Captain Arash's only love: 22✈️

28.9K 997 16
                                    

Air mata Delyn mula mengalir perlahan apabila kebenaran diungkapkan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Air mata Delyn mula mengalir perlahan apabila kebenaran diungkapkan. Sungguh dia tidak percaya yang semua ini dirancang.

Maknanya di sini, dia dijadikan bahan rancangan.. dia dipermainkan, dia telah dihina, dicaci dan dimaki oleh orang sekeliling akibat satu kebenaran bodoh.

"Hey,,shhh... Sorry, I'm sorry aku salah kan kau dulu, aku tuduh kau tanpa usul periksa." Pujuk Arash.

"Dah lah, tidur.. besok nak gerak awal, aku dah janji dengan pilot aku, flight kita pukul 9.00 pagi esok." Kata Arash lagi.

"Flight? Kita? You nak bawa I pergi mana?" Soal Delyn sambil air matanya dilapkan dengan tangan.

"Itali. Jumpa ayah." Itu sahaja jawapan Arash.

"Besok kita balik rumah dulu packing barang.. lepas tu terus gerak lah.. nanti lambat sampai..." Arash berkata lagi.

"Jumpa ayah you, jadi maknanya..." Ayat Delyn terhenti di situ..

"Maknanya apa?" Soal Arash keliru..

"Maknanya, mama..." tersekat sekat apa yang Delyn ingin ungkapkan itu.

Arash tahu apa yang bakal dinyatakan isterinya.. dia tidak mahu bercakap tentang ibu tiri, ibu saudara angkat juga selaku ibu mertuanya itu.

Dia cukup anti dengan Puan Dina. Sehingga anti nya itu terjebak terhadap Delyn.

Arash hanya baring semula di bahagian kiri katil king berwarna putih yang besar itu.

Begitu juga Delyn. Dia tahu Arash bencikan mama nya akibat apa yang dah Puan Dina lakukan, jadi dia tidak mahu menyambung topik itu.

Kedua mereka lena dengan perasaan janggal.

Setelah Arash selesai solat subuh, bertolak lah mereka menuju ke rumah Arash untuk mengemas baju.

Sebaik tiba di perkarangan rumah agam milik Arash itu, kelihatan tiga kereta Range Rover hitam berasa di kawasan luar rumah.

Delyn tidak tahu siapa yang datang. Orang orang itu kesemuanya lelaki yang bersuit hitam lengkap.

Sebaik Arash dan Delyn turun dari kereta sport Arash, kesemua lelaki lelaki itu mula tunduk pada mereka.

Juga kelihatan Marcus, beserta dua orang lagi lelaki mengikutinya di belakang.

Delyn yang kaku mula ditegur oleh seorang lelaki tegap, serta kelihatan agak kacak. Coklat matanya, tinggi nya mungkin lebih kurang Arash. Jujurnya kesemua lelaki lelaki itu lebih kurang tinggi dengan Arash.

"Madam.. May I open the door for you?" Soalnya.. dia bertanya sebelum pintu kereta Range Rover hitam yang berada di tengah itu dibuka nya.

Delyn hanya mengangguk.. dia kemudiannya masuk ke dalam kereta itu. Begitu juga Arash.

Dua orang lelaki bersuit hitam masuk di bahagian hadapan. Manakala yang lain masuk ke dua lagi kereta Range Rover hitam yang ada.

CAPTAIN ARASH'S ONLY LOVE ✓Where stories live. Discover now