LIE:19

40 6 2
                                    

♡♡♡

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

♡♡♡

Seora dibawa pelayan Li ke bilik Ratu Park.saat sampai di hadapan pintu, kelihatan puteri mahkota Jo Seol,isteri kepada putera mahkota Doyoung bersama putera mahkota kecil Seolmin di dalam bilik..

"Yang Mulia Ratu..ada apa Yang Mulia memanggil saya ke sini?"tanya Seora dengan sopan.

"Mari ke sini.."

Seora pun terus duduk di lantai manakala Ratu Park duduk di katilnya.puteri mahkota Jo Seol pula hanya tersenyum sahaja sambil mendukung anaknya di tepi ratu.

"Macam mana tidur semalam?nyenyak?"

"Nyenyak Yang Mulia."

"Saya sebenarnya kagum dengan kamu.."

"Dengan saya?Yang Mulia..saya tiada apa apa yang boleh dikagumkan."

"Kang Seora..kita sebagai wanita tak boleh berfikiran macam tu.jangan terlalu merendah diri atau orang sekeliling kita akan merendah rendahkan kita."

"Maafkan saya Yang Mulia.."

"Tak apelah..anggap ni pengajaran untuk kamu nanti."

Tangan Seora diambil ratu lalu diletakkan di atas pehanya.

"Saya tertarik nak dengar cerita sebenar pertemuan awak dengan Jaemin.macam mana sebenarnya Jaemin boleh tertarik dengan awak?"

Seora tersenyum..

"Yang mulia..saya tak tahu nak cerita dari mana.apa kata yang Mulia tanya dengan Jaemin je?"

"awak ingat Jaemin nak bukak cerita?"Seora menggeleng.

"haa..awak dah datang sini.awak je lah yang cerita.."

Seora pun cerita dari awal mereka bertemu hingga ke hari ini.

Sebelum pertemuan mereka di Kota jieli semasa berlakunya pemberontakan itu, Seora sebenarnya juga sudah pernah melihat Jaemin masuk ke Kota itu dulu.tapi mereka berlum pernah bersua muka lagi masa itu dan kedudukan ayah Seora juga belum menjadi pemegang kunci kota lagi.

pada mulanya Seora juga hanya menganggap perlakuan Jaemin terhadapnya cuma sekadar tanggungjawabnya sebagai jenderal kota yang ditugaskan sahaja.tetapi ternyata Jaemin menyimpan niat lain terhadapnya.

dan..mungkin semua ini takkan terjadi sekiranya Seora tidak setuju untuk mengikutinya pulang ke ibu Kota Ping An dan menjadi anak angkat menteri Jung.

"sampai sekarang saya tak sangka yang Jaemin akhirnya dah ada tunang yang dia pilih sendiri."

"Seora.. kamu beruntung sebab ada tunang macam tuan jenderal."ujar puteri mahkota Jo Seol.

"eh..gelang ni."

Love Is Eternal [NaJaemin]Where stories live. Discover now