LIE:09

55 6 2
                                    

♡♡♡

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

♡♡♡

"Tuan muda..dah selesai."ujar Ahjumma Taein,perawat yang selalu merawat luka Jaemin.

"Terima kasih ahjumma."

"Lepas ni elakkan makanan yang terlalu bergaram....dan kacang."Jaemin mengangguk sahaja.

"Saya balik dulu."

Usai memastikan ahjumma Taein sudah pergi, Jaemin duduk di meja kerjanya dan membuka ruang rahasia yang berada betul betul di bawah mejanya.Dia mengambil buku tebal yang dia sempat curi di markas rahsia kumpulan Wong tempoh hari.

Semua yang ada di situ adalah transaksi penting yang telah dilakukan kumpulan itu.Jaemin mencurinya kerana ingin mengetahui siapa sahaja yang sebenarnya terlibat.Dengan penuh teliti,dia membaca dan menulis senarai nama yang dia lihat.sehinggalah di helaian yang kesekian,Jaemin tergamam..

"Pemberontak Saeja?"

Dia terus menyelak lagi helaian itu.

"Jadi selama ni kumpulan Wong dan Saeja saling bekerjasama?"

-skip-

"Tuan muda.."ujar Jisung sebaik sahaja memasuki ruang kerja Jaemin.

"Cari lokasi keenam enam nama di sini."

Jisung mengambil sehelai kertas yang tertulis nama enam orang di situ.

"Jung Hoseok?saya kenal dengan dia."

"Dia kat mana sekarang?"

"Dia ada di kampung Pyeongasin di selatan.masa kita bertugas di sana dua tahun lepas..kita selalu makan di restorannya."

"Hantar seorang tentera Pedang Putih untuk memerhati gerak gerinya di sana.begitu juga dengan 5 yang lain.terus laporkan pada saya sebaik sahaja melihat tindak tanduk yang tidak biasa dari mereka."

"Baik tuan muda."

Jisung pun bergerak keluar untuk melakukan perintah tuan mudanya.saat sedang memakai kasut, dilihatnya Seora masuk ke dalam kediaman.

"cik muda Seora..ada apa datang ke sini?"

"saya nak berjumpa dengan tuan jenderal Na.tuan jenderal ada di dalam?"

"cik muda tunggu di sini sekejap."

Seora pun menunggu di halaman kediaman Aprikot itu.dia terpukau dengan keindahan pokok aprikot yang tumbuh mekar di tengah tengah halaman itu.entah kenapa baru hari ni dia perasan akan kewujudan pokok itu padahal malam dia menghantar Jaemin ke kediaman ini, dia langsung tidak melihat pokok itu.

"cik muda.cik muda boleh masuk..tuan muda sedang menunggu di dalam."

"baik.terima kasih."

Seora pun masuk ke dalam ruangan kerja Jaemin dan melihat Jaemin sudah duduk di kerusi sambil menuangkan teh ke dalam dua buah cawan kecil untuk mereka berdua nikmati.

Love Is Eternal [NaJaemin]Where stories live. Discover now