Bab 7

82 6 0
                                    

"HELO, Mawarti. Kau nak apa-apa tak? Aku ada dekat supermarket ni, nak beli barang mentah." Arif membetulkan earpod di telinga sebelum dia menunduk mengambil sabun mandian rumahnya yang telah habis.

Hari tu Arif dah janji nak tolong Mawarti beli barangan dapur sebab Mawarti dah tolong jiruskan pokok masa dia tak ada. Semenjak Arif belikan barang untuk Mawarti, tiba-tiba dia dah jadi runner tak berbayar untuk Mawarti lebih kurang 3 bulan. Arif tak kisah pun sebab alang-alang nak beli barang dia sekali. Pagi tadi dia ada juga ketuk rumah Mawarti sebelum pergi kedai, tapi gadis itu langsung tak buka pintu. Mungkin masih tidur sebab Arif perasan lampu bilik Mawarti tertutup.

Nasib baik gadis itu telefon dia balik, lepas Arif tinggalkan nota di bawah pintu Mawarti.

"Sorry, aku tertidur tadi. Penat sangat." Suara Mawarti betul-betul tak bermaya.

"Tak apa, kau mesej je barang yang kau nak nanti aku belikan."

"Okey, nanti kau bagi resit dengan bank akaun kau." Mawarti terus memutuskan panggilan.

Arif hanya mengangkat bahu. Mereka dah jadi friends with interest tanpa sengaja. Bukannya jadi one night stand. Tapi jika ada keperluan, mereka akan meminta bantuan jiran sebelah.

Contohnya, tempoh hari Arif terpaksa tinggalkan anak buah dia di rumah Mawarti sebab dia ada hal dekat bandar, dan Mawarti suruh dia beli barangan dapur sebab gadis itu malas nak keluar rumah. Kadang gadis itu minta tolong dia betulkan komputer riba yang rosak, dan Arif akan minta sedikit makan malam dari rumah Mawarti sebab malas masak.

Kadang kala mereka siap tukar makanan dari dapur rumah mereka yang saling bertentangan.

"Breakfast kau makan apa hari ni?" Tanya Arif dari dapur rumahnya. Pintu gelangsar dibuka.

"Garlic bread." Jawab Mawarti malas di sebalik tirai dapur.

"Sikit? Nanti aku bagi kau pavlova."

"Cun." Pendek Mawarti membalas.

"Lunch kau makan apa?"

"Entahlah, ingat nak buat spaghetti meatball." Arif membelek apa yang ada di kabinet.

"Masak banyak sikit, aku nak. Nanti malam aku bagi kau dinner."

"Cun." Arif tergelak bila dia juga terikut ayat Mawarti. "Nak dalgona kopi?"

"Aku tak boleh minum kopi, gastrik."

"Oh okay, jus mangga?"

"Cool." Walaupun Arif tak nampak wajah Mawarti, tapi dia tahu gadis itu sedang buat tanda okay. Lama berinteraksi dengan Mawarti, Arif sedar Mawarti seorang yang kelakar dan easy going tapi dia tak tunjuk. Sentiasa berada di belakang tabir macam sekarang.

Arif membaca berkali-kali senarai barang yang Mawarti mesej kepadanya. Barang terakhir tu buat dia istighfar sebab terfikir bukan-bukan.

Mawarti minta Arif belikan pregnancy test?

Kalau tuala wanita pakai buang tu Arif boleh terima lagi, tapi pregnancy test?

Dua pula tu!

Dada diurut. Jangan fikir bukan-bukan Arif, Mawarti kan gadis yang pelik dan suka bereksperimen. Mungkin adalah tu benda yang dia nak buat. Terus dimasukkan ke dalam bakul yang sudah penuh. Kesemuanya barang Mawarti. Penuh dengan jajan dan Maggi yang tak sihat. Maggi wujud tau di Australia, jangan terkejut.

Nanti balik dia tanyalah Mawarti nak buat apa dengan benda tu.



"NAH, barang kau." Arif mengangkat barang-barang Mawarti sampai depan pintu.

"Tak payahlah angkat, biar aku angkat sendiri. Kau dah beli untuk aku pun cukup baik." Mawarti juga mengangkat keluar barang-barang dari dalam bonet kereta Arif.

"Yang berat tu tinggal je, nanti aku angkat."

"Okay, thanks." Gadis itu macam biasa, muka langsung tak terharu, malu-malu ke apa ke tak ada. Susah nak membaca riak Mawarti.

Usai sahaja mengangkat barang, Arif memandang Mawarti lama seolah-olah meminta penjelasan.

"Oh, nanti aku bank-in duit dekat kau, jangan risau." Mawarti fikir itu yang Arif tanyakan.

"Are you married?" Tanya Arif serius.

"Masalah kau ke?"

"Jawab je soalan aku sebab aku tak nak buruk sangka lagi dekat orang." Desak Arif.

"Nope."

"Then why did you ask for a pregnancy test?" Dahi Arif berkerut. "Ada orang buat benda tak elok dekat kau ke?"

Mode protective on. Risau terlebih. Mana tahu ada orang ceroboh masuk rumah Mawarti malam-malam dan dia tak sedar, dan Mawarti takut nak minta tolong sebab dia fikir Arif akan hakim dia.

"Nope." Geleng Mawarti lagi.

"Jadi?" Bengang pula Arif dengan Mawarti yang hanya cakap sepatah. Orang tengah risau dia buat benda tak bersalah.

"Aku nak check telur ayam yang ada dekat rumah aku, adakah telur itu sudah disenyawakan atau belum guna pregnancy test. Agak-agak berfungsi untuk binatang tak benda ni?" Jawapan Mawarti buat Arif tercengang.

"Where did you get that idea?" Mawarti ni datang dari planet mana? Kenapa pelik sangat perempuan ni?

"Aku tengok cerita Godzilla semalam, laki tu buat pregnancy test untuk Godzilla. So I guess it works with animals, huh?"

Arif tepuk dahi. "Urgh whatever, I don't want to know about your weird experiment." Sia-sia sel otak dia aje risaukan Mawarti tadi.

"Okay, aku masuk dulu." Muka Mawarti tu nampak macam tak sabar nak buat eksperimen mengarut dia. Pintu terus ditutup. Arif hanya mampu mengangkat bahu.



TELUR ayam dipecahkan ke dalam mangkuk. Satu mangkuk untuk telur yang disenyawakan yang dia beli terus dari ladang, satu lagi telur ayam yang belum disenyawakan. Nak tengok benda ni berfungsi ke tak. Pregnancy test dicelup sedikit ke dalam telur yang telah disenyawakan. Kalau tak berfungsi nanti dia goreng jelah telur ni.

Telefon pintarnya berbunyi tiba-tiba. Panggilan dari Abang Aqil pantas dijawab.

"Waalaikumussalam, kenapa abang call?" Jawabnya mendatar.

"Dah makan ke belum?" Abang Aqil tanya soalan asas dulu sebelum tanya soalan lain-lain.

"Dah."

"Kalau abang tahu kau masih makan sekali sehari je siap kau Mawarti."

"Taklah..." Matanya disepetkan. Semenjak dia berjiran dengan Arif, dia selalu cukup makan.

Dulu pun Mawarti malas nak layan Arif, tapi bila lelaki tu dah selalu hantar makanan dekat rumah dia, dia rasa serba salah kemudian dia balas balik makanan yang Arif bagi guna mangkuk yang sama. Akhirnya dah jadi tradisi saling membalas makanan. Daripada membalas makanan, tiba-tiba saling berbagi tugas memasak.

"Malam esok nak makan malam dengan abang tak? Badang dengan Chad pun ada."

"Apa-apa pasal makanan Mawarti on..."

"Kau belanja." Sambung Abang Aqil.

"Okay ni tak on!" Pintas Mawarti semula.

"Kedekut!"

****

Short version Mawarti kurang tunjukkan perkembangan karakter. hahshaa

Hello Neighbor (TERBIT PBAKL 2023)Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα