Captain Arash's only love: Special Chapter ✈️

28.5K 908 58
                                    

Beberapa tahun kemudian...

"Ibu.. ibu.. Bila ayah nak sampai ni.." rengek Dhafwatul sambil tangan Delyn digoyang goyangkan.

"Iye Dhafwa.. nanti ayah sampai.. tunggu lah kejap.." pujuk Delyn pada anaknya itu.

Anak? Ya, anak dia dan Arash.

Dhafwatul Farhah Al-Aufa binti Arash Mikael Al-Qawiysh.

Kalau isi borang sekolah confirm tak muat kertas.. hah, pandai pandailah. Haha..

Sebaik saja selepas rengekan Dhafwatul itu, susuk tubuh seseorang yang tegap dan tinggi serta tersarung uniform pilot itu mula keluar dari Gate A2 KLIA.

Ternyata itu Arash.. nampak sahaja ayahnya, terus Dhafwatul berlari ke arah Arash.

"Ayah!!" Jeritnya..

Sebaik Dhafwatul disambut Arash dengan pelukan hangat, dia mencium pipi putih kemerahan anaknya itu.

Wajah Dhafwatul tidak ubah seperti wajahnya. Mirip. Begitu mirip. Kecuali mata dan rambut anaknya itu.

Mata Dhafwatul terang terang seperti mata Delyn. Kelabu matanya sangat cantik dan unik.

"Eh, anak ayah pakai tudung lah harini.. cantik lah dia.." Arash memuji.

"Mestilah cantik, anak ayah kan.." kata Dhafwatul.

"Ayah kan selalu suruh Dhafwa pakai tudung macam ibu.. Harini Dhafwa pakai lah.." katanya lagi..

"Bagus anak ayah.. macam ni boleh belanja ais krim lah.. nak?" Soal Arash.

"Nak nak nak.." aksi yang sering dilakukan Delyn juga sering diikuti Dhafwatul.

Aksi anggukan comel nya lah.

"Ibu mana?" Soal Arash.

"Ibu kat sana..." Dhafwatul menunjuk ke arah Delyn yang sedang berdiri memerhati anak dan suaminya itu.

Sebaik pandangan Arash dialihkan padanya, terus dia melemparkan senyuman manis.

Tangan turut melambai.

"Jom sayang, pergi kat ibu.." ajak Arash.

Terus mereka menuju ke tempat dimana berdirinya Delyn.

Sebaik tiba Arash menghulurkan tangan untuk Delyn menyalamnya. Setelah Delyn menyalam dan mencium tangannya, terus dahi Delyn dicium pula.

"Flight ok?" Soal Delyn.

"Ok je sayang.." balas Arash.

"Yang.. " mulalah panggilan mengada itu kedengaran.

Tersenyum Delyn.

"Kenapa Captain Arash? Lain macam bunyi nya tu.." usik Delyn.

"I miss you.. " tangan mula melingkari pinggang isterinya.

"Ngada lah ayah ni.." Dhafwatul pula yang bersuara.

Tergelak Delyn.

"Kan Dhafwa.. mengadalah ayah ni.." Delyn menyokong penyataan anaknya itu.

"Biar ayah mengada.. ayah rindu ibu.." Arash berkata lagi.

Terus pipi anaknya dicubit manja.

"Apa apa jelah.. sekarang Dhafwa nak ais krim.." kata Dhafwatul sambil tangan disilangkan.

"Amboi amboi.. bukan main dia.." tegur Delyn.

"Oklah oklah, jom kita cari kedai ais krim.. ada kat hujung tu ha.." kata Arash..

CAPTAIN ARASH'S ONLY LOVE ✓Where stories live. Discover now