LIE:13

42 6 1
                                    

♡♡♡

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

♡♡♡

Keesokan harinya, Jaemin dan Seora berencana untuk melawat ke Kota Jieli untuk bertemu dengan warga di sana dan memberitahu tentang berita gembira mengenai pernikahan mereka.

Mereka berdua duduk di satu kereta kuda..

Di dalam kereta kuda, Seora diam sahaja.begitu juga dengan Jaemin.

Dalam perjalanan, kereta kuda mereka yang diiringi beberapa orang tentera Pedang Putih ditahan oleh seorang lelaki.

Jaemin dan Seora terus saling berpandangan..

"Tuan muda. Ada orang nak jumpa?"ujar Jisung.

"Siapa?"tiada jawapan.

"Awak tunggu kat sini sekejap."Seora mengangguk sahaja.

Jaemin pun keluar dari kereta kuda itu.

Dari celah celah tingkap kereta, Seora mengintip untuk melihat gerangan orang yang ingin berjumpa dengan Jaemin.

Ye lah..agak pelik sebab mereka berjumpa di tengah tengah jalan dan Jaemin keluar tanpa mengetahui gerangan dan jawatan orang itu.sepertinya dia sendiri juga menantikan orang itu..

"Jaga cik muda di sini."ujarnya pada Jisung.

"Baik tuan muda."

Jaemin terus membawa lelaki berumur 30-an itu jauh dari kereta kuda.

"Saya sudah lama menantikan kedatangan tuan."ujar Jaemin pada tuan Jang.

"Maafkan saya kerana baru sekarang mengunjungi tuan muda.oh ya, siapa yang berada di dalam kereta kuda itu?setahu saya  tuan muda tidak pernah sudi untuk berkongsi kereta kuda dengan mana mana cik muda sebelum ni."ujarnya.

"Itu cik muda Kang Seora..tunang saya."

"Tuan muda dah bertunang?"Jaemin mengangguk sambil tersenyum.

"Tahniah tuan muda.maafkan saya kerana tidak datang ke acara tuan muda."

"Tak apa.."

"Kang Seora?saya macam pernah dengar nama tu..Kang?dia anak mendiang tuan Kang penjaga kota Jieli kan?"

"Ya.."

"Jadi kamu berdua nak ke kota Jieli sekarang?"

"Ya..maafkan saya kerana tidak dapat memperkenalkan dia pada tuan Jang sekarang.nanti bila tuan Jang berkunjung ke kediaman saya, saya pasti akan membawa dia berjumpa dengan tuan."

"Tidak mengapa.lagipun nanti kita akan berjumpa lagi.oh ya, sebut tentang Kota Jieli..saya ada sesuatu yang nak disampaikan."

"Apa dia?"

Saya dah nampak senarai nama yang kamu cari."

"Tuan nampak?Jisung ke yang bagi tuan?"

"Tuan muda jangan hukum dia.saya yang paksa dia.lagipun ini sahaja yang saya dapat lakukan untuk balas jasa tuan muda pada keluarga saya dulu."

Love Is Eternal [NaJaemin]Where stories live. Discover now