Bab 12

71 5 0
                                    

HEADPHONE di kepala, mata tegak memandang skrin dengan tangan menaip laju pada papan kekunci.

"Buanglah cached data tu, semaklah." Mulut Arif terkumat-kamit rasa macam nak maki programmer lagi seorang.

"Sorry?" Ahli pasukannya yang sedang bersiaran secara langsung dengan Arif mengangkat kepala, memandang skrin yang memaparkan Arif.

"Too much cached, it will slow down the system. Are you an intern or what?" Geram pula Arif. Syarikat start up ni nak bekerjasama dengannya tapi lambat pula programmer ni nak pick up.

"Please fix these errors. My suggestion is don't use NoSQL. NoSQL might have caught your attention, it is nice-to-have but not a need-to-have. We might have limitations where we are unaware of what we are facing right now. Use PostgreSQL. We just want to get the job done."

Dah berbulan mereka bangunkan sistem ni tapi masih lagi belum berfungsi dengan baik tapi dan hasilnya masih lagi sama, padahal ada beberapa lagi programmer dalam kumpulannya.

"Arif, relaks..." Zaid yang berada di sebelah sana menegur.

"Kau ketua untuk projek ni, kan? Bertenang. Cuma bagitahu je apa yang tak betul, nanti kita orang betulkan. Aku rasa tak perlu buat dari awal, cuma kita kena betulkan sikit-sikit je. Biasalah ada pincang sikit, sebab tu adanya kita untuk semak balik sistem ni."

"Okay, sorry." Arif menarik nafas dalam. Dia dah pening kepala lepas dah dua hari tak tidur.

"Kau rehatlah sekejap dalam setengah jam, nanti aku dengan yang lain uruskan." Zaid memberi nasihat.

"Thanks, Zaid." Arif terus menutup kamera dan mikrofon pada komputernya. Tiga monitor itu dibiarkan tidak ditutup, memaparkan kod-kod yang hanya difahami oleh mereka sahaja. Biarlah, lagi pun Arif akan siapkan semula nanti.

Langkah diatur ke meja ingin mengambil secawan kopi yang dibiarkan sejuk tak diminum. Langsir bilik diselak, kemudian tingkap dibuka. Rasa macam dah lama tak keluar rumah gara-gara tuntutan kerja. Dia semakin sibuk. Tingkap bilik Mawarti yang tertutup dipandang lama. Dah dua bulan mereka tak berjumpa, entah apa khabar jiran sebelah rumahnya ini.

Sebenarnya dia juga cuba menjarakkan diri dari Mawarti. Entahlah... Rasa malu pula bila ditegur Mawarti tempoh hari. Mesti Mawarti fikir dia seorang lelaki yang lemah kerana tak berani nak cakap tidak kepada seorang perempuan. Tambahan pula dia masih belum bersedia untuk bersemuka dengan dunia luar. Dah lama juga dia matikan telefon gara-gara terlampau tertekan.

Dia malas nak buka sebarang media sosial sekarang. Apa-apa yang berkenaan kerja semua dihantar melalui emel.

Hmmm.

Patut ke dia buka telefon sekarang?

Kepala digeleng. Tak. Selagi dia tak siap kerja, selagi itulah dia takkan buka telefon. Kerja dia dah cukup tertekan, takkan nak tambah lagi tekanan dengan baca komen yang berbaur kecaman?

Dia perlu bertegas dengan apa yang dia nak. Ya, dia perlu tegas.

Entah-entah Mawarti ada mesej dia suruh beli barang dapur. Haah, terlupa pula pasal tu. Kalau Mawarti suruh dia beli barang dapur, mesti dia ketuk rumah Arif kalau Arif tak balas mesej.

Arif geleng kepala lagi. Tak mungkin Mawarti mesej dia.

Entah-entah Mawarti sakit, lepas tu dia mesej Arif...

Arif kelam kabut cari telefon pintar di dalam laci meja. Telefon tersebut untuk pertama kalinya dibuka setelah dua bulan. Berlambak mesej yang dia dapat, tapi dia cuma tercari-cari mesej daripada Mawarti. Setelah lima minit menunggu notifikasi masuk sepenuhnya, Arif terus mengeluh bila Mawarti tak mesej dia langsung.

Hello Neighbor (TERBIT PBAKL 2023)Where stories live. Discover now