56

2.9K 113 8
                                    

Fattah mendekati Zakri yang kelihatan gusar sahaja itu. Latihan komando bagi pegawai pelatih yang dijalankan di PULPAK itu belum selesai lagi. Tetapi Zakri seperti tidak senang duduk. 

" Kau okay tak? Ada apa-apa masalah ke? " soal Fattah menepuk sedikit bahu Zakri yang tinggi lampai itu. Zakri menggeleng sahaja. 

" Tak ada apa " itu sahaja balasan daripada Zakri. Fattah melihat ke sekelilingnya. 

" Kau tak okay. Aku kenal lah kau macam mana. Kenapa ni? Ada apa-apa tak kena ke? Kau risau pasal Hanis? " 

Zakri melepaskan keluhan berat. 

" Entah lah aku rasa tak sedap hati. Tak tahu kenapa. Tiba-tiba je " luah Zakri perlahan. 

" Kau ada call Hanis tak? "

Zakri angguk. 

" Dah. Tapi tak angkat. Mungkin dia tinggal phone dia kat atas " 

Fattah juga melepaskan keluhan. Tangannya naik menepuk perlahan belakang sahabat baiknya itu. Otak berfikir ligat. 

" Hah, kau minta tolong Aidan dengan Saleha " cadang Fattah. Berfungsi juga otak ni. 

" Aku kalau boleh taknak susahkan orang " Zakri meraup wajahnya. 

" Hantarlah budak kau. Kau kan pengarah Elite Group. Sekali call dah jalan lah budak kau " 

Zakri memandang Fattah dengan mata bersinar. 

" Ada guna juga otak siput kau ni kan? Thanks bro " dan si Jebat pun memandang lah si Singa dengan raut wajah tak puas hati. 

" Bukan main hebat mengutuk aku lepas naik pangkat ni eh. Wah wah wah " Fattah menyenggol pinggang si Zakri. Zakri cuma tersengih sambil membuat panggilan. 

" Aku pi sana balik. Tak yah risau. Semoga Hanis baik baik je, Insya Allah " Fattah kemudiannya berlari menuju ke kawasan latihan semula. Zakri meneruskan membuat panggilan. 

---------------

" Erm, sedapnya kau masak, Mirah. Dah lama tak rasa kau masak. Last aku makan mi bandung kau dulu " puji Farhan. Ditambahnya lagi lauk ke dalam pinggan. 

" Banyak lah. Masak simple je ni ayam masak kicap. Itu pun sedap? " menggeleng kepala Hanis. Farhan sengih. 

" Dari dulu lagi, aku memang suka masakan kau " perlahan Farhan bersuara. Hanis tunduk sahaja. 

" Lain macam je bunyi nya tu. Farhan, Hanis ni dah ada suami. Dah ada anak seorang ni pun " Hawa menyampuk. Bukan dia tak dengar ayat terakhir Farhan itu. Farhan angguk sahaja. Hanis juga tersenyum malu. 

Selesai makan, Hanis mengangkat pinggan kotor dibawa ke sinki. Farhan juga membantu Hanis mengemas dapur sementara Hawa menidurkan Aysar di dalam bilik. 

" Mirah!!!! " 

Terkejut mereka semua. Pintu rumah diterjah kasar. Ariana meluru masuk dan terus mendapatkan Hanis. Dicekiknya leher Hanis kasar.  

" Eh perempuan! Huh. Aku dah cakap kau memang perempuan tamak jantan! Ni? Mamat ni? Ex-boyfriend kau pun kau nak juga? Memang sebelum ni kau pernah tunjuk satu badan kau dekat dia kan?! " semakin kuat Hanis dicekik oleh Ariana. Hanis menepuk berkali-kali tangan Ariana supaya melepaskannya. Farhan terus menarik Ariana supaya melepaskan Hanis. 

Terbatuk-batuk Hanis. Tercungap-cungap mengambil nafas. 

" Kau dah gila ke?!! " tengking Farhan. Ariana terus menampar pipi Farhan sebelum matanya melilau. Dia ternampak pisau. Segera dicapai pisau tersebut dan terus menusuk bahu kiri Hanis. 

WASIATWhere stories live. Discover now