LIE:14

37 6 2
                                    

♡♡♡

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

♡♡♡

Jaemin berdiri di hadapan pintu bilik Seora.mereka berdua menginap di kediaman Seora.Jaemin tidur di bilik mendiang Seoyul manakala Seora tidur di biliknya.

Jaemin beranggapan bahawa Seora sudahpun terlena memandangkan biliknya sudah gelap gelita.

"tuan muda.."ujar Jisung sambil berbisik.

Jaemin terus berjalan ke luar sambil diekori Jisung.

"macam mana?dah periksa?"

"Moon Jisuk memang ada di sini. mata mata yang saya hantar untuknya pun ada di sini."

"tuan jenderal.."seorang lelaki berpakaian serba hitam serta bertopeng mulut terus melutut di hadapan Jaemin.

"apa yang kamu dah jumpa selama menjaga dia?"

"Moon Jisuk adalah salah seorang budak tuan putera Hyunjin.setiap malam dia akan berniaga di lorong panjang sehingga sebelum matahari terbit."

Jaemin diam sejenak..

"kamu berdua ikut saya."

"kita nak ke mana tuan muda?"tanya Jisung.

"berjumpa dengan dia."

"tak terlalu awal ke?macam mana kalau cik muda terjaga dari tidur?"

"sebab tu saya hanya membawa kamu berdua.sebelum tu arahkan seorang tentera untuk berjaga di sini sehingga kita pulang.segera laporkan pada saya sekiranya cik muda terjaga."

"baik tuan jenderal."

mereka bertiga pun keluar dari kediaman melalui pintu belakang.

di lorong panjang tempat mata mata itu sebut tadi, mereka melihat Moon Jisuk masih ada di sana dengan meja jualannya.

baru sahaja Jisung ingin bertindak, Jaemin menarik tangannya untuk kembali bersembunyi kerana melihat ada beberapa orang datang ke arah Jisuk.

mereka bertiga melihat sahaja dari jauh.

beberapa lama selepas itu, lelaki yang mengetuai 5 orang itu terus membuka topi yang menutupi wajahnya.Jaemin dan Jisung terkejut saat melihat wajah lelaki itu. itu adalah jenderal Song, ayah kepada gundik Song.

dia terus mengacukan pedang pada Jisuk dan membuatkan lelaki itu terus melutut agar dia tidak dibunuh di situ.

Jaemin tidak dapat mendengar apa yang dibicarakan mereka.

"itu tentera istana."ujar Jisung saat mengenalpasti pedang yang 5 orang lelaki itu pedang adalah pedang khas yang digunakan tentera istana.

dilihatnya sahaja lelaki yang sepatutnya mati di tangannya itu diambil oleh tentera dari istana.

"kenapa pihak istana tangkap Jisuk? setahu saya kes wang haram tu belum dilaporkan pada Yang Mulia lagi."ujar Jisung.

"bukan istana utama yang arahkan penangkapan tu.tapi istana barat."

Love Is Eternal [NaJaemin]Where stories live. Discover now