Captain Arash's only love: 12✈️

26.2K 1K 23
                                    

      Jam telefon Delyn yang berbunyi itu menyebabkan nya terbangun dari tidur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

      Jam telefon Delyn yang berbunyi itu menyebabkan nya terbangun dari tidur. Waktu solat subuh sudah pun masuk.

    Delyn mangambil tualanya yang tergantung di almari baju lalu menuju ke bilik air.

    Setelah kewajipan nya ditunaikan, dia mengambil tudung shawl kelabu lalu dipakai simple untuk dipadankan dengan kemeja putih kosong beserta seluar palazzo biru kelabu miliknya.

    Langkah diatur menuju ke pintu lalu dibuka pintu itu perlahan.

Kepalanya menjenguk kiri dan kanan lalu kelihatan seramai empat ke lima maid yang berpakaian seragam sedang menjalankan tugas. 

Dia mengatur langkah untuk menuju ke dapur.

      "Uhm.. ada apa apa saya boleh tolong ke?"

Kesemua mereka yang ada di situ sedikit tercengang... Seolah olah tidak faham tentang apa yang dinyatakan Delyn.

    Buat seketika baru Delyn terperasan. Muka kesemua maid Arash tak seperti muka orang melayu. Kebanyakan mereka seolah berasal dari negara luar.

"désolé madame, nous ne parlons pas malais." Kata salah seorang maid yang sedang mengelap dapur.

         "Êtes-vous français?" Soal Delyn... Oh ye, Delyn memang boleh berbahasa Perancis.. dia sering diajar oleh mamanya Puan Dina sejak kecil kerana dia dan mamanya sering balik ke Perancis melawat datuk dan neneknya disana.

Jadi kalau setakat mahu menegur sapa dalam bahasa Perancis itu tiada masalah baginya.

     Berubah riak wajah kesemua maid disitu apabila mendengar Delyn bertutur dalam bahasa Perancis. Terus salah seorang yang sedang membasuh pinggan bertanya lagi.

"Comprenez-vous le français?" Kata wanita itu. Dia mengelap tangannya lalu menuju ke arah Delyn yang sedang berdiri.

Maid yang berada di tingkat dua bahagian dapur itu juga turut menjenguk ke bawah dari balkoni atas bahagian dapur itu.

    Perghh!!! Dapur pun dua tingkat.. kaya betul Arash ni.

Kesemua maid itu kelihatan tertarik apabila Delyn berbicara menggunakan bahasa mereka.

"ma mère est française, donc je comprends un peu." Terang Delyn.

      Kesemua mereka senyum. "hein, tu n'as pas de travail? Aller au travail."

Tiba tiba suara serak garau yang kedengaran cukup dingin itu mematikan setiap senyuman kesemua maid itu tadi.

Mereka cepat cepat kembali melakukan kerja kerja mereka tadi.

    Delyn juga turut mengalihkan pandangannya ke arah suara itu. Siapa lagi kalau bukan suara suami yang membencinya itu.

Arash yang hanya mengenakan seluar jogging berwarna kelabu itu kelihatan seperti baru bangun tidur.

CAPTAIN ARASH'S ONLY LOVE ✓Where stories live. Discover now