Captain Arash's only love: 20✈️

30.3K 1K 26
                                    

Sebaik Delyn duduk di atas katil milik Arash itu, bergegas Arash mencapai beg tangan isterinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sebaik Delyn duduk di atas katil milik Arash itu, bergegas Arash mencapai beg tangan isterinya.

       Ubat luka dikeluarkan, dia mendekati Delyn. Lengan baju Delyn diselak lembut.

   Perlahan lahan, ubat luka itu disapukan pada luka luka merah di lengan isterinya.
Mendesis kesakitan Delyn apabila ubat itu diletakkan. Pedih mengilu rasanya.

    Sebaik selesai Arash meletakkan ubat itu di almari kecil bersebelahan katil.

   "Dah tidur.. tak yah buat kerja.. rehat je.. paling penting, aku minta tolong kau  jangan buka mulut.."

"Kau pun tahu apa jadi kalau family aku tahu pasal hal ni kan?" Arash bersuara.

    Pada ketika ini dia betul betul berharap, berharap yang tiada sesiapa akan tahu tentang perihal yang dilakukan pada Delyn semalam.

     Delyn mula baring.. Arash bangun dari katil kemudian menyelimuti isterinya dengan duvet tebal berwarna putih itu.

        Setelah itu, pandangan Delyn gelap.. dia tidak larat untuk membuka matanya lagi.

     Arash mula mengatur langkah untuk keluar.. tiba tiba pintu diketuk.

      Dia bergegas membuka pintu itu, kelihatan Arfif dan Ziqri yang berada di hadapan pintu biliknya.

    Kedua muka mereka kelihatan serius.

"Asal ni?" Soal Arash.

          "Kitorang ada benda nak cakap sikit dengan kau.." jawab Ziqri.

   "Del ok?" Arfif pula menyoal.

Arash menoleh kebelakang ke arah isterinya yang sedang terbaring lemah.

"Ok.. dia tak sihat sikit je.. biar lah dia tidur sekejap.. kita cakap kat bawah lah.." Arash menjawab.

      Mereka semua pun mula menuruni satu per satu anak tangga.

Mereka menuju ke luar. Meja dan kerusi di kawasan luar rumah itu dipilih sebagai tempat duduk.

      "Korang nak cakap apa?" Soal Arash.

"Kau still jumpa Sara?" Soal Ziqri serius.

   "T-Tak.." itu sahaja jawabnya.

"Aku tahu dia baru balik Malaysia kan. Aku tak nak kau jumpa dengan dia lagi lepas ni." Kata Arfif tegas.

      "Apasal pulak?" Arash menyoal tidak puas hati.

"Sebab ni.." Arfif kemudiannya meletakkan telefonnya di hadapan Arash.

       Terbuntang mata Arash apabila melihat gambar Sara tidur bersama lelaki lain di dalam sebuah bilik.

      Terang terang orang dalam gambar itu ialah Sara bersama seorang lelaki asing yang tidak dikenali nya.

CAPTAIN ARASH'S ONLY LOVE ✓Where stories live. Discover now