Kertas-kertas kerja bersepah didepan Khalid. Baru 10 minit dia membelek tadi kini menyandar rileks mengosongkan fikiran.
Pengetua Maimoon memang tak kasi can. Sebaik saja melantik Khalid menguruskan hal-hal festival di sekolah, dia terus memberi tekanan pada Khalid dengan meminta idea rancangan-rancangan baru. Khalid terpaksa memerah kepala. Kata Pengetua Maimoon dia mahukan festival atau apa-apa aktiviti yang menarik perhatian orang luar. Boleh menaikkan imej sekolah.
" Kau okay tak? Jom mengopi kat kantin," Ajak Faiz Agneles, seorang cikgu juga. Meja disebelah meja Khalid.
Khalid tak menoleh. Suara itu dibiar saja masuk dan keluar dari telinga. Dia diam dan memejam mata sebentar.
Khalid masih lagi dalam percubaan melapangkan fikiran tapi Faiz Agneles pula masih merenungnya menanti jawapan.
Khalid menggosok-gosok muka. Telefon diambil dan terus bangkit. Faiz Agneles pun ikut sama dengan semangat. Meja dia pun dibiar berselerak sama dengan Khalid.
Khalid perasaan Faiz Agneles memang macam gini. Banyak benda yang daripadanya diikut Faiz Agneles. Faiz Agneles seorang yang fresh. Betul-betul seorang guru baru. Masih banyak pengalaman yang perlu diisi. Masih didalam zon cergas sebagai seorang pengajar. Itu Khalid fikir sebab dah lama menjadi seorang guru, dia ni diidolakan Faiz Agneles.
Khalid ambil masa mengemaskan diri. Rambut disikat kemas. Gigi diperiksa. Jam tangan kulit berjenama keras dipakai. Sangat maskulin. Mungkin gaya begini membuat Faiz Agneles terpengaruh. Cuma jam berjenama keras saja yang buat dia runsing. Takkan nak dijual koleksi figura limited dia.
"Jom."
Faiz Agneles menyeringai dan mengekor Khalid keluar dari bilik guru. Khalid serabut juga kenapa jadual dia selalu sama dengan Faiz Agneles. Masa takda kelas, dia pun sama takda kelas. Masa ada kelas, dia pun sama ada kelas. Dsebabkan takda siapa-siapa lagi nak diajak, Khalid terima je pelawaan Faiz Agneles. Jimat pun jimat. Selalu memang begitu. Kalau dekat table ada terselit Faiz Agneles, Faiz Agneles la yang selalu keluar duit.
Semasa dalam perjalanan, Khalid sempat memberi hadiah senyuman paling smart kepada guru-guru wanita yang muda bila terserempak di koridor dan juga laluan pejalan kaki ke kantin. Rata-rata antara mereka juga baru dan fresh. Beruntung rasanya guru baru semuanya sedap mata memandang. Mungkin sama batch dengan Faiz Agneles. Khalid malas tanya.
Sampai saja di kantin, Suzy kelihatan sedang mengambil beberapa ketul kuih di piring kecil. Khalid berhenti mengejut. Faiz Agneles nyaris berlanggar belakang Khalid.
Khalid menikmati permandangan. Fikirannya serabutnya kini tidak berserabut. Yang ada ialah kelapangan. Seperti sebuah External Hardisk yang telah diformat. Dia boleh memuatnaik permandangan ini sebanyak yang boleh didalamnya.
Khalid menghampiri Suzy. Dia mengambil piring dan berdiri bersebelahan.
"Tidur awal ke semalam?" Tanya Khalid.
"Haa? Ohh aah,"
"Patut tak reply whatsapp."
Suzy dah selesai dengan kuih. Dia mahu mengambil tempat.
"Ehh tunggu la. Sarapan sekali" Tahan Khalid. Dia bergegas mengisi kuih.
Suzy tak mengendahkannya dan mengambil meja di hujung. Faiz Agneles pula terpinga-pinga melihat piring Khalid. Kuih apa yang dimakan hari ini.
YOU ARE READING
Mencabar Daud John
Teen FictionWalaupun Daud John terlihat sangat rileks, dia mempunyai satu semangat juang. Masyarakat patut tahu, Rock N Roll bukan musuh. Sebagai ketua kumpulan muzik bergenre Grunge, Daud John patut buat sesuatu.