Bab 9

80 6 4
                                    

RESTORAN Melayu Tradisi milik kawan Abang Aqil sangatlah cantik kerana dia mengekalkan reka bentuk tradisional Melayu. Ada juga pameran pakaian dan rumah tradisional Melayu disediakan di beberapa sudut restoran. Ukiran tulisan jawi yang ditulis dalam bentuk khat cantik dilukis pada dinding. Rasa macam berada di zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Abang Aqil dah tempah meja di bilik yang tertutup siap-siap sebab Mawarti memang tak boleh orang pandang dia makan. Kenal sangat perangai Mawarti yang tak suka dipandang.

"Abang Chad mata memang biru ke?" Tiba-tiba terkeluar pula soalan tu dari mulut Arif.

"Haah, aku albino."

"Seriuslah!" Arif terjerit.

"Relaks lah, kau tak pernah jumpa albino ke dulu?" Tergeleng kepala Abang Chad tengok Arif kaget macam tu.

"Tak adalah, jarang jumpa orang Melayu albino." Arif perhati rambut Chad yang agak coklat.

"Rambut tak putih pun."

"Rambut albino boleh gelap jadi coklat camtu bila usia bertambah."

Mulut Arif membentuk huruf O.

"Tapi abang suka travel, tak bagi kesan dekat kulit ke? Kena matahari banyak."

"Ada, sebab tu aku selalu pakai sunblock ke mana-mana. Pakai make up yang ada SPF lepas tu orang cakap aku lelaki lembut, susahlah kacak sangat. Jaga muka pun orang cemburu." Rambut diselak dengan penuh gaya.

Meluat pula Badang dan Aqil yang melihat. Mawarti pula daripada tadi hanya mendiamkan diri bermain dengan telefon pintarnya.

"Arif, panggil aku Chad jelah, geli aku panggil abang."

"Kalau Arif boleh panggil Chad, Mawarti pun nak panggil Chad juga." Celah Mawarti.

"Kau tak boleh, ni code brotherhood." Chad dah berlaga penumbuk dengan Arif.

Mata Mawarti bergolek meluat. "Orang luar sibuk nak bonding." Dia terus bangun dari duduk, keluar dari bilik makan.

"Awat Mawarti tu emo?" Chad tak faham.

Abang Aqil hanya mengangkat bahu.

"Abaikan dia, kau kerja apa Arif? Keluarga dekat mana?" Abang Badang saja bertanya. Mahu kenal-kenal juga jiran adiknya. Tak adalah dia risau sangat Mawarti tinggal di kejiranan itu.

"Saya freelance programmer." Arif tersenyum.

"Keluarga ada je dekat Malaysia, tapi sekarang tengah Covid teruk dekat Malaysia, Arif nak melawat pun tak boleh."

Australia ada kurang daripada sepuluh kes Covid sahaja, hanya tempat tertentu sahaja lockdown, dan rakyatnya sudah dibenarkan untuk tidak memakai pelitup muka, dan melakukan kerja seperti biasa.

"Oh faham-faham." Ketiga-tiga abang Mawarti mengangguk mengerti.

"Mak ayah kau okay tak dekat Malaysia?" Chad bertanya lagi.

"Alhamdulillah okey. Arif dah suruh dah mak ayah duduk dalam rumah, jangan keluar-keluar. Arif dah bagi duit tiap-tiap bulan."

"Mak ayah tak kerjalah?" Chad tanya lagi.

"Kerja tapi dekat rumah. Mak ayah pensyarah, jadi dia ajar online."

"Oh... Mesti keluarga kau well off en."

"Alhamdulillah rezeki. Boleh bantu ramai orang." Nyata Arif lagi. Dia hanya tersenyum ramah seperti biasa. Tiada riak bongkak dalam nadanya.

"Hari tu kau ada cakap kau kenal Mawarti dari sekolah rendah?" Abang Aqil pula buat siasatan.

Hello Neighbor (TERBIT PBAKL 2023)Where stories live. Discover now