LIE:12

47 4 1
                                    

♡♡♡

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

♡♡♡

Pagi itu, kediaman menteri Jung dipenuhi dengan para tetamu dari pelbagai keluarga. Antaranya dari keluarga menteri menteri lain seperti menteri Kang, menteri Kim dan menteri Si.

Seora duduk di dalam biliknya sambil ditemani Yoona.

dia mengintai sedikit ke luar melalui pintu biliknya dan kelihatan ramai orang di luar.

"awak dah kenapa macam pencuri kat situ?"tanya Yoona.

"tak de. saya tengok je kat luar macam mana."

"oh ya.. lupa nak bagitau awak. hari ni puteri Jiwon datang tau dengan cik muda lain."

"tau.. saya dah nampak senarai nama tetamu yang ayah jemput semalam."

"saya yakin sangat diorang datang tu mesti ada niat jahat tersembunyi.."

"Seora.. Yoona.. keluarlah."panggil puan Jung.

mereka berdua pun keluar dan pergi ke dewan utama terlebih dahulu untuk berjumpa dengan orang tua yang datang bertamu.

masuk sahaja mereka berdua di dalam, Seora terus mencari kelibat Jaemin.

"dia lambat datang.."ujar puan Jung.

"jadi inilah anak angkat kamu tu?cantik orangnya."

"ya lah..kecil molek je."

semua para tetua di dewan itu memuji penampilan Seora.

"beruntung kamu dapat tuan jenderal Na tu."

Seora tersenyum sahaja.

usai bertegur sapa di dewan utama, Seora dan Yoona terus ke dewan tempat pada tuan muda dan cik muda berkumpul.

masuk sahaja mereka berdua ke dalam dewan tertutup itu, semua tuan muda dan cik muda terus mengalihkan pandangan ke arah mereka.

"aik..setahu saya majlis ni untuk cik muda Seora dengan tuan muda Jaemin.. tapi kenapa tak nampak wajah tuan muda Jaemin? takkan sibuk uruskan hal negara sampai lupa hari ni hari penting dia?"ujar cik muda Eunbi.

"Jaemin dah beritahu.. katanya dia lambat datang hari ni atas sebab yang tidak boleh dielakkan.cik muda dan tuan muda sekalian.. silalah layan diri sendiri dan nikmati makanan yang telah disediakan."ujar Yoona.

Seora terus duduk di meja utama.duduk sahaja dia di sana, dia terus melihat Seoyul yang baru sahaja datang.

"cik muda Seora."Seoyul tersenyum.

"tuan muda Seoyul.."

"tahniah atas pernikahan cik muda dengan tuan muda. oh ya, tuan muda Jaemin mana?"

"dia datang lambat sikit.."

Seoyul mengangguk faham.agak lama jugak dia memerhatikan Seora sebelum dia duduk di meja kosong.

Love Is Eternal [NaJaemin]Where stories live. Discover now