22

3.3K 110 3
                                    

" Assalamualaikum " 

Hanis segera berlari turun dan membuka pintu. Zakri sedang tersenyum kepadanya. Hanis menjawab salam dan menyalam tangan suaminya. Zakri masih beruniform hitam. Hanis menjemput Zakri masuk. 

Rupanya bukan Zakri seorang diri. Ada pengikut di belakangnya. 

" Assalamualaikum, Puan " ucap pengikut-pengikut itu. Hanis memutarkan bebola matanya dan menjawab salam. Fattah, Amir dan Nazman berjalan masuk ke dalam dengan selamba lalu duduk di sofa. Hanis menuju ke dapur untuk membuatkan air selepas menutup pintu. Zakri menuju ke dapur juga untuk menemankan isterinya. 

Zakri mengerling jam di dinding. Pukul 8:30 malam. Agak lama juga dia turun misi. 

" Dah solat maghrib belum? " soal Zakri kepada Hanis yang sedang menuangkan air panas ke dalam teko air. Hanis mengangguk. Zakri tersenyum. 

" Awak ada mas... "

" Hanis kau takde masak apa-apa ke? " dengan selambanya Fattah memotong ayat Zakri sambil tangannya membuka tudung saji di atas meja makan yang besar itu. Zakri sudah memandang manusia itu dengan pandangan hantunya. 

" Ada. Tapi tak cukuplah. Takpe, tunggu kejap. Aku masak. Lauk tadi ada sikit je lagi tinggal " jawab Hanis. Fattah mengangguk. 

" Kau jangan layankan sangat si Fattah tu Hanis. Dia tu memang macam gitu " balas Nazman. Hanis tersenyum. 

" Tadi siang Rizwan dengan Arif ada datang. Diorang kirim salam pada awak " beritahu Hanis. Zakri mengangguk dan menjawab salam. 

" Naiklah dulu. Pergi bersihkan diri, berehat. Pandai-pandailah korang cari bilik " kata Zakri kepada penyibuk bertiga itu. Sepanjang Hanis di hospital haritu, mereka bertiga ni yang 'tolong menjaga rumah'. 

" Saya naik atas sekejap. Nak mandi, solat " kata Zakri kepada Hanis. Hanis mengangguk. Dia sedang menyediakan bahan untuk memasak. Selesai memasak, dia menghidangkan di atas meja. Kemudian dia naik ke bilik untuk melihat Zakri. 

Kelihatan Zakri sedang terlelap di atas katil. Hanis menutup semula pintu. Biarkan Zakri terlena dan berehat. Lelaki itu kelihatan sangat penat. Dengan majlis, tak sempat berehat untuk majlis terus bergerak ke operasi. Misi pula memakan masa hampir 17 jam. 

" Dah siap masak belum? " soal Fattah. Dia baru keluar dari bilik di tingkat atas dengan berkain pelikat dan berbaju t-shirt biasa.

" Eh kau. Macam aku bini kau pulak. Dah siap dah. Jom turun. Yang lain mana? " jawab Hanis. 

" Nazman rehat jap. Amir call wife dia. Laki kau mana? " jawab Fattah. 

" Tidur kejap. Penat tu. Eh, wife Amir duduk mana eh? Dia PJJ kan? " soal Hanis sambil mereka berdua menuju ke meja makan. Fattah mengangguk.

" Kelantan. Gong Kedak. Dekat TUDM tu " jawab Fattah. 

" Lah, suaminya darat. Isterinya tinggal dekat dengan udara " kata Hanis. Fattah mengangguk. 

" Hanis, aku nak tanya sikit " kata Fattah. Hanis yang sedang mencedokkan nasi itu sekadar mengangguk. Dia menghidangkan makanan buat Fattah sebelum duduk di kerusi berhadapan Fattah. 

" Yang jadi pengapit kau semalam tu. Siapa? " soal Fattah malu-malu kucing. Hanis tersenyum sinis. Bibit-bibit terjatuh hati lah tu. 

" Hanis nama dia " beritahu Hanis. Fattah sudah membuat muka pelik.

" Itu nama kau, pengantin. Setan " balas Fattah. Nadanya kedengaran geram. 

" Kau ni tak sabar kan? Nama dia Nur Hanees Ariana " kata Hanis geram. Mulut Fattah membuat O. 

WASIATWhere stories live. Discover now