Bab 6

87 3 0
                                    

Kereta BMW Shawn di berhentikan di depan bangunan yang besar sekali ! Manakala kereta mamat Danish tu pula berhenti di belakang kereta BMW Shawn . Aku dan Danish keluar saing tanpa sedar .

Aku menghirup udara segar di sini manakala Shawn membantu aku untuk mengambil bagasi di bonet . Danish memandang aku pelik , apa yang pelik aku pun tak tau lah mamat ni .

"Nah beg kau , ingat pesan Tuan Mikail Andre , kau jangan ingat kau dah duduk negara orang kau boleh bebas tau Haidar" yup , Shawn sahaja yang berani memanggil aku mengguna kan nama mommy aku Haidar Jasmine Esther .

Mana ada orang lain dah panggil nama aku Haidar selain Shawn . Aku memeluk Shawn dan tersenyum manis . Shawn hanya membetulkan tudung shawl aku ini , serious lah senget ?

Danish hanya menonton karenah aku dan Shawn seperti adik beradik , Shawn jaga aku sama macam abang Arran aku jaga . Macam mana dia jaga macam tu lah dia jaga aku . Shawn terus meninggalkan aku dan aku terus melangkah menuju ke pintu masuk kolej .

Mamat Danish tu ikut sama juga . Tak kan dia nak tercongok saja betul ? Aku pergi berjumpa dengan bonda Nora . Bonda Nora tu kawan kepada daddy aku . Bonda Nora akan menjaga aku di sini .

"Assalamualaikum bonda !" Aku terus menghulurkan tangan

"Wassalam , ya Allah Andre ! Dah lama bonda tak jumpa kamu Andre" bonda Nora memeluk erat tubuh aku .

"Bonda lepaskan Andre , Andre tak boleh nak bernafas bonda !"

Bonda Nora terus mengalih pandangannya ke arah Danish .

"Eh ya Allah ! Danish kamu pun sambung belajar di sini juga ? Saing dengan Andre ke ?" Soal bonda Nora

Danish hanya menayang senyuman nipis . Dingin sungguh lah mamat belakang aku ni !

"Tak , Danish tak datang saing dengan budak ni bonda , cuma itu lah , tak tahu macam mana boleh terserempak dengan anak Tuan Mikail Andre ni" kata Danish

Aku hanya membulat mata , macam mana dia tau nama bapak aku ? Spy ke mamat hoodie ni ? Eh tak kot... Perasan lebih lah aku ni .

Bonda Nora terus mengajak Danish untuk berkenalan dengan aku .

"Andre , ni Danish Què anak kepada Puan Rianna Danisha dan Tuan Ayyan Daffa . Dan Danish , ni Haidar Dhia Andre , panjang kan nama dia ? Hmm panggil Andre saje . Dia anak kepada Puan Haidar Jasmine Esther dan Tuan Mikail Andre . So you both boleh berkawan dah lepas ni" kata bonda Nora

Aku hanya menjeling dengan mamat ni , pandang aku macam nak merendahkan aku aje ! Dasar si dingin . Tapi tak apa , kalau dia baik dengan aku , aku pun berbaiklah dengan mamat ni .

Bonda Nora terus menghulurkan kunci bilik untuk kami berdua . Buat apa nak sebilik sedangkan still tak ada mahram dengan dia ni kan !? Aku terus melangkah ke arah anak tangga Manakal Danish mengikuti langkah aku .

Apabila aku berjalan di koridor tersebut , ramai pelajar perempuan memandang ke arah belakang aku , yup si dingin tu . Tahu lah handsome , tinggi , kaya... Tapi sombong !

Setelah sampai di depan bilik aku , aku menoleh ke tepi , lah mamat ni jiran sebelah bilik aku aje , haish mesti nak keluar bilik ke , nak masuk bilik ke , mesti nampak muka dia dulu . Rimas !

Aku merebah badan ku di atas tilam yang empuk . Ya Allah letih nya rasa . Aku mahu terlelap sekejap tiba-tiba notification aku memekak .

TING !

- Shawn : kau nak keluar lunch tak Haidar ?

Aku terus menyelak skrin telefon lalu mencari aplikasi WhatsApp .

S.Marcus Lee : She Is My WifeWhere stories live. Discover now