Bab 2

127 11 0
                                    

"Good morning, Auntie Jane!" Arif melambai tangan pada jiran di hadapan rumahnya yang masih lagi kuat bersukan walaupun umurnya hampir mencecah enam puluh tahun.

Auntie Jane tergelak kecil. "Just call me Jane."

Arif hanya mengangguk. Dia masih lagi tak biasa panggil orang tua dengan nama walaupun dah 5 tahun dia duduk di sini. Adat Malaysia dah sebati dalam dirinya.

"Good morning Uncle Ben!" Kali ini dia menyapa pula warga tua yang berjalan di hadapan rumahnya dengan pakaian yang kemas.

"Good morning, Arif!" Uncle Ben melambai semula.

"I heard we got a new neighbor, have you seen him?"

Arif hanya mengangkat bahu. "Not yet, maybe she's busy."

"She?" Uncle Ben terkejut mendengarnya.

"Yes, I heard her singing, I guess she's a girl." Dah lama dah dia tahu jiran sebelahnya itu perempuan sebenarnya, tapi perempuan itu masih tak nampak rupa. Kadang selalu juga nampak jiran sebelah rumahnya keluar cuma waktu malam, itu pun untuk buang sampah.

"Okay then. I need to go somewhere. My grandchild is coming this weekend, I need to buy some stuff." Pak Cik Ben melambaikan tangannya kemudian pergi dari situ.

"Pak Cik Arif!" Samuel, kanak-kanak berusia 4 tahun menarik hujung baju Arif yang masih leka menyiram pokok bunga.

"Ya, dah bangun dah." Anak buahnya ditarik dalam pelukan. Kedua belah pipi Samuel dicium. "Busuk lagi, tak gosok gigi eh?"

"Kata nak tengok kanggaru?" Samuel memuncungkan mulutnya.

"Jom-jom, lepas tu kita gosok gigi tau." Arif memimpin anak buahnya masuk ke dalam rumah kemudian keluar melalui pintu belakang. Dari jauh mereka berdua sudah nampak kanggaru melompat-lompat di padang

"Pak cik, nak peluk kanggaru!"

"Tak boleh, nanti dia lari." Arif memegang tangan Samuel erat. Nanti Samuel lari serang kanggaru, tak pasal-pasal kanggaru ingat itu satu ancaman lepas tu kena tendang, tak ke naya nanti.

Bunyi nyanyian merdu seorang perempuan buat Arif menoleh ke rumah jiran sebelah.

"Kiss me on the sidewalk, take away the pain, coz I see sparks fly whenever you smile."

Dari hujung matanya ada seorang perempuan berhud membuka pintu gelangsar di dapur sebelum dia menari dan menyanyi kecil di situ. Pintu belakang rumah dibuka, kemudian gadis itu juga merenung kanggaru yang tidak jauh dari tempatnya berdiri. Gelagat gadis itu mencuit hati Arif dalam diam.

"Pak cik, bunyi kanggaru macam mana? Meow ke?" Samuel menarik baju Arif lagi supaya merenung ke bawah memandangnya. Dari tadi sibuk usyar jiran sebelah.

"Apa?" Arif terus mengalih pandang ke arah Samuel, sebelum dia dengar jiran sebelah menghempas pintu belakang rumah seolah-olah ingin melarikan diri dari manusia. Mungkin gadis itu baru sedar kehadiran mereka di situ. Hm. Pelik.

"Pak cik! Bunyi kanggaru macam mana? Samuel nak tahu?"

"Entahlah, nanti pak cik tanya Pak Cik Google. Kita gosok gigi dululah ya? Busuklah Samuel ni tak mandi, tak gosok gigi." Arif terus mengangkat Samuel masuk ke dalam rumah.

"Lepas mandi kita tengok kanggaru lagi. Okey?"

"Okey." Comel Samuel bersorak.

Samuel merupakan anak kepada adik perempuannya, Aminah. Tapi Samuel dijaga oleh Arif sementara Aminah pergi menunaikan umrah bersama suami tercinta yang bernama Khalid.

Khalid ... merupakan warganegara Australia tapi berkahwin dengan Aminah, yang merupakan warganegara Malaysia.

Pendek dan ringkas kisah Samuel supaya tiada yang salah sangka mengatakan Samuel anak Arif.

ARIF mengintai lagi ke luar rumah apabila ada kereta mewah berhenti di hadapan rumah jirannya sementara tidurkan Samuel dalam dukungan.

Kereta mewah. Seorang lelaki segak bergaya keluar dari kereta kemudian dia menekan loceng rumah. Jiran sebelah terus keluar rumah kemudian menyambut kedatangan lelaki misteri itu. Tangan disalam dan kadang kala lelaki itu mengusap kepala si gadis sebelum mereka berdua masuk ke dalam rumah.

Arif mengerutkan dahi. Sangka baik, mungkin itu suami dia.

Keesokan paginya, Arif perasan kereta mewah itu telah hilang dari kawasan jirannya. Sedang dia leka menanam pokok bunga di tepi rumah, datang pula penunggang motosikal berkuasa tinggi ke rumah jirannya. Lelaki itu membuka topi keledar, dan wajah lelaki itu berbeza dari yang semalam. Tubuhnya juga lebih tegap dan berotot sasa.

Jirannya yang perempuan itu, keluar dari rumah kemudian menyambut lelaki itu di muka pintu sebelum mereka berdua masuk ke dalam rumah bersama-sama.

Arif tekup mulut. "Jangan cakap jiran aku ni pelacur. Masa siang pun tak malu jemput lelaki terang-terangan begitu." Arif rasa tak sedap hati nampak maksiat terang-terangan di hadapan mata dan dia langsung tak mampu buat apa-apa.

Patut ke dia biarkan? Dah lama sangat rasanya lelaki tu dalam rumah si perempuan.

Kenapa dia perlu ambil kisah? Ini Australia, budaya begini memang normal. Macam tak biasa. Keluhan Arif terlepas. Belum tentu lagi mereka Islam. Tapi perempuan tu pakai tudung. Atau mungkin itu cuma scarf sebab cuaca luar sejuk sangat.

Hari sudah waktu malam, dan pemilik motosikal berkuasa tinggi itu masih tak nampak tanda yang dia akan keluar.

"Bye!" Suara seorang perempuan kedengaran.

Arif terus mengendap di tepi tingkap. Lelaki tak dikenali itu akhirnya keluar dari rumah jirannya kemudian berdesup laju menunggang motosikal macam pelesit. Kepala digeleng. Jam sembilan malam baru keluar, entah apa yang dibuat lama sangat. Tangan naik memukul kepala sendiri bila dia dah bersangka bukan-bukan.

Baru sahaja Arif ingin melangkah ke katil, bunyi enjin kereta kedengaran lagi dari rumah jiran sebelah. Dagunya jatuh kembali bila lelaki semalam datang lagi dengan kereta mewahnya.

Kali ini lelaki itu tidak masuk ke dalam rumah tapi dia hanya membuka but, kemudian memberikan beberapa beg kertas berisi makanan kepada jiran perempuannya. Lelaki itu menyeluk beg duit kemudian memberikan perempuan itu duit.

Perempuan itu apa lagi? Terus peluk si lelaki itu cakap sayang dan seumpamanya. Berbulu mata Arif yang melihat. Pakai tudung tapi perangai ... Astaghfirullah.

Macam mana eh perempuan tu boleh tak kantoi padahal si penunggang motosikal baru je keluar dari rumah dia, lepas tu datang pula lelaki lain. Wow, boleh menang Oscar jirannya. Kalah Israel yang selalu play victim. Dua lelaki kaya sekali gus dia layan kurang dari 24 jam.

Urgh!

Langsir terus ditarik, malas dia nak ambil tahu kegiatan jirannya yang satu itu. Buat dosa je. Kerusi roda dirapatkan ke arah komputer. Jemari diregangkan. Masa untuk buat kerja developer! Dia perlu meningkatkan keselamatan aplikasi yang dibuat untuk syarikat swasta yang membayarnya. Projek ini mahal. Jadi dia harus buat dengan sempurna bersama pasukannya.

***

Best tak citer baru sayaa hahaha.

Hello Neighbor (TERBIT PBAKL 2023)Where stories live. Discover now