LIE:28

39 6 0
                                    

♡♡♡

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

♡♡♡

Jisung hanya mampu melihat sahaja tuan mudanya itu menangis di tengah tengah timbunan mayat.Dia juga tahu perasaan Jaemin seperti apa..

setelah bertahun tahun Jaemin bertahan dan menyusun strategi..akhirnya apa yang Jaemin impikan akhirnya berjaya diselesaikannya.

tiba tiba, pintu dewan terbuka luas.

"cik muda..."

Jaemin terus mengesat air matanya yang sudah bercampur dengan darah di pipinya.dia terus berputar ke belakang dan melihat Seora sedang berdiri di hadapan pintu dewan sambil memandangnya.

Seora melihat puluhan mayat yang bergelimpangan di lantai dengan air mata.ini lebih teruk dari apa yang dia bayangkan sebelum ini.

"awak tak sepatutnya datang.."ujar Jaemin.

"kenapa mesti hari ini?kenapa awak tak bagitau saya tentang hal ni."

"dendam keluarga saya yang dibantai, saya mesti membalasnya."

Seora maju sehingga kakinya tidak dapat melangkah kerana lantai yang dipenuhi mayat itu.

"kalau saya larang awak.. awak nak ke berhenti?"

"dendam ni..dah sebati dalam diri saya.saya tak boleh berhenti."

"Jaemin.. persandingan kita dah dekat. "

"sebab itulah.. saya lakukannya sekarang. setelah kita bersanding, hal ini pasti akan melibatkan keluarga awak."Jaemin melangkah mendekati Seora.

"awak.."

"saya yang buat hal, maka saya akan tanggung sendiri."

"Na Jaemin menggunakan kuasa ketenteraan, menceroboh pertahanan ketenteraan, memberontak dan membunuh ahli keluarganya sendiri! kesalahannya tidak bisa diampuni!Malam ini sekiranya dia berani keluar dari kediaman ini, maka saya tidak akan membiarkan dia keluar hidup hidup!"jerit jenderal Song di luar gerbang bersama sama tenteranya.

"tuan muda.."

"Kang Seora.."

"awak.."Seora cuba memberhentikan Jaemin daripada mengatakan niatnya.

"mulai hari ini.."

"awak..."tangisan Seora semakin deras.

Dia terkejut melihat Jaemin berusaha memutuskan gelang yang dia buat dengan menggunakan benang shaoshang itu.dengan sekuat hati, Jaemin menarik benang itu sehingga terputus.lengan tangan dan jarinya yang menarik benang itu secara paksa juga turut terluka.

Love Is Eternal [NaJaemin]Where stories live. Discover now