30

2.6K 99 0
                                    

" Sayang, nak ikut? " soal Zakri yang sudah bersiap berbaju kemeja hitam dan berseluar slack hitam. Hanis tersenyum dan menggelengkan kepala. Dipandangnya suami yang segak itu. Lengan baju kemeja Zakri dilipat hingga ke siku mendedahkan lengan sasanya yang berurat timbul.

" Kenapa taknak? " soal Zakri lagi. 

" Malas lah. Off day ni nak rehat je " jawab Hanis. Zakri mengiyakan sahaja. Dia mengucup dahi Hanis kemudian turun ke hujung sebelum pipi dan bibir lalu memeluk pinggang isteri. Obses betul dengan si isteri. 

" Nak gerak dah ke? " soal Hanis. Zakri menggeleng. 

" Tunggu Jebat sekejap " 

Hanis memandang ke arah kawasan perumahan banglo di bawah bukit sana. Rumah Fattah yang pertama sekali boleh dilihat dari rumah mereka. Fattah memang selalu balik ke situ biarpun dia tidak tidur. Rumah itu rumahnya. Mestilah kena balik dan kemaskan sedikit. 

" Rizwan ikut ke? " soal Hanis memandang suaminya yang mengangguk itu. Zakri, Fattah dan Rizwan ada urusan luar. Ada juga bertanya pada Zakri urusan apa tetapi Zakri juga hanya beritahu urusan luar dan tidak menerangkan lebih. Hanis anggap mungkin hal syarikat. Kalau Zakri tidak mahu berkongsi, dia pun tak mahu keruhkan keadaan.

Sedang mereka berdua berbual, motor ribut Rizwan tiba di hadapan rumah mereka. Zakri pelik. Harini bawa R15 pula. Selalu bawa 125 atau SYM sahaja datang ke sini.

" 125 kau mana? " soal Zakri. Rizwan menongkat motornya sebelum mengusap sedikit. Sayang betul motor yang satu itu. 

" Roadtax mati. Aje gila kang kena cekup dekat depan tu ah naya " balas Rizwan. Di hadapan simpang taman rumah Malik memang selalu buat sekatan polis. 

" Jebat tak sampai lagi? " soal Rizwan. Zakri menggeleng. Tepat itu, sebuah motor Yamaha Y15zr tiba di perkarangan rumah mereka. 

" Hah tu dah sampai " kata Rizwan sambil duduk di sebelah kakaknya di kerusi meja taman. Sebaik sahaja Fattah tiba di rumah mereka, Zakri mula menghidupkan enjin kereta Mercedes hitamnya. Kemudian dia keluar semula kerana Fattah buka sembang pula dengan isterinya.

" Hanis, kau tu hati-hati. Laki kau ni bukan calang-calang orang. Selalu kena panggil. Ni pulak kau dah pregnant ha memang duduk office je la kerja kau " pesan Fattah. Hanis menceberkan bibirnya.

" Kau dah berapa bulan Hanis? " soal Fattah lagi.

" Dua bulan " balas Hanis. Usia perkahwinan mereka pula mencecah 4 bulan. 

" Kau bila? "

Tersedak air liur Fattah dengan serangan soalan daripada Rizwan.

" Sabar lah. Tak lama lagi kau dapat akak ipar cikgu. Cikgu Addmath " balas Fattah. Hanis tersenyum sahaja dan mengangguk.

" Siapa? Ari? " soal Rizwan terkejut. Fattah tersengih-sengih. Rizwan menggelengkan kepala. Dengan member aku pun jadi eh mamat ni. Dasar gatal!

" Dah jomlah. Lambat keluar, lambat balik " kata Zakri. Fattah dan Rizwan mengangguk. Rizwan menghulur tangan untuk menyalam kakaknya.

" Hati-hati " pesan Rizwan. Hanis mengangguk.

Kereta yang dipandu oleh Zakri membawa Fattah dan Rizwan hilang dari pandangan Hanis. Hanis berjalan masuk ke dalam rumah. Dia asalnya ingin mengemas rumah tetapi tiba-tiba dia rasa malas.

Harini sebenarnya dia mahu meluangkan masa bersama Zakri. Seminggu ini Zakri terlalu sibuk dengan duty. Kadang itu balik tengah malam, Hanis dah tidur. Kadang tak balik rumah langsung. Dua hari baru balik. 

Hanis membuka peti sejuk dan kabinet dapur mencari apa-apa yang boleh dikunyah. Dia baru sahaja lepas makan tadi. Selepas mengambil beberapa pek makanan, dia membawa makanan tersebut ke hadapan tv. Dilabuhkan duduk di sofa sebelum tangan mengambil alat kawalan tv membuka tv dan seterusnya membuka pek makanan dan kunyah sambil mata menonton Netflix di skrin besar.

WASIATWhere stories live. Discover now