LIE:21

39 7 1
                                    

♡♡♡

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

♡♡♡

Seora yang sedang tertidur dikejutkan dengan bunyi seseorang berjalan di luar biliknya.dia terus bangun dan membuka pintu biliknya kerana menyangka bunyi tapak kaki itu adalah dari Jaemin.

tetapi malangnya saat dia membuka pintu,tiada sesiapa pun di luar.dan bahkan pintu bilik Jaemin pun masih tertutup rapat tanpa ada tanda tanda orang masuk ke dalam.

"cis.. kata nak teman aku kat sini..ini dah dua hari tiga malam dia hilang."rungut Seora sambil menutup pintu biliknya dan menghempas badannya di atas katilnya.

sudah dua hari dia tidak pernah melihat Jaemin di istana itu. kali terakhir dia melihatnya pun semasa dia memberikan gelang berbenangkan benang Shaoshang itu.

ditanyakan orang di istana pun, mereka tidak tahu tentang keberadaan Jaemin. mereka bahkan menganggap ketiadaan Jaemin itu sudah menjadi perkara biasa memandangkan dia adalah jenderal kota.

tetapi ini tidak adil bagi Seora.dia juga maklum akan tugas Jaemin sebagai jenderal kota itu.. tetapi takkanlah Jaemin langsung tak boleh beritahu dia apa apa?

jangankan mengutus surat, mengarahkan Jisung untuk memberitahunya pun tidak. Seora merasa seperti dia sudah dilupakan.

saat memeluk bantalnya, Seora memandang dua gelang di tangannya. satu gelang itu adalah oemberian Jaemin dan satu lagi adalah gelang pasangan yang dia dah buat.

dia memukul gelang itu tanda protes dengan perlakuan Jaemin kali ini.

-skip-

"Seora.. hati hati di jalan "

"baik Yang Mulia."

"Jaemin ni pun satulah.. takkan nak hantar tunang dia balik kediaman pun tak boleh?entah urusan apa yang dia selesaikan kat luar tu."bebel Yang Mulia Raja.

Ratu pula hanya menepuk bahu Seora menyuruhnya untuk bersabar.

"ini hadiah untuk keluarga kamu.. jangan lupa berikan pada mereka."

"baik Yang Mulia..kalau tiada apa apa lagi..saya pergi dulu."

Seora pun dihantar dengan menaiki kereta kuda istana.

dia masih lagi tidak puas hati kerana Jaemin.

semasa di pekan, kereta kuda yang dinaikinya tiba tiba berhenti di tengah jalan.

"ada apa?"Seora menyelak sedikit pintu kereta kuda itu dan melihat Jisung yang sedang menunggang kudanya di hadapan kereta kudanya.

"Cik muda.. tu-"

Seora terus menghempas pintu kereta kuda itu tanpa mendengar kata kata yang ingin diucapkan Jisung.

"teruskan perjalanan.. jangan hiraukan sesiapa pun yang hendak menghalang."

"Cik muda.."

"jalan!"

Jisung pun memberikan laluan untuk kereta kuda itu jalan.tetapi dia tidak berhenti di situ sahaja.Jisung terus mengiringi kereta kuda itu.

Love Is Eternal [NaJaemin]Where stories live. Discover now