Bab 3

102 8 0
                                    

Abang Aqil masuk ke dalam rumah Mawarti. Lalu diperiksa semua benda. Pintu, tingkap, cermin pintu untuk mengukur keselamatan rumah Mawarti. Lepas dia berpuas hati, makanan dalam peti ais pula diperiksa.

"Ya Allah, kosong! Kau makan apa selama ni?" Tergeleng kepala Abang Aqil melihat Mawarti. Walaupun dalam peti ais ada air mineral dan beberapa botol jus dan makanan frozen, tetap kosong di mata abangnya. Bagi Abang Aqil, kalau ada makanan sihat dalam peti ais baru tak kosong.

"Ini dah hujung bulan, orang tak beli makanan mentah dekat kedai lagi. Lagi pun adik sibuk, mana sempat nak masak, beli jelah jimat masa. Nanti bila orang teringin nak masak orang beli," balas Mawarti tenang.

"Membazir beli makanan dekat luar. Belum tentu lagi halal." Mawarti menjawab selamba. Abang Aqil ketap bibir. Mata dikecilkan semerta.

"Orang tahu pilihlah. Lagi pun Mawarti makan sekali sehari je."

Tepuk dahi Abang Aqil di situ.

"Apa nak jadi kau ni makan sekali sehari je? Kalau macam ni kau hidup selama ni, abang tak bagi kau keluar dari rumah abang." Tinggi seoktaf suara Abang Aqil.

"Haah, lepas tu apa? Bini abang pandang Mawarti macam parasit dalam rumah! Semua benda yang Mawarti buat dalam rumah tak kena. Mentang-mentang Mawarti kerja dari rumah, kita ni menumpang je jadi kita kena buat apa yang abang dengan kakak suruh. Abang dengan kakak ingat Mawarti ni 24 jam ada masa nak tolong jaga anak abang memanjang? Lepas tu kalau orang tak tolong, mulalah buat muka, membebel." Mata Mawarti tajam serius. Diluahkan segala perasaan marah yang terpendam selama ini.

"Pergi jaga bini abang tu sebelum sibuk nak kisah pasal Mawarti. Setiap kali abang bagi Mawarti hadiah, dia mesti nak cemburu seolah-olah abang tak pernah bagi dia apa-apa. Rimas tahu tak? Rimas."

Abang Aqil mengeluh dengan tangan bercekak di pinggang. Mawarti seorang introvert dan sukar untuk meluahkan rasa. Kalau Mawarti dah mula berbunyi maksudnya dia memang dah tak tahan dengan semua ni.

Bak kata Chad, 'If an introvert starts to speak, technically you're dead. Because she observes more than you, she keeps more than you, she suppresses her feelings more than you and when she explodes... It's the end of the world.'

Don't mess with people with loud minds. Murderer don't say his plan out loud.

"Abang minta maaf pasal apa yang Mawarti dah lalui dekat rumah abang." Abang Aqil memang cepat mengalah dengan adik beradiknya.

"Abang tak perlu minta maaf dekat Mawarti, minta maaf dekat isteri abang. Kalau dia masih lagi cemburu dengan apa yang Mawarti dapat dari abang maksudnya abang bagi dia kurang, tak kisahlah dari segi kasih sayang, duit, atau perhatian." Jujur Mawarti berkata.

"Sekarang ni Mawarti dah tak bergantung dekat abang. Jadi abang pergi bahagiakan keluarga abang. Mawarti boleh jaga diri sendiri dan Mawarti perlukan ruang untuk buat kerja."

Abang Aqil mengangguk. "Abang faham. Tapi jangan lupa makan tiga kali sehari. Kalau duit tak cukup cakap, kalau ada apa-apa yang tak kena bagi tahu. Mawarti masih lagi tanggungjawab abang."

Mawarti menggenggam tangan abangnya.

"Indeed you're a good brother. And you're just trying to do your job, but I can handle this. Please, give me a break, I need to breathe." Lirih suaranya kedengaran. Barangkali dia sudah terlalu penat dengan manusia. Lebih tepat, dia benci manusia walaupun manusia itu baik macam malaikat sekalipun.

Tangan kanannya diusap pada kepala Mawarti. "Take care." Abang Aqil tersenyum lemah sebelum dia berlalu keluar dari rumah.

"Thanks abang." Dia mengekori abangnya ke luar rumah.

"Don't worry. Have fun with your family." Tangan dilambai menghantar pemergian kereta Abang Aqil dengan pandangan.



MAWARTI menghantuk kepala pada meja sekali lagi bila Abang Badang pula cakap nak datang ke rumahnya.

"Why can't people just have their own lives without me? I'm happy alone, I'm not depressed!"

Dia mengeluh kecil bila terdengar bunyi motor berkuasa tinggi dari luar rumah. Pasti jiran-jiran di sebelah rumahnya tengok. Dia paling tak suka perhatian, Abang Badang pula makin suruh jiran-jiran tengok rumah dia.

Yes, Yes... There's a girl living in this house, shut up and don't give me that attention.

Muka ditarik dengan senyuman terpaksa. Tudung dipakai sebelum dia keluar rumah untuk bersalam dengan Abang Badang.

"Yo adik!" Lepas Mawarti mencium tangan Abang Badang, kepala Mawarti terus kena headlock dengan lengan sasa abangnya.

"Abang, janganlah! Rosak tudung adik!" Mawarti tarik muka kelat.

"Bukan ada sesiapa tengok kau pun." Tudung Mawarti makin dihancurkan.

Berbeza dengan Abang Aqil, Abang Badang lebih suka bergurau kasar sampai ajak adiknya bergusti bersama. Dia yang mengajar Mawarti seni mempertahankan diri dari kecil.

"Abang Aqil datang kan tadi? Mesti dia dah periksa rumah kau." Abang Badang terus masuk ke dalam rumah tanpa dijemput.

"Dah makan ke belum? Jom oder piza."

"Belum." Pendek Mawarti membalas.

"Seriously Mawarti, you need bulky husband like me, tengok kau ni kurus sangat, sekurang-kurang boleh juga dia jaga kau." Tergelak kecil Abang Badang.

"I don't need a man in my life. I'm fine alone." Ringkas balasan Mawarti.

"Yeah, yeah whatever antisocial." Malas Abang Badang nak berdebat dengan adiknya.

"So if you excuse me, I need to do my work. Kalau piza dah sampai roger." Selamba Mawarti meminta pamitan kemudian masuk ke dalam bilik kerjanya semula.

Abang Badang dah buat muka di ruang tamu. Air pun tak diberi, jemput makan jauh sekali. Lepas tu tinggal aje tetamu terkontang-kanting seorang diri. Mawarti tak pernah layan tetamu dengan baik. Sebab dia tak suka tetamu dan dia harap kalau dia layan tetamu tak baik, tetamu takkan datang lagi rumah dia. What a strategy!

Tapi abang-abang Mawarti tak pernah kisah semua itu. Mereka tetap datang walaupun Mawarti layan mereka dingin. Kalau ditanya kenapa? Sebab sayang dan tanggungjawab, walau apa pun yang berlaku Mawarti tetap darah daging mereka. Mereka sudah kehilangan ibu dan ayah, dan mereka cuma ada adik beradik sahaja sekarang ini. Hargai keluarga kecil yang ada sebelum mereka hilang semuanya.

Barangkali Mawarti tak sedar akan kepentingan keluarga kerana sifatnya yang antisosial.

Haih. Mawarti... Mawarti siapa entah yang boleh ubah perangai kau ni. Abang cuma nak kisah je.

****

Tulahhh kalau aku ada abang macam diorang dah lama fangirling. 

Hello Neighbor (TERBIT PBAKL 2023)Where stories live. Discover now