Bab 8

74 6 0
                                    

Ding!

Arif bergegas ke pintu setelah mendengar loceng rumahnya berbunyi. Tanpa bertangguh pintu dibuka. Mungkin itu Mak cik Jane, dia memang selalu bagi pai labu setiap kali Halloween.

"Hello, Arif!" Wajah Mak cik Jane tersenyum ceria buat Arif turut gembira.

"Auntie Jane." Matanya sudah terarah kepada pinggan yang terisi pai labu di situ.

"Halal, don't worry."

Tawa Arif berdekah. Setiap kali Mak Cik Jane bagi makanan, mesti dia cakap macam tu. Baguslah jiran dia ni ambil berat tentang makanan Muslim. Arif selalunya hanya akan cakap dia vegetarian sahaja kalau dijemput ke rumah jirannya, sebab malas nak terangkan apa itu makanan halal.

"That is so nice of you, Auntie Jane." Pinggan yang berisi pai itu diambil. "Wait a minute, I have something for you too."

"No it's okay..."

"Just one minute." Arif berlari ke dapur kemudian mengambil karipap segera yang baru digoreng tadi. Khas diimport dari Malaysia sebab mengidam karipap.

"This is curry puff, a famous Malaysian cuisine."

"Wow, this is so authentic. Look at the design!" Mak Cik Jane menyatukan kedua tapak tangan dengan penuh keterujaan.

Kelakar melihat gelagat Mak Cik Jane. Karipap itu dah ada pencetak, maka tak perlu pun nak kagum dengan desain karipap tersebut.

"Sure, taste it. I wanna see if you like it." Beri Arif lagi. "If you don't like it, I can give you something else." Dia menjemput Mak Cik Jane ke meja luar rumah.

Mawarti yang mendengar suara orang bercakap-cakap di luar rumah terus membuka tingkap biliknya yang berada di tingkat dua. Mata menghala ke halaman rumah Arif, ada seorang mak cik tengah makan dengan Arif di situ.

"Huwarghh..." Dia menguap malas. "Apa pagi-pagi dah bising." Jam di tepi katil dilihat.

"Oh, dah pukul 10 pagi." Selamba dia berkata. "Awal lagi... Ada lagi dua jam sebelum tengahari."

Mawarti bukan jenis yang bangun pagi kalau uzur. Angin malas dia dah datang. Dia hanya duduk di atas katil, dan mukanya diletak pada kekisi tingkap, nak tertidur di situ. Mata hanya memandang Arif yang ramah melayan jiran siap boleh bergelak tawa di situ.

"This guy is too shiny..." Tangan dihala ke arah Arif dari jauh kemudian dibandingkan dengan matahari yang sudah naik. "Too shiny I cannot sleep."

Kalau dilihat rumah Arif dan rumahnya terlampau berbeza. Rumah Arif dipenuhi dengan bermacam jenis tanaman dan bunga sebagai penghias landskap, manakala halaman rumah Mawarti kosong tiada apa melainkan rumput karpet yang dipotong rapi. Suram dan membosankan. Patutlah posmen tak pernah nampak rumah dia dekat sebelah rumah Arif. Dia tak secerah mentari macam Arif. Dia tak menarik. Rambut yang serabai menutupi dahi ditiup ke atas.

Kalau Arif macam bintang, Mawarti ialah kegelapan.

Kepala Mawarti tergeleng. Pelik dengan Arif yang tak pernah penat melayan manusia. Kalau Mawarti cakap lima minit dengan orang je dah rasa lesu upaya. Nak cepat-cepat balik.

"Bye Auntie Jane!" Arif melambaikan tangannya menghantar pemergian Mak Cik Jane. Dia tiba-tiba menoleh ke belakang, ke arah Mawarti yang berada tingkat dua, seolah-olah tahu ada orang perhatikan dia dari tadi.

Cuak, Mawarti terus baring semula ke atas katil, menyorok daripada dilihat. Tingkap bilik ditutup pakai kaki.

"Aku harap dia tak nampak aku, dan kalau dia nampak pun aku harap dia hilang ingatan." Doa Mawarti dalam diam.

Hello Neighbor (TERBIT PBAKL 2023)Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz