sinopsis

394 16 2
                                    

INTROVERTS DON'T MAKE FRIENDS, THEY GET ADOPTED BY EXTROVERTS

Hidup di Victoria, Australia merupakan satu perkara yang sukar buat seorang perempuan.

Tapi tidak bagi Mawarti, gadis introvert yang hanya keluar rumah 3 bulan sekali. Seorang penulis dan editor. Hobinya membaca, menulis dan menonton drama Korea. Langsung tak berminat dengan dunia luar. Baginya jika dia tidak keluar rumah, tak ada bahaya yang akan berlaku. Segala urusan luar dilakukan secara atas talian. Walaupun ditegah abang-abangnya kerana tinggal bersendirian di rumah, dia tetap tak peduli, kerana dia bebas melakukan perkara yang dia suka. Digelar sebagai drakula oleh jiran tetangga kerana hanya keluar pada waktu malam.

Arif, programmer tapi peramah dengan jiran tetangga. Hobinya menanam pokok bunga, dan memasak. Gara-gara sikapnya yang suka menyibuk, secara tak sengaja dia memfitnah jiran sebelah dengan mengatakan Mawarti ada sugar daddy. Kerana tuduhan tidak berasas itu, mereka berdua bertemu, bertentang mata untuk kali pertama.

"Mawarti?" Arif mengangkat kening.

"Kau siapa?" Bingung Mawarti bertanya.

Arif mengetuk dahinya dengan senduk. "Kau dari dulu memang tak pandang orang lain, hidup dalam dunia kau sendiri je. Aku ni Arif lah, mentor kau masa sekolah rendah!"

Hello Neighbor (TERBIT PBAKL 2023)Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin