24

2.8K 108 2
                                    

Zakri membukakan pintu buat Hanis. Fattah dan Farhan masuk ke dalam kereta Mercedes Zakri di tempat duduk belakang. Zakri masuk juga ke tempat duduk pemandu.

" Paan, kau pakai seatbelt lepastu pegang kuat-kuat " nasihat Fattah. Farhan memandang pelik.

" Dia ni bawak kereta macam pelesit " bisik Fattah. Farhan tergelak kecil.

" Aku tak gila lagi nak bawa kereta laju petang-petang macam ni " kata Zakri sambil memakai tali pinggang keledar.

" Awak nak makan lagi ke malam ni? " soal Hanis kepada Zakri. Zakri yang memandu tersenyum sengih sahaja. Hanis memandang dengan mukanya yang tidak percaya.

" Kejap lagi singgahlah sekejap pasaraya dekat rumah abah tu. Beli barang dapur. Awak lately ni asyik makan je. Selera buas betul " kata Hanis.

" Baik puan " jawab Zakri.

" Kau ni Zack, lepas kahwin ni selera kau lain macam kan " celah Fattah pula. Zakri sekadar mengangkat bahu.

" Farhan dekat syarikat mama kerja sebagai apa? " soal Zakri kepada Farhan apabila Farhan sedari tadi hanya senyap.

" Erm, chief marketing " jawab Farhan. Zakri mengangguk faham.

" Dah ada rumah ke dekat sini? " soal Fattah pula.

" Belum lagi. Ini yang tengah cari. Tu sebab Haji Malik suruh tinggal dekat rumah dia dulu " jawab Farhan.

" La yeke? Eh, Zack. Kau bukan ada rumah sewa ke? "

Hanis memandang Zakri. Zakri ada rumah sewa?

" Haah ada. Dekat taman depan tu. Sebelah rumah si Zaquan " jawab Zakri sambil tangannya mengusap tangan Hanis. Wajah Hanis masih lagi meminta penjelasan.

" Saya beli rumah tu dulu. Lepastu dah ada duit lebih, baru saya buat rumah kita tu. Tapi saya sayang nak jual rumah taman tu. Kalau Farhan nak sewa, silakan lah. Aku pun tak payah nak kemas tiap tiap minggu " terang Zakri.

" Ah boleh jugak. Kau nak letak berapa sebulan sewa? " soal Farhan sedikit teruja. Senang sikit kerja.

" Sayang nak letak berapa? " soal Zakri kepada Hanis. Hanis memandang ke belakang melihat Farhan.

" Erm, sebab kawan lah. RM450 " jawab Hanis. Farhan tersenyum dan mengangguk tanda boleh.

" Kau ni Queen Control kan? " kutuk Fattah selamba.

" Eh laki aku bukan macam kau. Biarlah " balas Hanis sambil menjelirkan lidahnya kepada Fattah. Zakri memberi signal masuk ke simpang taman rumah Malik. 2 minit kemudian, keretanya tiba di hadapan rumah Malik. Zakri masuk terus ke bawah garaj dan berhenti di sebelah kereta Volvo milik Hanis. Haritu Rizwan yang pinjam keretanya dan tinggalkan di rumah Malik.

" Eh, Hanis? " tegur Malik yang kebetulan berada di meja berdekatan dengan garaj.

" Assalamualaikum " ucap Zakri lalu bersalaman dengan Malik. Begitu juga Hanis.

" Assalamualaikum, Tuan! " Fattah keluar dari kereta dan menabik hormat di hadapan Malik.

" Lah Jebat. Kamu pun dekat sini? " soal Malik. Fattah tersengih lalu menyalam Malik juga. Malik menggeleng kepala.

" Kamu ni. Kat mana menantu saya ada, kat situ lah dia mengekor " tahu sangat Malik akan perangai si Fattah ni. Dah serupa kembar dah dengan si Zakri.

" Abah, tu Paan " beritahu Hanis. Malik terkejut melihat Farhan yang berdiri di sebelah Zakri. Farhan menyalam si Malik.

" Lah, kata Ariana yang hantar? " soal Malik.

" Tadi saya dengan Ariana pergi makan. Terserempak pula dengan Amirah dan suami dia. Zakri yang offer nak tumpangkan. Satu jalan katanya " terang Farhan. Malik mengangguk faham.

WASIATWhere stories live. Discover now