Bab 14

71 4 1
                                    

"WEI, dengar cerita kau menangis semalam?" Arif pagi-pagi dah menegur dari laman rumahnya. Sambil-sambil siram pokok bunga, nampak pula Mawarti dekat depan pintu nak pergi buang sampah.

Mawarti juling mata. Malas nak layan. "Not your concern."

"Aku tengok rumah kau macam kosonglah Mawarti, nak tak aku bagi kau pokok bunga satu." Tegur Arif lagi.

"Malas, nanti pokok bunga aku mati, sebab aku lupa ada hidupan lain selain aku dalam rumah ni." Selamba sahaja gadis itu membalas.

"Ambil lah satu, bunga ni senang tumbuh." Dia menudingkan jari pada bunga ros merah di hadapannya.

"Bunga ni sesuai untuk kau, nama pun sama dengan bunga, Mawar. Dahlah cantik, tapi garang nak mampus." Sambil memuji sambil mengutuk Si Arif ni. Mawarti buat muka.

"Apa? Aku cakap pasal bunga ni, perasan je kau."

"Tak nak, aku tak suka ada komitmen."

"Selalunya orang yang cakap tak suka komitmen ni yang terpaling menjaga bila dia ada komitmen. Lagi pun rugilah kau tak ada pokok bunga dekat rumah, pokok-pokok ni berzikir tau dekat Allah. Ambil berkat sikit." Arif menghulur bunga yang telah dipotong batangnya kepada Mawarti.

Mawarti menundukkan badannya sedikit kemudian hidu bunga ros tersebut. Makin lama dia bau, dia rasa dia nak bau lagi dan lagi. Air liurnya entah kenapa merembes keluar. Lama kelamaan, mulut dibuka luas sebelum dia makan kuntuman bunga ros tu.

Arif tercengang. "Woi! Aku suruh bau, bukan suruh makan!"

Mawarti ambik tangkai bunga ros yang telah togel kelopaknya kemudian disimpan dalam baju. Mulutnya mengunyah kuntuman bunga tadi.

"Rasa macam... Sayur sawi." Dia mengangguk mengeyakan kenyataan tadi. "Bolehlah tanam benda ni, nanti kalau dia tumbuh lagi boleh buat ulam."

"Woi!" Arif terjerit lagi. "Ni pertama kali aku tengok orang makan bunga, kau ni scary duh!"

Tawa Mawarti terlepas kecil. Arif yang tadi tengok Mawarti macam kanibal, sekarang sudah berubah wajah. Dia terpegun melihat Mawarti tergelak begitu. Entah kenapa Mawarti nampak cantik pula dari pandangannya. Selama ni Arif pandang Mawarti biasa sahaja. Tapi hari ni lain sikit.

"Aku tak tahu kenapa aku cepat teruja bila bau benda wangi. Sorry lah... Aku rasa otak aku dah set benda wangi tu sebagai makanan."

Tergeleng kepala Arif. "Makan je kerja."

"Ajar aku macam mana nak tanam benda ni." Batang bunga ros tadi diangkat.

"Sekejap aku bagi kau tanah dulu. Ros memang cepat tumbuh."

"Aku nak tanam dalam rumah. Aku nak rumah aku bau wangi."

Arif cekak pinggang. "Pastu hari-hari kau lapar je pandang bunga ros." Dia pergi ke belakang rumah kemudian ambil pasu plastik yang kosong.

"Sini tengok aku buat." Masing-masing sudah duduk di bawah pokok di antara rumah mereka. Mawarti hanya memerhatikan tangan kekar Arif memasukkan tanah ke dalam pasu kecil yang comel. Batang pokok bunga ros yang telah dipotong 45 darjah tadi dicabut daunnya sehingga hampir togel, kemudian dibenamkan akarnya ke dalam rooting hormone. Dia masukkan batang ros tersebut ke dalam tanah.

"Kau tutup dengan plastik tapi jangan tutup ketat sangat." Pesan Arif.

"Pastikan tanah dia lembab. Lepas dua minggu macam tu kau periksalah dah tumbuh akar ke belum. Tarik-tarik sikit, kalau rasa ada grip dekat tanah maksudnya akar dah tumbuh. Nanti kalau akar dengan daun dah tumbuh boleh cabut plastik. Kau kalau nak siram guna spray sikit-sikit je. Jangan banyak sangat."

Hello Neighbor (TERBIT PBAKL 2023)Where stories live. Discover now