Kejadian Khamis lepas memberi kesan kepada Khalid. Sekarang dia melepak di kantin dan tak berani duduk di bilik guru. Selalu mendapatkan update dari Faiz Agneles dari whatsapp. Samada Suzy dah keluar ke belum. Selalu duduk kantin pun tak boleh jugak. Nanti orang kata mengular.
Walaupun memberi kesan, Khalid belum merasa putus asa walau terasa marketnya merundum jatuh. Lagipun mana nak letak muka lepas ni. Dah la meja mengadap Suzy.
Khalid membuka komputer riba di depan. Ada sesuatu perlu disiasat. Rupa teman lelaki Suzy itu hari macam pernah nampak.
Dia membuka group Facebook isu terkini bandar. Lantas ditaip pertandingan futsal. Dia ada pergi itu hari membuat perasan ingin tahu membuak-buak.
Khalid mendapat hasil beberapa gambar dan video sepanjang acara pertandingan futsal berlangsung.
Khalid jumpa. Setelah membelek gambar dan video, akhirnya dia terjumpa video persembahan di pertandingan futsal itu. Dia buka dan terus menonton.
Rakaman tak konsisten banyak gegar namun kualiti HD. Persembahan itu dibuat di bawah kanopi kecil. Kelihatan tak ramai orang menghampiri melihat persembahan. Dari situ jelas terlihat sosok yang dicarinya. Daud John berada di posisi vokal dengan nyanyian menjerit-jerit. Kedengaran gelak tawa semakin lama semakin kuat dari pengunjung yang hadir menonton persembahan band Daud John.
Khalid pause. Dia ketawa besar.
Usai ketawa seorang diri, Khalid terfikir sesuatu yang bernas.
Disebabkan teman lelaki Suzy ni main muzik, dia perlu daftarkan Daud John sebagai salah seorang performer dan membawa kumpulan muziknya bermain Festival Muzik Sekolah. Dan dari situ boleh kata beratus-ratus orang datang tengok. Barangkali perkara yang sama di Pertandingan Futsal bakal terjadi. Dan kali ni berskala besar pula.
Khalid sekali lagi ketawa besar.
YOU ARE READING
Mencabar Daud John
Teen FictionWalaupun Daud John terlihat sangat rileks, dia mempunyai satu semangat juang. Masyarakat patut tahu, Rock N Roll bukan musuh. Sebagai ketua kumpulan muzik bergenre Grunge, Daud John patut buat sesuatu.