡 𝑝𝑜𝑝𝑝𝑖𝑛"

"𝐵𝑢𝑡 𝑡ℎ𝑖𝑠 𝑏𝑖𝑡ℎ𝑒𝑠 𝑖𝑛 𝑚𝑦 𝑏𝑢𝑠𝑖𝑛𝑒𝑠𝑠"

"𝐺𝑜𝑡 𝑚𝑒 𝑜𝑢𝑡 ℎ𝑒𝑟𝑒 𝑐ℎ𝑜𝑜𝑠𝑖𝑛' 𝑣𝑖𝑜𝑙𝑒𝑛𝑐𝑒"

"𝐼𝑓 𝑦𝑜𝑢 𝑠𝑒𝑒 𝑚𝑒 𝑜𝑢𝑡 𝑖𝑛 𝑝𝑢𝑏𝑙𝑖𝑐"

"𝑖𝑓 𝑌𝑜𝑢 𝑑𝑜𝑛'𝑡 𝑘𝑛𝑜𝑤 𝑚𝑒 , 𝑘𝑒𝑝𝑝 𝑖𝑡 𝑠𝑖𝑙𝑒𝑛𝑡"

Syakir mengenyit mata nya ke arah aku

"Hi sayang..." Syakir melambaikan tangan nya ke arah aku

Sayang ?!!

"Awak ni siapa ?! Siapa benar kan awak masuk ke dalam rumah saya ! Awak jangan sampai saya call suami saya !!" Aku membentak

"Hey hey sayang... Jangan takut nanti baby dalam perut tu pun jadi takut macam mommy dia . Sayang nak balik tak ke rumah suami sayang ?" Soal syakir

Siapa suami aku ?! Aku hanya ada seorang aje lah tak lebih dari tu !

"Siapa ?"

"Danish Què bin Dato'tengku Ayyan Daffa . Remember him ? Kau dah lupa ?" Sinis syakir

"Ta-tak ! Saya tak nak !"

Belum sempat aku aku mahu melarikan diri , mulut ku di tekup dengan cepat oleh seseorang

"Mm-mm !!"

Syakir memandang ku dengan pandangan bangga . Siapa dia ni ! Menyemak dalam hidup aku ! Aku ingat kan lepas ni tak akan terjadi apa-apa lagi , tapi kau... !

S.Marcus Lee : She Is My WifeWhere stories live. Discover now