Captain Arash's only love: 10✈️

27.9K 1K 32
                                    

"Jadi ni bilik saya?" Soal Delyn pada Marcus

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Jadi ni bilik saya?" Soal Delyn pada Marcus.

"Ye. Ni bilik puan. Kenapa tak selesa ke?" Soal Marcus semula.

"Bukan macam tu.. saya ok je." Delyn hanya menjawab itu. Kira oklah Arash bagi dia bilik, daripada suruh tidur luar kan?

Bilik itu hanya mempunyai tilam yang agak nipis berwarna ungu, terdapat satu bantal dan selimut nipis.

Satu almari kecil beserta cermin dan di bahagian kiri mempunyai bilik air. Suasana bilik itu seolah bilik seorang pembantu rumah. Tak ubah seperti dalam drama.

"I know this room is pretty uncomfortable... But I can't disobey Captain Arash's orders. Kalau saya langgar arahan dia nanti.. hmm.. puan faham sendiri lah apa yang akan jadi." Kata Marcus dalam keluhan.

Bukan dia yang mahu menempatkan Delyn di bilik kecil itu, tapi arahan Arash yang suruh dia menempatkan Delyn di bilik itu.

"Eh tak pe.. saya faham.. lagipun saya isteri atas kertas je... Bukan isteri yang bertakhta dalam hati dia.." jawab Delyn dengan riak wajah yang mula bertukar murung.

"Uhm.. kalau macam tu saya pergi dulu, kerja kerja yang saya cakap tadi puan boleh mula buat selepas pukul 12.00, lepas semua maid balik." Marcus cuba mengubah topik.

Selepas selesai menerangkan semua nya pada Delyn, Marcus mula mengatur langkah untuk keluar dari rumah itu untuk penerbangan nya ke Mexico seperti yang dinyatakan pada Arash tadi.

Belum sempat dia memusingkan badannya menuju ke belakang untuk ke lorong tadi, dia dipanggil semula oleh Delyn.

"Uhm... Encik Marcus, saya nak tanya kat rumah ni ada lelaki lain ke?" Tanya Delyn sopan.

"Eh, puan, jangan lah panggil saya Encik bagai.. panggil Marcus je.. lagipun saya ni kira pembantu Captain Arash je.. saya ni tak layak dipanggil Encik bagai." Beritahu Marcus sopan.

"Lagi satu rumah ni lepas pukul 12.00 tengah hari memang tak akan ada orang lain selain captain. Maid semua akan balik, saya pun tak duduk sini kalau captain ada, saya cuma jaga rumah ni kalau captain tak ada di sini. Itupun hanya untuk pastikan maid buat kerja diorang. Yang tinggal hanya Captain Arash dan guard. Itupun guard duduk di luar tak masuk kawasan dalam rumah pun. Jadi selalunya dalam rumah ni hanya didiami oleh captain seorang sehingga pagi besoknya."

Jawab Marcus tenang. Dia seolah sudah tahu tentang semua ini sejak dulu lagi.

"Ooo... Tak bukan apa, saya segan nak buka tudung kalau ada orang dalam rumah ni.. tu saya tanya." Jelas Delyn.

"I understand... If there's nothing, I gotta go... Someone from Mexico is waiting for me." Jawabnya.

Delyn hanya mengangguk tanda faham. Kemudian kedua mereka bersurai pergi ke haluan masing masing.

CAPTAIN ARASH'S ONLY LOVE ✓Where stories live. Discover now