Idea dari Single Lady & The Plumber

57 5 0
                                    

Pak Ibrahim seorang lelaki berumur 50-an. Sedang mengambil angin malam di beranda rumah sambil membaca mesej-mesej kelakar dalam group di whatsapp. Kedengaran suara mengekek-ngekek ketawa dari dalam rumah membuat Vovo pergi menjenguk.

"Sampai dalam dengar suara bapak." Tegur Vovo sambil menapak ke kerusi depan ayahnya.

Vovo mendarat di kerusi kayu. Segelas air sirap yang dibawa, diletak atas meja kaca di depan. Dingin disini terasa enak lagi-lagi baru lepas siap makan malam dengan keluarga. Sedap juga dapat merokok sebatang kat sini. Tapi itulah. Depan ayah takkan nak ditunjuk. Walaupun Vovo tau ayah dia tau yang dia merokok, Vovo takda rasa mahu merokok didepan ayahnya sendiri. Adab dia masih di jalan benar.

"Ni kawan bapak ni ada ke bagi idea nak buat pertandingan bina badan kat sini." Kata Pak Ibrahim sambil menghabiskan lebihan ketawa.

"Tak berfaedah langsun. Siapa je nak masuk? Takkan anak Pak Jenggel sorang je. Yang lain semua badan macam lidi."

Vovo ikut ketawa. Tapi ketawanya tak panjang kerana waktu ini bukan waktu ketawa. Waktu ini adalah waktu yang tepat dan peluang emas yang dinantikan. Dia kena kemukakan rancangan ataupun idea penting dibincang Single Lady & The Plumber tempoh hari. Satu benda yang bukan boleh dibuat main-main. Sangat serius.  Tersilap cara dia akan melepas.

"Sorang lagi ni kasi idea Pertandingan kereta antik." Pak Ibrahim tak ketawa sebaliknya berubah wajah serius. Idea ini bagus tapi seperti banyak makan budget.

Walaupun dia seorang pegawai Majlis dan orang kuat lagi dipercayai masyarakat, dia tak sepatutnya boros. Perancangan untuk bandarnya patut dirancang tepat dan terperinci. Apakah sesebuah festival itu boleh menaikkan imej bandar. Apakah dapat menambah kuantiti penduduk. Perlu ada faedah-faedah kepada setiap perancangan menjadi stail Pak Ibrahim. Perancangannya sebelum ni banyak membuahkan hasil. Itu sebab orang atasan percaya dia lebih.

"Kereta antik ni boleh buat orang tertarik. Tapi itu la. Kena panggil orang luar. Orang kat sini bukan minat main-main kereta." Fikir Pak Ibrahim lagi.

Vovo minum sedikit air sirap. Rasanya dia dah bersedia mengeluarkan idea. Walaupun berdebar-debar, dia kena kemukakan jugak memandangkan mood ayah dia macam okay.

Vovo mula membuka mulut.

"Bapak.."

"Hmm"

"Aku ada idea."

Pak Ibrahim memasang telinga tanpa menoleh anaknya.

"Buat.. buat Battle of the Band."

Pak Ibrahim terus berpaling.

Pandangannya keras. Mata tak berkelip. Hidung tak berkembang kempis.

Vovo pula terasa peluh mula membasahi rambut. Dia kaku tanpa kekuatan untuk menambah apa-apa ayat lagi. Jiwa lemah hanya berharap respon sedap. Kalau tidak dia kena tunggu beberapa bulan lagi untuk melupakan vibe gelap begini dan menunggu semula mood ayahnya.

Pak Ibrahim menutup telefon dan berkata..

"Minum sirap pun mabuk kau ni?"

Mencabar Daud JohnWhere stories live. Discover now