" Engkau ni dah kenapa? " soal Hanis apabila Ariana menggelabah tak tentu pasal. Yelah, sekejap lagi Ariana akan menjadi isteri kepada Fattah. Hayfa di sebelah pun tersenyum. Dalam hati berdebar juga nak jadi isteri Rizwan. Hayfa sedang ditemani oleh rakan baiknya yang juga penyunting video-video dia di media sosial. Fisha.
" Nervous lah! " jawab Ariana. Hanis hanya tersenyum dan menggeleng. Hanis berpakaian baju kurung songket berwarna ungu kerana keluarga belah Rizwan semua bertema ungu muda. Malik dan Zakri berbaju melayu berwarna ungu juga Hawa berbaju sama dengan Hanis.
Rizwan dan Fattah pula berbaju melayu putih cuma yang membezakan mereka ialah Rizwan bersamping warna peach manakala Fattah pula sampin warna biru muda.
Mereka akan nikah di Masjid Kem Tentera Sungai Besi.
" Hanis Amirah " panggil Zakri dari luar. Hanis keluar dari bilik dua pengantin itu dan berjumpa dengan suaminya.
" Rizwan minta tolong pakaikan sampin " kata Zakri. Hanis ternganga.
" Awak pun tak tahu? " soal Hanis.
" Bukan tak tahu, tak kemas. Haritu pun kita nikah, ibu yang pakaikan " jawab Zakri tersengih-sengih. Hanis masuk ke bilik Rizwan. Kedua-dua pengantin itu sekarang bersiap di rumah mereka kerana rumah mereka lebih dekat dengan masjid. Hanis membantu Rizwan memakai sampin.
" Kak " panggil Rizwan sebaik sahaja Hanis mahu keluar dari bilik itu. Selesai memakaikannya sampin. Hanis berpusing memandangnya semula. Rizwan mendekati Hanis lalu memeluk kakaknya yang satu itu.
Hanis tersenyum lalu membalas pelukan adiknya. Satu-satunya adik yang dia ada.
" Aku minta maaf kalau ada buat salah dekat kau. Aku tahu, aku banyak buat salah " ucap Rizwan. Hanis menggeleng.
" Kalau ada pun, aku dah lama maafkan " balas Hanis. Rizwan mengucup perlahan dahi kakaknya.
" Ni apa lagi ni? Cepatlah siap. Nak gerak dah ni " tegur Hawa dari pintu bilik. Rizwan menarik lengan mamanya juga lalu memeluk erat.
" Ma, maafkan Wan kalau Wan ada buat salah dekat mama. Wan tahu, Wan nakal, Wan degil. Selalu ikut kepala sendiri je. Wan minta maaf ye ma " ucap Rizwan. Hawa tersenyum.
" Sedar diri pun. Ye mama selalu maafkan anak-anak mama. Jaga diri elok-elok " balas Hawa. Rizwan mengangguk. Rizwan kelihatan sungguh segak.
" Dah dah. Jom. Lambat nanti. Zakri, kamu bawa pengantin perempuan. Abah pergi dengan mama dan Wan. Fattah bawa kereta dia sendiri . Keluarga Ariana follow kamu nanti " kata Malik. Semua mengangguk faham. Zakri turun menghidupkan enjin kereta Mercedesnya. Mereka kemudiannya bertolak di masjid.
Sampai sahaja di masjid, tok kadi dan semua tetamu undangan sudah tiba. Majlis nikah itu biasa-biasa sahaja. Hanya keluarga dan saudara mara sahaja. Serta rakan-rakan rapat.
Baru sahaja Hanis ingin melangkah masuk ke dalam masjid bersama Hayfa kerana sedari tadi Hayfa memaut lengannya sahaja, tangannya yang sebelah lagi dilelar oleh seseorang.
" Eh Dian. Terkejut akak. Bila Dian sampai? " soal Hanis. Terkejut juga bila wanita itu tiba. Dia juga melihat sekeliling mencari suami si Dian.
" Baru je sampai. Firdaus tak ada. Dia tak ikut " jawab Dian. Hanis hanya tersenyum kelat.
" Dian dah janji sebelum ni kan, Dian akan datang. Tarikh asal hari bahagia kami " balas Dian. Hanis menggigit bibirnya. Dia memandang Hayfa yang sedang elok menunggu mereka berdua.
" Dian, jom masuk. Kita dah lambat " kata Hanis sambil berjalan masuk ke dalam bersama Hayfa di sisinya. Dian memerhatikan wanita di sisi Hanis itu. Dia dengar ada dua pasangan akan bernikah hari ini. Salah satu pengantin perempuan itu ialah kawan baik Hanis. Mungkin itu kawan baik Hanis? Dian juga melangkah masuk ke dalam masjid.
YOU ARE READING
WASIAT
Action" Jangan cabar saya. Saya rasa awak kenal siapa saya " -Ahmad Zakri. Kapten Ahmad Zakri. Seorang pegawai tentera yang berpersonaliti tegas dan garang. Digeruni oleh semua pegawai lain. Tetapi hatinya lembut untuk seorang wanita yang telah mengisi ha...