LIE:07

48 6 1
                                    

♡♡♡

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

♡♡♡

Jaemin memandang kosong jade norigae berwarna merah di atas meja.tanpa ragu ragu,dia yang sudah berpakaian seperti pedagang biasa terus menyimpan jade itu di dalam lengan bajunya.dia juga sempat memakai topi pedagang dan kumis palsu sebagai penyamaran. sebelum keluar dari kediamannya..Jaemin sempat pergi ke bilik papan nama ibu dan keluarganya yang lain.

masuk sahaja ke dalam bilik papan nama itu..Jaemin terus duduk melutut di hadapan papan nama ibunya,adik perempuannya.pak ciknya,makciknya beserta sepupunya.

"saya akan cuba masuk ke dalam sana.ibu..ayah..doakan saya tak apa apa.dan semoga usaha malam ni membuahkan hasil."

Jaemin terus bergerak ke pekan.

Petang itu, kelihatan penduduk kota Ping An masih sibuk berjual beli petang itu .Jaemin tanpa ragu ragu terus masuk ke lorong yang agak riuh rendah.

Dia berhenti betul betul di hadapan kedai kain Haesin.

"Tuan..tuan nak beli apa?"

"Saya nak cari benang neon merah."

Peniaga itu terus memandang Jaemin yang masih dengan penyamarannya.

"Silakan.."

Jaemin dibawa masuk ke dalam kedai dan terus dibawa ke ruang bawah tanah yang tersembunyi di antara timbunan kain yang belum disusun.

"Tuan sila tunggu di sini.."jaemin mengangguk sahaja.

Jaemin ditinggalkan di ruang bawah tanah itu dan kelihatan ramai lelaki duduk di bawah sambil menikmati minuman mereka.

Walaupun ruang bawah tanah itu agak bising, tetapi sekiranya mereka berada di atas..bunyi bising itu akan tertutup dengan timbunan kain yang disusun menggunung.

Jaemin terus berjalan ke arah ruang utama di situ.di sana sunyi dengan hanya dijaga 2 orang pengawal sahaja.ruang utama itu juga cukup terpencil dan jauh dari ruang ruang lain.

"Tuan..sila tunjukkan tanda pengenalan."ujar pengawal berpedang itu.

Jaemin memasukkan tangannya ke dalam lengan baju seolah olah dia ingin mengambil tanda pengenalan itu.

Untuk seketika,dia memandang kedua dua pengawal itu sebelum tangannya mengeluarkan serbuk berwarna putih yang akan menyebabkan sesiapa sahaja yang menghidunya akan pengsan untuk 10 minit.

Usai memastikan mereka pengsan,dia terus mengambil kunci bilik di tangan pengawal itu dan menceroboh masuk bilik itu.

Tanpa ragu ragu,Jaemin membongkar laci dan almari yang ada di situ.Dia terus mengambil sebuah buku tebal berwarna merah.

Baru sahaja dia ingin meneruskan pencariannya, dia mendengar bunyi derapan kaki yang menuju ke arah bilik itu.

Jaemin terus memandang sekeliling untuk mencari ruang untuknya melarikan diri dan ya..dia melihat ada sebuah pintu kecil yang muat untuknya sekiranya dia merangkak di dalam.

Love Is Eternal [NaJaemin]Where stories live. Discover now