55

3K 112 2
                                    

" Abiiiiii " rengek Hanis geram. Zakri pula sengaja buat muka tak bersalah. 

" Apa? " soalan Zakri memang buat Hanis panas. 

" Kalau saya pregnant macam mana? " soal Hanis risau. Dicubit-cubitnya badan Zakri berkali-kali. 

" Lah, awak tak sudi ke nak tambah anak lagi? " soal Zakri mengusap perlahan peha Hanis. 

" Bukan tak sudi. Tapi saya tak ready lagi nak tambah anak, bi. Dengan Aysar tu pun saya dah kelam kabut. Ni saya tak masuk kerja lagi. Nanti dah masuk kerja, lagi sibuk. Sampai dengan Aysar pun mungkin saya tak terurus, bi " bebel Hanis. Zakri buat-buat tak dengar. 

" Bi, awak ni kan. Mungkir janji tau " sekali lagi Hanis mencubit lengan Zakri. Zakri mengaduh sakit dan mengusap laju lengannya yang perit dicubit itu. 

" Dahlah. Saya nak siap, nak solat, mandi. Lepastu nak pergi kerja eh " Zakri bangkit dan masuk ke bilik wardrobe mencapai tuala. Hanis merengus geram dengan suaminya itu. 

" Sayang " 

Hanis memandang sahaja suami yang memanggilnya itu. 

" Thank you. I've had good rounds last night " usik Zakri sebelum masuk ke bilik mandi. 

" Abanggg!! " marah Hanis geram. Kedengaran tawa jahat Zakri dari dalam bilik air.  Hanis merengus geram. Aysar di sebelah juga sudah terjaga. Hanis bermain sekejap dengan anaknya itu. 

" Sayang, you see my commando shirt? " soal Zakri. Hanis berfikir sekejap. 

" Dekat dalam drawer rasanya. Awak tengokkan abang sekejap. Saya pergi ambilkan sekejap "  Zakri mengangguk sahaja lalu berbaring separuh mengiring di sebelah anaknya. Digomol-gomolnya anak lelakinya yang tembam itu. 

Hanis pula mengambilkan t-shirt yang dikehendaki Zakri. 

" Abi, saya ironkan sekejap. Renyuk sikit " beritahu Hanis dari dalam bilik wardrobe. 

" Okay, sayang " 

Hanis menggosokkan sekejap baju t-shirt yang sedikit renyuk itu. Kemudian diberikan kepada Zakri. 

" Abi, saya nak turun sekejap buat sarapan. Tengokkan abang eh. Nanti nak turun, bawa abang sekali " pesan Hanis. 

" Baik, puan " 

Hanis tersenyum sebelum turun ke bawah. Menyiapkan sarapan. 

" Nak buat sarapan apa eh? " Hanis bermonolog sendiri. Berfikir sekejap. Sebelum kemudiannya dapat idea untuk membuat sarapan. Dia mengeluarkan dua biji telur dan memotong beberapa keping roti. Dalam otak dah berfikir nak buat roti telur goreng. 

" Sayang, saya nak kena pergi cepat ni " soal Zakri yang sudah siap beruniform bush jacket. Baju t-shirt komando tadi dia pakai di bahagian dalam baju pakaian bush jacket tersebut. 

" Eh tunggu lah sekejap. Dah nak siap dah ni. Sekejap je " tahan Hanis. Zakri mengalah sahaja. Duduk di meja makan bersama Aysar di tangannya. 

Hanis mengangkat roti dari kuali dan dihidangkan ke atas meja di hadapan Zakri. Zakri menjamah sedikit beberapa keping roti. Kemudian dihirupnya air kopi yang dibuatkan oleh Hanis. 

" Okay, saya nak gerak dah ni. Lepas ambil lencana terus nak gerak pergi Terendak ni " 

" Abang tidur sana ke? Kalau stay sana, saya pergi siapkan baju. Kejap lagi saya hantar dekat kem " kata Hanis. Zakri menggelengkan kepalanya. 

" Eh tak apa. Tak apa. Saya balik hari. Tapi lambat sikit sampai kot. Kalau awak nak tidur dulu, tidur je dulu " balas Zakri lembut. Hanis mengangguk faham. Akur. 

WASIATWhere stories live. Discover now