Captain Arash's only love: 32✈️

26.3K 934 76
                                    

    Pejam celik pejam celik, sudah hampir sebulan sejak hubungan Arash dan Delyn mula membaik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

    Pejam celik pejam celik, sudah hampir sebulan sejak hubungan Arash dan Delyn mula membaik..

     Semuanya sangat di luar jangkaan.. terutamanya sikap Arash..

    Sangat banyak berubah.

  Pada hari ini, Delyn keluar untuk membeli barang dapur bersama adik iparnya, Arin.

      Pada petang ini pula, dia berjanji pula untuk menghantar makanan kepada suaminya.. Arash memberitahu bahawa dia akan pulang lewat..

   Jadi Delyn memutuskan untuk menghantar bekal makanan kepada suaminya.

      "Eh, Arin.. akak nak pergi tandas sekejap tau.. Arin pilihlah dulu barang dapur yang bonda nak.. nanti akak punya, akak pilih.." Kata Delyn.

   Arin hanya mengangguk...

    Delyn kemudian bergegas menuju ke tandas yang ada berdekatan situ.

    Setelah beberapa minit, barulah dia keluar.. sesaat keluar, dia merasakan seolah sedang diperhatikan..

    Cuma tidak pasti siapa yang memerhatinya. Dia hanya mengabaikan dan menganggap bahawa itu hanyalah mainan perasaan.

   Setelah itu, dia cepat cepat kembali kepada adik iparnya dan mula memilih barang dapur yang diperlukan...

     Setelah sejam, pulangnya mereka dari pasaraya besar itu.

Sebaik menghantar kakak iparnya pulang, Arin terus berlalu pergi.

      Delyn pula masuk ke dalam rumah agam mewah suaminya itu...

Barang barang dapur siap dikemas... Setelah itu, makanan yang hendak dibekalkan buat suaminya dibungkus kemas.

    Dia kemudian menukar pakaian.. hanya simple tetapi masih cantik.

  Tudung shawl dililitkan kemas.. kemudian dia keluar dari rumah itu..

     Salah satu kereta milik suaminya dipandu..

   Buat kali pertama sebenarnya, kali pertama Delyn memandu kereta mahal seperti itu.

Dah Arash benarkan dia gunakan keretanya.. dia pun gunalah.

                           ✈️✈️✈️✈️

    "Cik, cik tak boleh masuk.. captain busy .. dia tak nak sesiapa kacau buat masa ni.." Arash kedengaran dari luar bahawa Cindy cuba menghentikan seseorang dari masuk.

    Dia kemudian menjenguk.. ternyata orang yang dilarang masuk itu Sara.

Dia membuka pintu kaca itu, lalu berkata.. "kau nak apa?" Soalnya kasar.

"Sorry captain, saya dah cakap captain tak nak diganggu, tapi dia degil." Cindy menjeling Sara.

      "It's fine.. you come in.." Arash mengarah Sara untuk masuk..

CAPTAIN ARASH'S ONLY LOVE ✓Where stories live. Discover now