Captain Arash's only love: 3 ✈️

26.7K 1.1K 48
                                    

Delyn hanya mengekori Arash yang sedang mengangkut kotak berat itu dengan mudah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Delyn hanya mengekori Arash yang sedang mengangkut kotak berat itu dengan mudah.

Langkahnya terhenti apabila kedengaran seseorang memberi salam dari dari luar.
"Uhm.. Arash I buka pintu kejap ye..nak tengok siapa datang." Delyn meminta izin lembut untuk membuka pintu.

Namun begitu, hanya jelingan dibalas oleh jejaka tampan itu. Aishhh orang cakap baik baik, jelingan dia beri sebagai balasan.

Delyn tidak menghiraukan semua itu lalu terus menuju ke pintu utama warna hitam yang sangat cantik rekaan nya itu. Dibuka perlahan pintu itu.

"Waalaikumussalam.." jawab Delyn sopan.

Sara tanpa perlu dipelawa masuk terus melulu masuk ke dalam rumah itu. Destinasinya ialah ke dapur. Ahh... Macam tahu tahu je Arash ada kat sana.

Delyn menutup semula pintu lalu dia juga menuju ke dapur. Dalam masa yang sama Hanna sedang menuruni anak tangga, Aeyan berada dalam dukungan nya.

Arfif juga turut mengekori anak dan isterinya turun ke bawah. Sesampai sahaja di bawah Arfif mengambil Aeyan dari dukungan isterinya.

"Meh sini anak daddy, kesian mommy dukung dia dari tadi.. dah lah berat." Kata Arfif pada anak lelakinya itu. Lalu dicubit manja hidung mancung anaknya. Hanna hanya tersenyum melihat gelagat comel suami dan anaknya itu.

Manakala Delyn berasa kurang selesa dan sedikit sedih kerana melihat sebuah keluarga bahagia bermesra di depannya. Sudah lama dia tidak merasa kasih sayang keluarga.

Selepas sahaja tamat sekolah, Delyn terus mengambil keputusan untuk keluar dari rumah agam milik maksu nya atau juga dikenali sebagai ibu tirinya.

Puan Aminah tidak menghalau dia sendiri yang ingin keluar. Dia tidak mahu Arash tidak selesa dengannya.

Keluarganya pula masing masing entah kemana. Mamanya duduk di Itali selepas bernikah bersama suami Puan Aminah. Memang sukar dipercayai, tetapi di sini memang nampak yang mama Delyn seolah merampas suami kakak angkatnya.

Papanya pula ada saja di Malaysia. Cuma melepas tangan terhadap tanggungjawab nya pada Delyn. Encik Denzel seolah marahkan Delyn kerana dulu Delyn mengambil keputusan untuk mengikut mamanya. Tetapi mamanya tidak mengizinkan Delyn mengikut dirinya.

Akhirnya Puan Aminah yang menjaga Delyn sejak usia 13 tahun. Walaupun geram akan dengan adik tiri yang baru merampas suaminya tetapi pada Puan Aminah tahu Delyn tidak salah. Dia menjaga Delyn sehingga berumur 17 tahun.

Kesemua mereka kini sibuk membuat kerja di dapur kecuali Sara dan Arash. Mereka berdua hanya sibuk berbual. Maklumlah Arash baru balik dari Itali, mesti Sara rindu tunang dia kan.

"Arash.. I really miss you tau?" Suara manja mengada Sara mula kedengaran.

"I know baby, sorry for leaving you a week. I ada hal sikit dekat cawangan PRIVATE KING di Itali. Tu yang lama sikit I kat sana."

"It's okay.. as long as you akan ada untuk lafazkan akad malam ni pun I dah cukup bersyukur."

Sungguh mesra pasangan itu. Del yang memerhati hanya tersenyum kelat kerana hatinya seumpama ditoreh pisau. Siapa je tak sedih bila orang yang kita suka nak kahwin dengan orang lain kan?

Malam yang dinantikan Arash dan Sara untuk mereka bergelar suami isteri kini tiba

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Malam yang dinantikan Arash dan Sara untuk mereka bergelar suami isteri kini tiba. Kelihatan semakin ramai keluarga Sara datang ke rumah agam mewah milik Puan Aminah.

Semua orang sudah pun menukar baju mereka. Hanna turun ke tingkat bawah dengan memakai sepasang baju kurung moden berwarna ungu beserta tudung bawal. Pakaian baju melayu ungu dipakai oleh Arfif. Begitu juga Aeyan.

Ungu ialah tema mereka pada majlis akad nikah ini. Arin sibuk membancuh air oren untuk dihidangkan. Tetamu yang datang hanyalah keluarga belah Puan Aminah dan keluarga belah Sara.

Delyn baru turun dari bilik Arin. Dia menumpang bilik itu untuk menukar baju setelah bermandi peluh kerana dia tidak berhenti membuat kerja dapur dari petang tadi. Semua itu bertujuan untuk membantu bagi majlis sepupu angkatnya itu supaya Arash tidak akan membenci dirinya lagi.

Dress ungu yang mempunyai manik bunga di bahagian hadapannya cantik tersarung di badan slim milik Del. Tudung shawl yang turut berwarna ungu hanya dipakai simple olehnya. Perlahan langkahnya menuju ke dapur untuk sambung membantu.

Tetapi kelibat ramai orang di ruang tamu mula menarik perhatian nya. Dia menjenguk kalau kalau ayah tirinya, Tuan Ariffin ada di sini. Maklumlah ini majlis akad nikah anaknya mungkin dia akan datang. Dan mungkin Del boleh bertemu mamanya yang telah lama hilang tanpa khabar berita.

"Aaa..Del.." terhenti panggilan itu apabila Ziqri terpandang Delyn yang sangat cantik menawan dengan pakaian yang dipakainya.

Suara itu membuatkan Del mengalihkan pandangan ke belakang.

"Masyaallah tabarakallah... Cantiknya You." Pujian itu membuatkan satu senyuman manis terukir di bibir cantik Del.

Kelihatan Ziqri yang tidak kurang segaknya berdiri di hadapannya.

"Thank you.. you pun apa kurangnya." Pujian Del menyebabkan muka Ziqri merah padam.

"Aaa ni maksu panggil you kat dapur." Ziqri cepat cepat memberitahu apa yang dia ingin nyatakan sebenarnya tadi. Tetapi kecantikan Del telah memukau dirinya buat seketika.

"Oo yeke.. oklah I pergi dulu." Del menuju ke dapur dengan perasaan kecewa kerana tiada pun kelihatan kelibat ayah tirinya dan mamanya di ruang tamu. Nampaknya mereka tidak akan datang ke majlis akad nikah Arash.

✈️✈️✈️

"Maksu, maksu panggil Del ke?"

"Wau.. siapa yang nak nikah ni? Kak Del ke Kak Sara? Cantik betul lah Kak Del pakai dress ni..." Kedengaran Arin memuji.

"Arin pun cantik juga." Delyn memuji semula adik sepupunya angkatnya itu.

Tersenyum Arin bila mendapat pujian.

"Ni Maksu nak minta tolong Del hantarkan baju Arash ni kat dia."

To be continue...

Thank you for reading... Don't forget to vote..
Assalamualaikum...

CAPTAIN ARASH'S ONLY LOVE ✓Where stories live. Discover now