Captain Arash's only love: 2 ✈️

28.1K 1.2K 24
                                    

Knitwear coklat cair, seluar palazzo coklat tua beserta tudung shawl style arabic

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Knitwear coklat cair, seluar palazzo coklat tua beserta tudung shawl style arabic. Tersarung cantik semua pakaian itu pada Delyn.

Arash dari tadi tidak dapat mengawal pandangan matanya terhadap sepupu angkatnya itu. Sungguh dia tidak percaya. Menawan sekali gadis itu setelah lama tidak bertemu. Sehingga membuatkan dia tidak kenal siapa Delyn pada mulanya.

Delyn yang rancak berborak dengan Arin dan kak Hanna yang berada di ruang tamu hanya diperhatikan oleh Arash.

Arash berada di balkoni tingkat dua betul betul di atas ruang tamu itu.

Lirikan mata kelabu nya yang cukup menggoda. Hidung mancung nya yang cantik terletak. Kulit putih mulusnya yang sangat selesa dipandang serta bibirnya yang semulajadi soft pink sangat membuatkan Arash terpukau dengan kecantikannya.

Perasaan yang Arash rasakan pada ketika ini berbeza. Dia sendiri tak tahu mengapa perasaan ini muncul. Perasaan tergoda. Selama dia dengan Sara perasaan yang dirasainya hanyalah perasaan suka.

Tetapi bila nampak sepupu angkatnya pada hari ini dia terpukau habis seumpama tiada lagi perempuan lain yang boleh dipandangnya melainkan Delyn.

"Ehem... Cantik permandangan kita harini ye?" Ziqri menegur Arash dari belakang, membuatkan lelaki itu terkejut.

Ziqri merupakan sepupu kandung Arash. Ziqri bekerja sebagai arkitek di syarikat bapa nya. Ziqri jarang jarang balik Malaysia kerana dia menetap di Dubai. Tapi kini dia balik Malaysia untuk meraikan bakal pengantin baru. Iaitu sepupunya Arash.

"Tu bukan...uhmmm apa eh nama dia?" Tanya Ziqri berpura tidak mengenali siapa gadis itu.

"Delyn Fawara." Dingin kedengaran suara Arash menyebut nama itu.

"Wah..jarang jarang Mr. Captain kita ni hafal nama perempuan.. macam special je ni.." Usikkan Ziqri membuatkan Arash sedikit naik angin.

Tak kisahlah secantik mana pun Del. Dia tetap bencikan gadis itu atas sebab yang sama. Perasaan benci masih kekal dalam dirinya terhadap gadis itu.

"Nonsense.. bro she not even my type.." makin dingin suara Arash kedengaran

"Not even your type? What do you mean not your type? She's prettier than Sara bro.."

"We all know that Sara can't never beat Del's beauty right?" Ziqri masih membela Delyn.

"Aku benci dia Ziq. Perempuan tu menyusahkan. Sama macam mak dia. Kalau mak dia tak rampas ayah aku semua ni takkan jadi."

"Kita tak boleh salahkan dia Arash.. yang salah tu mak dia. Bukan dia. Kenapa kau benci sangat dengan dia?"

"Ziq, kalau kau nak kau ambil aku tak hingin, jijik." Jerkah Arash pada sepupu nya itu.

"Astaghfirullahalazim, tak baik kau hina dia macam tu Rash.."

Arash hanya diam dan berlalu pergi menuju ke bawah.

Setelah habis berborak dengan Arin dan kak Hanna Delyn menuju ke dapur untuk membantu apa yang patut bagi majlis malam ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Setelah habis berborak dengan Arin dan kak Hanna Delyn menuju ke dapur untuk membantu apa yang patut bagi majlis malam ini.

Arin keluar mencari bunga katanya nak dijadikan hiasan pelamin kecil abang nya dan bakal kakak ipar nya.

Manakala kak Hanna melayan Aeyan yang baru terjaga dari tidurnya.

Dalam perjalanan menuju ke dapur Delyn memerhatikan Arash yang sedang bercakap telefon di hadapan kolam renang rumah agam mewah itu.

Tersenyum senyum Arash semasa bercakap melalui telefon itu. Bercakap dengan Sara lah tu agaknya.

Sungguh tergoda Delyn terhadap sepupu angkatnya itu. Mata biru laut yang terang sangatlah menyerlah. Rambut coklat nya yang asyik diraupkan ke belakang itu sungguh menawan. Badan tegap dan sasa itu sangat lah selesa dipandang pada pandangan mata Delyn. Satu kesimpulan yang boleh dibuat ialah "perfectly fine".

Delyn cuba mengawal dirinya dari terus memandang Arash. Dia bergegas menuju ke dapur supaya tidak perlu terus tergoda dengan Arash. Kalau dulu bolehlah juga kalau setakat nak cuci mata.

Tapi sekarang kalau dia tatap lama lama mahu kena cucuk mata dia dengan Sara Syurina tu.

"Maksu nak Del tolong apa apa ke?"

"Ha Del, tolong angkat kotak kotak tu bawak sini boleh?"

"Boleh kejap."

✈️✈️✈️

Kotak yang dinyatakan cuba untuk diangkat Delyn. Tetapi gagal kerana terlalu berat. Tiba tiba satu tangan sasa mengangkat kotak itu dengan mudah.

"Suruh angkat ni pun tak larat. Menyusahkan betul lah kau ni." Akhirnya suara maskulin seksi itu didengari lagi selepas lama tidak didengar nya.

Walaupun ayat yang dinyatakan itu agak kasar tetapi Delyn gembira kerana Arash masih ingin bercakap dengannya.

To be continue....

Tq for reading.. hope you enjoy...
Assalamualaikum...

Tapi kan agaknya secantik mana Delyn ni sehingga menyebabkan hati Arash boleh tergoda dengan kecantikannya?

CAPTAIN ARASH'S ONLY LOVE ✓Where stories live. Discover now