Bab 6

83 8 0
                                    

CEPAT! Cepat!

Mawarti berpeluk tubuh di hadapan pintu rumahnya menunggu abang pizza sampai.

Urgh! Lapar gila!

Dia memang tak boleh bersabar bab makanan. Benda lain boleh lambat, tapi kalau makanan lambat dia rasa macam nak bunuh orang.

"Cik Mawarti, tunggu apa?" Teguran daripada jiran sebelah, Arif, buat gadis itu menjeling geram. Mawarti dahlah lapar, boleh pula dia sengih dekat Mawarti.

"Sinilah duduk..." Arif yang duduk di meja luar rumah tenang menikmati makan malamnya di halaman rumah.

"No, thanks." Mata Mawarti menjeling tanda meluat. Dia sudah berkira-kira nak masuk ke dalam rumah semula, nak buat aduan dekat kedai piza mengatakan piza tak sampai lagi, dah lebih 10 minit.

Baru sahaja kakinya nak melangkah masuk, dia terhenti bila matanya tak sengaja terpandang sesuatu di atas meja yang diduduki Arif. Aromanya pula makin menarik Mawarti untuk memastikan apa yang dilihat itu.

"Is that... Hawaiian pizza with extra cheese?" tanya Mawarti dengan dahi berkerut.

Arif mengangkat sekeping piza yang sudah dimakan separuh di tangannya.

"Yup, tadi ada penghantar piza datang rumah aku, aku tak oder pun, tiba-tiba teringat yang aku popular dekat kejiranan ni, mesti ada secret admire hantar." Selamba dia membalas dengan muka tak bersalah.

Muka Mawarti sudah merah padam menahan marah. Dadanya bagai disiat-siat melihat piza yang tinggal lagi sekeping dalam kotak itu.

"Itu piza aku!" Air matanya sudah bergenang.

"Kenapa kau makan makanan aku? Aku dah bayar tahu tak? Tak akan kau tak semak alamat, main ambik je makanan orang!"

"Wow, relax specky!" Arif masih lagi dengan gaya santainya.

"Kan ada lagi satu lebih ni, makanlah." Dia menolak sekeping piza di hadapan Mawarti. Macam Mawarti pula mengemis makanan dekat dia padahal dia yang ambil makanan Mawarti.

"Manalah aku tahu, something just bound to happen..."

"Otak kau!" Sekeping piza di atas meja terus dirampas. "Kau bayar balik!" Geram Mawarti sebelum dia masuk ke dalam rumah. Pintu dihempas geram.

Arif terkebil-kebil setelah mendapat amukan Mawarti. "Lapar sangat tu. Masih lagi macam dulu, garang." Tawanya terlepas.

Posmen dan penghantar makanan memang kerap tersalah hantar barang Mawarti ke rumahnya. Katanya tak nampak rumah Mawarti gara-gara pokok besar yang menutupi rumah Mawarti sampai orang luar pun tak perasan ada rumah dekat sebelah rumah Arif.

Selalunya kalau ada barang Mawarti yang tersalah hantar ke rumah Arif, Arif akan terus letak bungkusan tersebut di hadapan rumah Mawarti, tapi kali ini, jejaka itu sengaja tidak memberitahu penghantar pizza yang dia salah rumah. Salah satunya, sebab dia nak Mawarti keluar rumah. Dah dua minggu rasanya Arif tak nampak Mawarti keluar rumah, entah hidup atau tidak.

Sudah tentulah Mawarti hidup, kalau tak, tak akan pula dia boleh oder piza kalau dah mati.

"Mr. Arif!" Abang penghantar piza dah sampai depan rumah Arif.

"Coming!" Pantas Arif mendapatkan piza tersebut.

"TAK guna punya jiran!" Sambil makan sekeping piza yang dirampas dari Arif tadi, tangannya mengesat air mata yang berjurai. Dia lapar gila tahu tak?

"Siap kau aku santau esok." Cebik Mawarti lagi. Dari pagi tadi dia tak makan, bila malam dah oder piza, piza kena curi pula. Dia baru nak ada proper meal untuk hari ni tau!

Hello Neighbor (TERBIT PBAKL 2023)Where stories live. Discover now