LIE:17

38 6 1
                                    

♡♡♡

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

♡♡♡

Jaemin dan Jisung berjalan ke dalam kediaman tentera Pedang Putih.Di sana, Jisung membawanya ke satu kediaman yang berada di bawah tanah tempat mereka menyimpan tahanan.

Jaemin yang sejam lalu baru sahaja menyelesaikan misinya untuk menculik tahanan di istana Barat langsung tidak berehat.dia terus menukar pakaiannya dan pergi ke markas Pedang Putih untuk berjumpa dengan Moon Jisuk.

"Moon Jisuk!"panggil Jaemin sambil berjalan ke arah Jisuk yang diikat di tiang berbentuk T dengan posisi berdiri dan kedua dua tangannya didepakan.

Jisuk yang masih tidak sedarkan diri itu terus disiram Jisung dengan sebaldi air yang penuh dengan ais.

Jisuk pun terus tercungap cungap terjaga dari pengsannya.

"tuan jenderal..a..apa yang kamu nak dari saya?"tanyanya saat melihat Jaemin duduk di kerusi hadapannya sambil bermain main dengan pedang di tangannya.

"lagi lagi soalan yang sama..kamu semua ni memang lupa kesalahan kamu ke atau buat buat lupa supaya dapat pengampunan dari saya?"

"istana Barat dah cukup hukum saya..saya pun dah tak tahan lagi.tuan jenderal bunuh je lah saya.."

"memang saya nak bunuh kamu pun.tapi bukan sekarang."

Jaemin memandang Jisung dan tanpa berkata apa apa, Jisung terus mengangguk tanda faham akan keinginan Jaemin.dia pun terus berjalan keluar.

tidak lama kemudian, kelihatan dia mengheret dua orang lelaki yang sebaya dengan Jisuk.dua lelaki itu sudah penuh dengan kesan bengkak di badan mereka.ada juga yang wajah mereka sudah lebam akibat dibelasah tentera Pedang Putih.

"Jisukk..tolong kami."

"kamu ni siapa?"tanya Jisuk.

"kamu tak kenal?"

"Ji Hun dan Wang Ronghei."ujar Jaemin.

"Hun?Rong Hei?"

"Tuan jenderal..maafkan kami."

"Saya boleh maafkan kamu.tapi hidupkan semula keluarga saya yang kamu dah korbankan."

Mereka bertiga diam sambil berpandangan.

"Semua ni dimulakan dengan ayah kamu jugak..kenapa kamu melampiaskan amarah kamu pada kami?"

"Tentang dia..kamu jangan risau."

"Tuan jenderal..saya mohon..jangan bunuh kami."

Love Is Eternal [NaJaemin]Where stories live. Discover now